NOTA KITAB : AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH BAINA AHL AL-FIQH…
WA AHL AL-HADIS
Karangan : Syaikh Muhammad
al-Ghazali
Terbitan : Dar al-Syuruq, kaherah
– lubnan
Tarikh : 1989.
1. Para imam fiqh meletakkan
dasar bahawa sesuatu ijtihad hendaklah selaras dengan al-Quran. Jika
bercanggah, maka wajar ditolak. (23)
2. Hadis "tidak
dibunuh muslim yang dibunu oleh orang kafir" perlu ditolak, walaupun ia
saheh pada sudut sanad. Ini kerana, matan hadis itu ma'lul kerana bercanggah
dengan al-Quran dalam hukum Qisas "nyawa dengan nyawa". Dalam ayat
itu, Allah ada sebut "hendaklah kamu berhukum dengan hukum yang diturunkan
oleh Allah" (25)
3. Ekoran itu, mazhab Hanafi
lebih dekat dengan keadilan dan lebih menjaga hak manusia dan hormati
kemanusiaan tanpa dibataskan warna kulit, hamba atau tidak, kufur atau tidak.
(25)
4. Dalam kalangan ahli Hadis,
mereka jadikan diat perempuan separuh dengan diat lelaki. Ia ditolak pentahqiq
dari kalangan ulama fiqh. Ini kerana, dalam al-Quran, diat lelaki dan perempuan
adalah sama. (25)
5. Mazhab Hanafi menyamakan
sesama manusia dalam hal melibatkan darah dan diat. (26)
6. Ulama dalam mazhab Hanafi
dan Maliki, mereka anggap makruh solat dua rakaat ketika imam sedang
berkhutbah. Dalam penilikan syaikh Muhammad al-Ghazali, dalam al-Quran, Allah
menyatakan diam semasa al-Quran dibaca. Jadi, semasa berkhutbah yang ada bacaan
al-Quran, agak pelik jika disuruh solat sunat. (27)
7. Syaikh anggap dusta kepada
orang dakwa bahawa Nabi Muhammad tengok Allah dengan mata kepala, kerana dalam
al-Quran Allah kata, Allah tidak tercapai dengan mata (Surah al-An'am, ayat
103). (30)
8. Juga dianggap dusta kepada
orang yang dakwa bahawa Nabi saw tahu tentang perkara akan berlaku esok. Kerana
dalam al-Quran (luqman, 34) bahawa Nabi saw tak tahu apa yang bakal berlaku
esok. Juga syaikh anggap dusta, jika ada orang dakwa Nabi saw menyembunyikan
sesuatu perkara. (30)
9. Dalam hadis, al-Aswad bin
Yazid bercerita ketika dalam masjid berkenaan dengan Fatimah binti Qais.
Kononnya Fatimah kata, bahawa Nabi saw tidak tetapkan tempat tinggal dan nafkah
kepada perempuan ditalak. Perkara diketahui oleh saidina Umar menjadikan
saidina Umar tolak perkataan Fatimah itu kerana apa yang disebut oleh Fatimah
itu bercanggah dengan ayat al-Quran. Kisah Fatimah ini menjadikan ulama fiqh
berkhilaf. Hanafi tolak dan Hanbali terima. Ulama mazhab Maliki dan syafie
menyatakan pula, perempuan ditalak dengan talak 3, hanya perlu disediakan
tempat tinggal sahaja, tanpa perlu disediakan nafkah. Hanbali melihat ayat
al-Quran merujuk kepada talak Rajie, sedangkan hadis fatimah itu dalam kerangka
talak bain. (41)
10. Dalam hadis, nabi larang
kahwini hamba hingga dia merdeka, jangan kahwini anak gadis hingga minta izin.
Dalam hadis lain, seorang perempuan dinikahkan oleh bapanya secara paksa.
Diberitahu kepada Nabi. Nabi suruh perempuan itu buat pilihan. Dalam riwayat
lain, perempuan dinikahkan oleh bapanya tanpa dia setuju. Nabi saw panggil
bapanya dan nabi serahkan urusan perkahwinan itu kepada perempuan itu sendiri.
