Monday 5 March 2018

NOTA KITAB : الغلو التطرف


Nota kitab :
الغلو التطرف
الازهر الشريف: مجمع البحوث الاسلاميه
اشراف: دكتور محمد عفيفي احمد (امين عام مجمع البحوث الاسلاميه)
2017

مقدمه الكتاب

1. Semasa peperangan Hunain ada dalam kalangan anak muda yang telah mempertikaikan pembahagian harta ghanimah yang dilakukan oleh nabi. Mereka mendakwa nabi telah melakukan pembahagian secara zalim. (5)

2. Karangan khawarij pada zaman sahabat mereka melakukan banyak penyelewengan daripada sudut akidah dan Fiqh. Cara mereka mempertahankan diri dengan melabelkan orang lain sebagai kafir. (5)

3. Syaikh al-Azhar, doktor Ahmad toyyib menyatakan menyatakan golongan khawarij ini datang dari kalangan orang yang tidak ada kelayakan dalam hukum, dan mereka bergerak secara semangat. (6)

4. Mereka melakukan tindakan keganasan atas nama nak membantu Islam dan mahu melaksanakan undang-undang Islam. (6)

5. Antara ciri-ciri mereka adalah;
A. Lemah pemahaman mereka terhadap Islam.
B. Mereka tidak mengetahui Fiqh Waqie, Fiqh Awlawiyyat, fiqh muwazanaat dan Fiqh maalat.
C. Mereka golongan yang mudah berhukum kepada kalangan yang berbeza sebagai kafir, fasik dan Ahlul bid'ah.
D. Mereka tidak mempunyai dasar pemahaman berkenaan dengan maqasid Syariah. (7)

6. Al-imam al-syatibi ada berkata di dalam kitab Al-Iktisam;
- Dalam perkara agama ini terdapat perkara yang dinamakan sebagai Zann.
- Perkara yang sabit secara Zann ini kebiasaannya tidak dapat di sepakati secara adat.
- perkara yang ini memungkinkan berlaku khilaf.
- tetapi berlaku itu pada perkara furu' bukan pada perkara usul.
- berlaku pada perkara juzieyyat tidak pada perkara kulliyat. (7)
فان الله حكم بحكمته ان تكون فروع هذه الملة قابلة للانظار و مجالا للظنون، وقد ثبت عند النظار ان النظريات لا يمكن الاتفاق فيها عادة، فالظنيات عريقة في امكان الاختلاف، لكن في الفروع دون الاصول و في الجزءيات دون الكليات فلذلك لا يضرها هذا الاختلاف
.
----

الغلو في العهد النبوي صوره و علاجه

MELAMPAU PADA ZAMAN NABI GAMBARANNYA DAN CARA ATASINYA

Oleh : Ibrahim Solah al-hud hud (anggota majmuk al-Buhuth al-islamiah dan naib pengerusi jamiah Al Azhar)

7. Sifat syariah Islam memastikan perimbangan di antara roh dan jasad, antara dunia dan akhirat, antara akal dan Nas. Apabila wujud perimbangan ini, ketika itu akan ternafilah amalan melampau. (11)

8. Dalam Hadis daripada Abdullah bin Omar dan Abu hurairah menyediakan ilmu ini akan dijaga oleh kalangan yang melawan penyelewengan golongan yang melampau yang melampau dan juga membawa penafsiran jahil. (Albany anggap hadis ini soheh) (12)

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين
9. Ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan Asas agama ini adalah kemudahan (اليسر)
A. Allah tidak jadikan agama ini sebarang kesusahan dan ia merupakan millah Ibrahim (Surah al-Haj, ayat 78)
B. Allah tidak turunkan al-quran untuk menyusahkan. (Taha, ayat 2)
C. Allah akan menyenangkan kepada engkau bagi perkara yang senang. (al-'ala, ayat 8)

10. Hadis-hadis yang menceritakan kemudahan dalam agama;
A. Sesungguhnya agama ini kemudahan dan tidak ada sesiapa pun menyusahkan agama kecuali akan ada yang mengalahkannya.
عن أبي هريرة - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال:((إن الدين يسر، ولن يشاد أحد الدين إلا غلبه، فسددوا وقاربوا وأبشروا واستعينوا بالغدوة والروحة وشيء من الدلجة))؛ رواه البخاري
B. Sesungguhnya agama ini ada kekuatannya, dalam agama ini ada kesopanannya, Jangan memberatkan diri engkau dalam beribadat kepada Allah.
ان هذا الدين متين، فاوغل فيه برفق، ولا تبغض الي نفسك عبادة الله
C. Nabi sallallahu alaihi wasallam ditanya, Apakah agama yang disukai kepada Allah. Jawab nabi adalah, Tauhid dan Samhah. (14)
اي الاديان احب الى الله؟ قال الحنيفيه السمحه

11. Ghuluw : melampaui Batas. (14)
غلا القدر الى ارتفاع ماءه
غلا السعر إذا ارتفع عن الحد المعروف
12. Dari sudut istilah ghuluw bermakna;
- melampau dan keras, sama ada pada pujian atau kejian.

PERBEZAAN DI ANTARA ENGKAU DAN MEMINTA KESEMPURNAAN DALAM BERIBADAT

13. Ibnu Munir telah berkata, "Sesungguhnya kami telah melihat dan manusia sebelum kami juga melihat, Sesungguhnya Setiap yang orang melampau dalam agama itu akan terputus (tidak kekal dalam melakukan amalan). Bukanlah bermaksud mencegah melakukan kesempurnaan dalam beribadat, kerana ia adalah perkara yang terpuji. Tetapi melarang dari melampau yang yang boleh membawa kepada jemu; atau melampau dalam perkara sunat sehingga membawa kepada meninggalkan perkara yang lebih afdhal" (15)

MELAMPAU DALAM AGAMA AGAMAMU TERDAHULU

14. Ahl al-kitab melampau dalam agama dengan cara mengikut hawa nafsu. Mereka sesat dan menyesatkan. (Surah Al Maidah ayat 77)
قل يا اهل الكتاب لا تغلوا في دينكم غير الحق ولا تتبعوا اهواء قوم قد ضلوا من قبل واضلوا كثيرا وضلوا عن سواء السبيل

15. Orang Yahudi melampau sehingga mempertuhankan manusia. Iaitu mereka menjadikan Uzair sebagai anak Allah dan Isa sebagai anak Allah. (Surah at-taubah ayat 30)
وقالت اليهود عزير ابن الله وقالت النصارى المسيح ابن الله

16. Penyelewengan dalam agama sehingga memalingkan makna sebenar bagi makna sebenar bagi makna sebenar bagi kitab suci. (Surah al-baqarah ayat 75)
افتطمعون ان يؤمنوا لكم وقد كان فريق منهم يسمعون كلام الله ثم يحرفونه من بعد ما عقلوه وهم يعلمون

17. Anas bin Malik berkata Jangan kamu melampau terhadap diri kamu bimbang Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan menjatuhkan hukuman berat kepada kamu.
لا تشددوا على انفسكم فيشدد عليكم

18. Orang Yahudi Bertanya soalan berkenaan dengan sesuatu amalan sehingga menyusahkan mereka untuk menunaikannya. Kisah Bani Israel bertanya kepada Nabi Musa berkenaan dengan sembelih lembu betina. (17)
GAMBARAN MELAMPAU BERLAKU PADA ZAMAN NABI YANG MELIBATKAN KEPADA AKIDAH

19. Nabi melarang orang mempertuhankan Baginda.
لا تطروني كما اطرت النصارى ابن مريم

20. Melampau dengan menuduh nabi tidak Amanah dan melakukan kezaliman.
- dia menuduh Nabi Muhammad tidak bertaqwa kepada.
- Khalid Al Walid minta izin dengan Nabi untuk pancung kepalanya. Tetapi tidak diizinkan oleh nabi, dengan nabi berharap baru saja kemungkinan dia masih lagi menunaikan solat. 
- Nabi Muhammad menyatukan baginda tidak disuruh untuk korek Iman yang ada dalam hati manusia. (18-19)
اني لا اومر أن انقب عن قلوب الناس ولا أشق بطونهم

MELAMPAU SEL AMALAN YANG BERLAKU PADA ZAMAN NABI

21. Sikap melampau dalam melakukan amalan sehingga mahu melebihi Nabi Muhammad. Dalilnya, Ada tiga orang sahabat yang berjumpa dengan Aisyah dan mengatakan mereka tidak mahu tidur, tidak mahu makan dan tidak mahu bersetubuh dengan isteri. (21-21)

22. Melampau dalam melakukan amal ibadat sehingga menafikan hak hak yang baik. Dalilnya pada zaman nabi ada orang yang tidak memberikan hak kepada yang berhak dalam melakukan ibadat. (23)
- Ibnu taimiah ada berkata, jauhi melampau dalam agama adalah suruhan dari melampau pada semua; sama ada dalam perkara aqidah atau amalan. (24)