Dari hadis2 itu, syafie dan
hambali nyatakan keizinan bapa paksa anak kahwin. Tp, hanafi pula memberikan
hak aqad kepada diri perempuan. Kerana, melihat kepada ayat al-Quran dalam
surah baqarah, 148. (42)
ISU NIQAB
11. Fatwa yang anggap wanita
wajib tutup muka adalah ganjil, kerana ketika buat haji, islam wajibkan buka
muka. Dalam hadis juga, Nabi saw berjumpa dengan ramai perempuan yang tidak
tutup muka dan Nabi saw tidak menyuruh mereka tutup muka. (44)
12. Dalam al-Quran, Allah swt
menyuruh lelaki merendahkan pandangan mata (al-Nur, 30). Kalau sudah ditutup
muka, buat apa ada suruhan rendahkan pandangan mata. Dalam hadis, Nabi saw ada
suruh Ali tidak ekori penglihatan pertama dengan penglihatan kedua. Dalam hadis
juga, Nabi saw ada menyatakan bahawa seseorang lelaki yang melihat perempuan
sehingga naik syahwat, bahawa dia perlu mendatangi isterinya. (45)
13. Qadhi Iyyadh (seperti yang
diriwayatkan oleh al-Syaukani) menyatakan bahawa tidak wajar bagi seseorang
perempuan menutup muka. (45)
14. Pada zaman jahiliyyah dan
dalam zaman Islam, memang ada perempuan pakai niqab. Ia bukan ibadat, tetapi
sekadar adat sahaja. Dalilnya, dalam hadis Abu Daud (2488) seorang muslimat berniqab berjumpa dengan
Nabi saw bertanyakan kepada Nabi saw tentang anaknya yang terbunuh dalam
peperangan. Sahabat bertanya, kenapa dia berniqab sedangkan dia mahu bertanya kepada
Nabi saw. Sahabat bertanya itu merupakan dalil bahawa berniqab bukan ibadat, tp
sekadar adat sahaja (47)
15. Ada hadis bahawa Aisyah
berkata, ketika lelaki yang menaiki kenderaan lalu di hadapan perempuan,
perempuan akan tutup muka mereka dan buka setelah mereka berada jauh dari
mereka. Hadis ini doif pada sudut sanad dan syaz pada sudut matan. (48)
16. Dikukuhkan lagi, Asma'
binti abi bakar datang berjumpa dengan Nabi dengan memakai pakaian nipis. Nabi
saw menyatakan bahawa perempuan yang baligh perlu menutup kecuali muka dan
tangan. Hadis ini mursal, tp dikukuhkan dengan hadis2 yang lain. (48)
17. Dalam hadis, bahawa Aishah berkata ketika
lalu orang lelaki, bahawa perempuan akan tutup muka. Bila mereka dah berlalu
pergi, perempuan akan buka balik. Hadis ini, kata syaikh, lemah pada sanad dan
syaz dari sudut matan. Ia tidak boleh dijadikan hujah.
Ini kerana, hadis2 saheh ada menyatakan; nabi
pesan kepada asma ketika dia datang jumpa dengan Nabi dalam keadaan pakaiannya
nipis. Wahai asma, apabila perempuan dah baligh, maka semua perlu ditutup
kecuali muka dan tangan.
Hadis ini mursal, tp dikuatkan dengan
riwayat2 yang lain.
Dalam al-Quran, Allah ada menyatakan bahawa
lelaki perlu menundukkan pandangan mereka (Nur, 31). Ahli tafsir kata, ia
merujuk kepada melihat wajah dan tangan. (49)
18. Dalam hadis, ada diceritakan bahawa
seorang perempuan kematian bapanya, dan dia minta izin dengan Nabi untuk pergi
ziarah. Nabi tak izinkan kecuali dia dapat izin dari suami dulu. Ekoran
ketaatan dia kepada suaminya, bapanya dia tentukan syurga.