23. Melampau dalam membebankan diri dalam melakukan amal sehingga tidak termampu dilakukan. Dalilnya Ada seorang lelaki pada zaman nabi yang bernazar Mahu berjalan kaki tanpa naik kenderaan. Nabi menyuruh dia naik kenderaan. (25)

24. Melampau dalam bernazar. Seorang lelaki bernama Abu Israel yang bernazar mahu berdiri dan tidak mahu berteduh. Nabi suruh dia berteduh. (26)
- ketika itu nabi Muhammad sedang berkhutbah. Melihat keadaan itu Nabi Sallallahu Salam terganggu dan suruh dia berteduh. (26)

25. Melampau dalam melakukan amalan sunat. Pada zaman nabi ada kes nabi tengok orang mengikat tali di katil untuk memastikan dia boleh bangun malam. Nabi menghalang dia melakukan sebegitu.

26. Melampau sehingga tidak mahu mengambil rukhsah. Dalil nya pada zaman nabi ada lelaki yang berpuasa di dalam permusafiran. Lalu nabi menyatakan, bukan dari kebajikan berpuasa di dalam permusafiran. (27)
- ada hadis bahawa seorang lelaki telah berkata kepada ibnu Umar yang dia mahu berpuasa dalam permusafiran. Ibn Umar terus menyatakan bahawa dia mendengar nabi kata, barangsiapa yang tidak menerima Rakhsah Allah, Dia adalah orang yang berdosa sepertimana Bukit Arafah. (28)

27. Melampau dalam melakukan ibadah sehingga mahu Melakukan perkara yang khusus bagi nabi. Iaitu berpuasa secara wisal. (28)

BAHAYA MELAMPAU

28. Boleh membawa kepada keluar dari agama. Kes ini berlaku kepada orang Kristian yang mengatakan Allah ada anak yang bernama Isa. (Surah Al-Maidah, ayat 72 dan 73) 
- Begitu juga Nabi ada mensifatkan satu kalangan yang dikenali sebagai al-Khuwaisirah, yang mereka terkeluar dari agama sepertimana keluar anak panah dari busar panah. (29)

29. Melampau sehingga boleh membawa kepada kerosakan (tahlukah). Dalam hadis Nabi telah menyatakan, hindari melampau, Kerana telah binasa orang-orang dahulu disebabkan melampau dalam beragama.

30. Melampau sehingga menyalahi dengan kehendak beribadat. Ekoran itu nabi menyuruh orang yang mengantuk bahawa tidur terlebih dahulu sebelum menunaikan solat, agar solat yang ditunaikan itu tidak menyalahi tujuan. (30)

31. Boleh membawa kepada orang lari dari agama ataupun membencikan hamba Allah dalam melakukan kepada Allah. Dalam hadis Nabi melarang memanjangkan solat bagi Imam kerana ada makmum yang tidak sihat.

32. Membawa kepada orang yang melampaui itu mempunyai sifat-sifat yang buruk. Ekoran itu nabi Namakan orang yang melampau Itu sebagai "mutanattiun"

33. Orang yang melampau boleh menyebabkan ternafi syafaat Nabi. Dalam hadis nabi mengatakan ada dua kalangan yang tidak dapat syafaat nabi;
A. Raja yang zalim
B. Orang yang melampau dalam agama. (31)

34. Boleh membawa kepada mengharamkan perkara yang tidak haram. - Dalam hadis Nabi ada berkata, Sesungguhnya sebesar-besar jenayah orang Islam, apabila dia memohon sesuatu yang tidak diharamkan, lalu diharamkan disebabkan masalahnya. 
- dalam Hadis juga ada menyatakan, Allah mewajibkan satu kewajipan Maka jangan disempitkan, Allah meletakkan beberapa batasan, Jangan melampauinya; mengharamkan sesuatu perkara, Maka jangan hampiri; dan Allah meninggalkan sesuatu perkara tanpa lupa, Maka jangan cari-carinya.