Problen hadis ini;
1. Tidak ketahui perawi sahih.
2. Suami itu memutuskan hubungan silaturahim seorang anak kepada bapanya. Mustahil nabi bersetuju, sbb ia bercanggah dengan aturan al-Quran.
3. Dalam hadis saheh, ada menyatakan bahawa perempuan diizinkan keluar dari rumah jika ada keperluan. (51)
1. Tidak ketahui perawi sahih.
2. Suami itu memutuskan hubungan silaturahim seorang anak kepada bapanya. Mustahil nabi bersetuju, sbb ia bercanggah dengan aturan al-Quran.
3. Dalam hadis saheh, ada menyatakan bahawa perempuan diizinkan keluar dari rumah jika ada keperluan. (51)
PEREMPUAN, KEKELURAGAAN DAN URUSAN UMUM
19. Saidina Umar melantik lelaki dan
perempuan dalam urusan pasar di Madinah. ( 56) nama perempuan itu adalah syifa.
(69)
20. Shaikh bukan la pro perempuan jadi
pemimpin. Namun, hadis yang menyatakan sesuatu kaum tak akan berjaya kalau
lantik perempuan sebagai pemimpin itu bercanggah dengan al-Quran, dengan
realiti tarikh dan hadis2 lain. (58)
21. Ada dalam riwayat ibn Khuzaimah bahawa
solat perempuan di rumah lebih afdal dari solat di masjid Nabi. Persoalannya timbul;
a. Kenapa nabi biarkan perempuan solat dalam masjid nabi dan mengkhususkan pintu tertentu untuk keluar dari masjid.
b. Nabi pendekkan solat subuh ketika kedengaran suara anak kecil menangis kerana ibunya solat berjemaah. (63)
C. Tiada satu hadis Nabi saw melarang perempuan solat di masjid. (64)
a. Kenapa nabi biarkan perempuan solat dalam masjid nabi dan mengkhususkan pintu tertentu untuk keluar dari masjid.
b. Nabi pendekkan solat subuh ketika kedengaran suara anak kecil menangis kerana ibunya solat berjemaah. (63)
C. Tiada satu hadis Nabi saw melarang perempuan solat di masjid. (64)
22. Hadis saheh bertembung dengan hadis lebih
saheh, disebut syaz. Hadis doif bertembung dengan hadis saheh, disebut sebagai
matruk atau mungkar. (64)
23. Shaikh letak tanggapan bahawa sesuatu
perkara fardu tak boleh kecuali dengan dalil qatie. Pengharaman sesuatu tidak
boleh kecuali dengan dalil qatie. Dalil2 zanni, mesti kurang dari kadar haram
atau fardu. (65)
PEREMPUAN JADI SAKSI
24. Diketahui, saksi dua perempuan menyamai
dengan seorang saksi lelaki. Surah al-Baqarah, 282. (66)
25. Ibn Hazm kata, tiada asas dari hadis
untuk tolak saksi perempuan dalam kesalahan hudud dan Qisas. (67)
26. Dari ata' bahawa Saidina Umar terima
saksi perempuan bersama lelaki dalam hal talak dan nikah. Namun, riwayat ini
ada al-Haris al-Ghanawi. Dia adalah majhul.
Ata bin Abi Rabah kata, "harus saksi
perempuan bersama lelaki pada semua keadaan"
Ibn Hazm kata, daripada Abdullah bin Umar
daripada Nabi saw saksi dua perempuan menyamai dengan saksi seorang lelaki.
(68)
27. Ibn Hazm anggap, perempuan harus jadi
hakim. Ia juga pandangan abu hanifah.
Mazhab Maliki anggap, boleh terima
wasiat dan wakil dari orang perempuan. (69)
LAGU
28. Syaikh anggap bahawa sesuatu yang tidak
boleh diterima akal dan naql, apabila ada dakwaan mengatakan hadis ahad boleh
memberi faedah qatie (yaqin) sepertimana hadis mutawatir. (74)
29. Ketika Syaikh mendengar pandangan dalam
mazhab Hanafi berkata, batal puasa bagi mereka yang termakan dan wajib dia
qada, syaikh anggap sebagai pandangan yang tidak berasas kepada hadis saheh.