35. Boleh membawa jemu dalam melakukan ibadah. 
- dalam Hadis riwayat Bukhari, Nabi pulang ke rumah, Nabi dapati bersama dengan Aisyah ada seorang perempuan. Nabi bertanya kepada Aisyah berkenaan perempuan tersebut. Lalu Aisyah menyatakan dia sedang bercerita berkenaan dengan shalatnya. Mendengar itu Nabi terus menyatakan, hendaklah ditunaikan amal itu berdasarkan kemampuan. Ini kerana Allah tidak jemu memberi, tetapi bimbang kamu jemu mencari pahala. Nabi menambah lagi, amal ibadat yang disukai oleh Allah adalah yang dilakukan secara kekal dan istiqamah. (32)

CADANGAN UNTUK ATASI MELAMPAU DALAM AGAMA

36. Himpun segala pemahaman yang salah dan menjelaskan hakikatnya dan balas dengan hujah yang kuat.

37. Memberi penjelasan terhadap salah faham itu dengan adab dan hujah yang meyakinkan.

38. Bapa menjelaskan kepada anak terhadap pemahaman itu Semenjak anak masih kecil lagi. (33)

39. Ulamak menjelaskan kepada anak-anak muda berkenaan dengan cara pemahaman yang benar dan menjelaskan juga pemahaman yang salah.

40. Tulis kitab-kitab yang kecil dan buat sebaran.

41. Memberi penjelasan melalui media sosial. (43)

***
رحمه علماء اهل السنة و الجماعة بالمسلمين مظاهر سائدة ومنطلقات عقديه ثابتة
بوبكر بن عبدالله سعداوي
باحث جزائري ومدير المركز العربي للكتاب بالشارقة

42. Ulama Ahli Sunnah waljamaah teramat teramat teramat berusaha untuk memastikan perbezaan yang berlaku di antara orang Islam itu tidak mengeluarkan mereka dari skop Islam. (46)

43. Hūd:118 - Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Hūd:119 - Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمْ ۗ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
 
- ayat ini ditafsirkan oleh sebilangan ulama, bahawa bukankah Allah mahu mereka itu terus berpecah, tetapi Allah jadikan mereka yang berbeza iaitu untuk menjadi berjemaah dan rahmah. (46)

44. Kenyataan ulama ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menolak amalan kafir mengkafirkan sesama orang Islam.
- ibn Wahb mendengar Imam Malik berkata, golongan murjiah adalah golongan yang salah, Walaupun mereka membakar kaabah atau melakukan semua perkara, mereka tetap adalah orang Islam. (47)
ان المرجءة أخطأوا وقالوا قولا عظيما قال: ان احرق الكعبة أو صنع كل شيء فهو مسلم

- berkata Imam abul Hasan al Ashari, orang Islam telah berselisih selepas nabi mereka pada banyak perkara, setengah mereka menuduh sesat terhadap setengah yang lain, setengah mereka mempertahankan terhadap tengah yang lain, lalu jadilah mereka golongan yang berpecah kecuali Sesungguhnya Islam datang untuk menghimpunkan mereka. (48)
اختلف المسلمون بعد نبيهم في اشياء ضلل فيها بعضهم بعضا و تبرا بعضه بعضهم من بعض فصارو فرقا متباينين الا ان الاسلام يجمعهم فيعمهم

- Sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Zahabi, Imam abul Hasan al Ashari ada berkata, bersaksilah ke atasku Sesungguhnya aku tidak akan mengkafirkan seorang pun dari kalangan ahli kiblah. Ini Kerana setiap mereka itu menyembah kepada Tuhan yang satu kepada Tuhan yang satu walaupun mereka itu berbeza dari sudut ibarat. (48)
اشهد على اني لا اكفر احدا من اهل القبله لان الكل يشيرون الى معبود واحد و انما هذا كله اختلاف العبارات

* Menurut Syaikh Ruzzuq di dalam Syarah risalah Ibn Abi zaid, yang dimaksudkan dengan ahli kiblah ada semua golongan yang beriman dengan Allah dan RasulNya, sama ada mereka menaikkan solat ataupun tidak. (48)
- abul Hasan al Ashari ada menyediakan di dalam kitab maqulat Islamyin, tidak boleh mengkafirkan seorang pun dari kalangan ahli kiblat dengan dosa yang dilakukannya, seperti zina, mencuri dan seumpamanya, daripada dosa-dosa besar. Mereka dengan apa yang ada bersama mereka daripada keimanan itu adalah orang yang beriman, Walaupun mereka melakukan dosa dosa besar.
ولا يكفرون احد من اهل القبله بذنب يرتكبه، منحة الزنا والسرقة وما أشبه ذلك من الكبائر، وهم بما معهم من الايمان مؤمنون، وان ارتكبوا الكبائر

- Imam Abu Bakar Muhammad Bin Tayyib Al Baqalani berkata, pendapat yang kuat di sisiku adalah Sesungguhnya kufur dengan Allah ialah jahil dengan kewujudanNya. Dan beriman dengan Allah adalah mengetahui kewujudanNya. Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh mengkafirkan dengan sesuatu perkataan ataupun sesuatu pandangan kecuali dia jahil berkenaan dengan Allah.
القول عندي ان الكفر بالله هو الجهل بوجوده و الايمان بالله هو العلم بوجوده وانه لا يكفر احد بقول ولا راي الا ان يكون هو الجهل بالله.

- Al Imam Al haromain ada berkata, Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala Ta'ala telah menyelamatkan ahli kebenaran daripada perselisihan yang boleh membawa kepada pengkafiran sesama orang Islam, dan Implikasi perbezaan mereka kepada ibarat yang tidak membesarkan tempat yang ada maknanya. (49)
فان الله قد عصم اهل الحق عن اختلاف يفضي الى التكفير و التبري و مال اختلافهم الي عبارات لا يعظم موقعها في المعاني.

- Qadhi Iyyad ada berkata, Sesungguhnya memasukkan orang kafir dalam kalangan Islam ataupun mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam adalah sesuatu yang serius dalam agama. (50)
لان ادخال كافر في الملة، أو اخراج مسلم منها عظيم في الدين

- Imam al-ghazali berkata, sewajarnya kecenderungan yang perlu adalah mengelak dari mengkafirkan seseorang muslim selama mana ada parti jalan untuk dielak. Kerana menghalalkan Darah dan harta dari orang yang menunaikan solat dalam keadaan mengadap ke qiblat dalam keadaan terang terang mengucapkan lailahaillallah adalah satu perbuatan yang salah. Kesalahan dalam meninggalkan seribu orang kafir dalam keadaan hidup lebih rendah daripada kesalahan dari menumpahkan darah seorang orang.
و الذي ينبغي أن يميل المحصل اليه الاحتراف من التكفير ما وجد اليه سبيلا

- Dalam kitab "Faisal al-Tafriqah Bain al-Islam wa al-Zindaqah", Imam al-ghazali ada berkata, "perlu kamu menahan lidah kamu terhadap ahli kiblah semampu kamu, selama mereka menyebut La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah Muhammadur Rasulullah Rasulullah illallah Muhammadur Rasulullah Muhammadur Rasulullah Rasulullah ilaha illallah Muhammadur Rasulullah Muhammadur Rasulullah Rasulullah illallah Muhammadur Rasulullah. Ini kerana takfir itu amat bahaya. (51)

فان تكف لسانك عن اهل القبلة ما امكنك، ما داموا قائلين لا اله الا الله محمد رسول الله، فان التكفير فيه خطر والسكوت لا خطر فيه

****

دور الازهر في مواجهه الغلو والتطرف
LINGKUNGAN AL-AZHAR DI DALAM BERHADAPAN DENGAN PELAMPAU

Oleh : Ahmad Khalifah Sharkawi Ahmad. |
Pensyarah undang-undang Murafi'at di kuliah Syariah dan undang undang, Tanta, Universiti al-Azhar.

45. Salman al-farisi berkata kepada Abu Darda ketika berada di hotel di baitulmaqdis. (62)
ان الارض لا تقدس احدا انما يقدس المرء عمله

46. Pemikiran keganasan adalah penyakit. Ubat bagi penyakit ini - kata Abdul Wahab Azzam - Perkenalkan kepada manusia tentang kebenaran dan membina perasaan sayang terhadap kebenaran tersebut. Begitu juga ajar kepada mereka tentang Keadilan dan mendidik sehingga mereka mengikutinya. Tanpa boleh dinafikan dalam menjelaskan kebatilan dan kezaliman. (56)

47. Makna تطرف;
- الغلو، التشدد، التنطع
- Ulu adalah melampaui batasan dan keluar dari maksud yang sebenar.
- Dari sudut istilah : kesalahan di dalam memahami agama dan melampaui pada pelaksanaannya dari perkara disyariatkan kepada perkara yang tidak disyariatkan.
- Dari sudut agama : melampaui bagi batasan, hukum dan petunjuknya.
- Dari sudut istilah : dosa pada sudut fikiran dan tindakan sama ada dengan Intan di kanan atau tuntutan di kiri.

48. Sebab sebab yang membawa kepada melampau dan Tatarruf;
- lemah pemahaman dalam agama
- tidak manfaatkan kedalaman akan. (57)
- ekoran kedua-dua ini, boleh membawa kepada amalan kafir mengkafirkan sesama Muslim, halalkan Darah, harta dan maruah mereka.

49. Dalam hadis nabi sallallahu alaihi wasallam pernah menyatakan ciri-ciri mereka; 
حدثان الاسنان، سفهاء الاحلام

- dalam Hadis; (58)
تحقرون صلاتكم مع صلاتهم وصيامكم مع صيامهم وعملكم مع عملهم و يقرؤون القران لا يجاوز حناجرهم يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرميه

BAHAYA TINDAKAN KEGANASAN KEPADA UMAT

50. Hilang keamanan. Mana aman adalah, keselamatan manusia pada agama, diri, maruah, akal dan harta; ia dikenali sebagai keamanan dharuriyyat yang lima lima yang dinaskan pada semua syariat Samawi. Tindakan Tatarruf adalah menyalahi semua.

51. Dalam al-quran Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta akan makan minum dengan keamanan. (Quraish, ayat 3-4) (58)
فليعبدوا رب هذا البيت * الذي اطعمهم من جوع وامنهم من خوف

52. Dalam doa Nabi Ibrahim, baginda mendahulukan keamanan berbanding mendapat rezeki. (Baqarah, 162)
واذ قال ابراهيم رب اجعل هذا بلدا امنا وارزق اهله من الثمرات امنا وارزق اهله من الثمرات
53. Dalam hadis nabi sallallahu di solat berdoa juga nak dahulukan keamanan berbanding makanan.
من أصبح منكم امنا في سربه معافى في جسده عنده قوت يومه فكانما حيزت له الدنيا

54. Tindakan keganasan bermula dengan pemikiran yang mahu menghalalkan darah manusia, harta, keturunan dan menyebarkan fitnah di kalangan mereka. (59)

55. Tindakan Tatarruf, 
A. membawa kepada merosakkan perkara sawabit
B. meruntuhkan prinsip 
C. menjumudkan Maqasid. (62)

***

MELAMPAU, KEKERASAN DAN LINGKUNGAN ULAMA DALAM MEMERANGINYA
الغلو والتطرف ودور العلماء في محاربتهما
Oleh : Al-Syarif Ibrahim soleh Al Husaini | ketua Haiah al-ifta wa Al-Majlis Al-Islami al-Naijari.

56. Irhab dalam definisi lajnah al-Irhab al-Duwali yang mengikut bagi Jahmiyyah al-Qanun al-Duwali tahun 1980;
- amalan keganasan yang bahaya dan menggerunkan.
- dilakukan dari sesuatu pertubuhan sama ada dilakukan seorang diri ataupun dengan gabungan kelompok.
- mereka menyerang individu atau institusi atau tempat-tempat.
- atau memastikan sistem pergerakan negara Terhenti, atau negara berhadapan dengan kerugian atau mudarat atau perkara yang menyakitkan.
- atau dengan tujuan memutuskan hubungan antara negara dan negara. (89)

57. Antara ayat yang menolak amalan keganasan yang menolak amalan keganasan adalah ayat 204 dan 205 dan 206 dari surah al-baqarah ayat 204 dan 205 dan 206 dari surah al-baqarah al-baqarah;
Al-Baqarah:204 - Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).
Al-Baqarah:205 - Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
Al-Baqarah:206 - Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

58. Antara penyebab berlaku amalan keganasan apabila mereka mendakwa semua orang mendakwa semua orang mereka mendakwa semua orang mendakwa semua orang tidak berhak menjadi Khalifah selain mereka. (90)

59. Amalan keganasan berlaku di Nigeria dan Cameron. Mereka mengkafirkan orang Islam, Tidak kira mereka itu ulama, Imam, Qari dan orang melakukan ibadat. Mereka menggunakan makna peperangan, bughah dan takfir tanpa takwil. (90)

60. Orang Islam itu dilihat pada dua jenis;
Pertama : golongan islamisme, iaitu karangan yang meletakkan kepercayaan keperluan yang meletakkan kepercayaan keperluan melaksanakan hukum Syariah tanpa melihat keperluan untuk proses tarbiah.

Kedua : orang Islam yang mengatakan keperluan melaksanakan hukum Islam dengan diselesaikan syarat utama iaitu menyelesaikan manhaj tarbawi cara merangkumi. (94)

61. Antara perkara penting yang dilihat di dalam masyarakat adalah mewujudkan keamanan. Dia merupakan perkara utama bagi kehendak syariat. (95)




No comments:

Post a Comment