Syaikh juga anggap tiada baca bismillah
semasa membaca fatihah dalam solat, sepertimana yang diamalkan dalam mazhab
syafie. (74)
30. Dalam mazhab Hanafi, sesuatu perkara
fardu semestinya bersumberkan dalil qatie. Adapun wajib, bersumberkan nas yang
zanni. (75)
31. Menurut kitab al-Manar bahawa ibn
al-Qayyim ada kata dalam iilam muwaqiin bahawa riba ada dua jenis; jali dan
khafi.
Riba jali : haramnya kerana mudaratnya besar.
Riba khafi : haramnya kerana zariah kepada
jali.
Bermaksud, ibn al-Qayyim anggap Riba yang
berkait dengan asnaf riba adalah riba khafi, haram berfaktor sad al-zaraie.
(75)
32. Perkara aqidah dan rukun2, tak boleh
kecuali bersumberkan riwayat mutawatir, capai tahap masyhur. Selain ini, boleh
guna sumber ahad.. (75)
33. Syaikh Muhammad Abduh antara ulama yang
menolak dakwaan bahawa Nabi Muhammad saw pernah kena sihir, seperti kewujudan
kisah itu dalam hadis riwayat al-Bukhari. (76)
34. Ibn Hazm anggap jual chess, muzik dll
sebagai halal dan jika dipecahkan, maka wajib diganti. Begitu juga harus
menjual alat muzik dan membelinya. Ini berpegang kepada firman Allah
(baqarah, 29 - 275) yang menyatakan bahawa tuhan ciptakan semua ini untuk
manusia. (82)
35. Hadis2 tentang muzik, menurut penilaian
ibn hazm, semuanya ada masalah pada sudut sanad. (83)
36. Syaikh kata, asal sesuatu perkara ada
harus. Tidak ada pengharaman kecuali dengan nas yang qatie. (96)
37. Nabi saw pernah puji suara abu musa
al-Asyari kerana suaranya sedap seperti seruling. (98)
AGAMA : ANTARA IBADAT DAN
ADAT
38. Dalam perkara selain
ibadat, kena cari nas yang melarang sahaja. Jika ada larangan, baru haram.
Kalau ada nas suruh buat, ia bukan wajib, tp budaya (p)
39. Dalam Sunan Abi Daud,
terdapat Hadis dari Aisyah yang kononnya kata, jangan potong daging dengan
pisau, kerana ia adalah amalan orang ajam. Hadis ini batil kerana dalam hadis
yang saheh, dinyatakan Nabi saw menggunakan pisau ketika makan. (103)
40. Hadis2 yang menyebut
berkenaan kelebihan pakai serban, tidak sahih, sepertimana yang diungkapkan
oleh Syaikh Muhammad Hamid al-Faqi. (105)
41. Syaikh Muhammad
al-Ghazali menyatakan, serban dan tutup kepala dengan iqal, adalah budaya arab
ekoran negara mereka panas. (105)
42. Syaikh anggap, Islam
tiada pakaian khusus. (106)
MASUK JIN?
43. Anak Imam Ahmad (Abdullah)
bertanya kepada imam ahmad, "ada orang kata bahawa jin tak boleh masuk
dalam badan manusia". Jawab imam ahmad, "mereka berbohong".
(116)
44. Ayat yang kata, orang
yang terlibat dengan riba akan dikuasai oleh syaitan (baqarah, 275). Ayat ini
bukan bermaksud jin masuk badan, tp balasan di akhirat nanti. (117)
FIQH AL-KITAB YANG PALING
UTAMA
45. Apabila dahulukan hadis
berbanding al-Quran, pasti akan berlaku kepelikan. Contoh, al-Sun'ani yang
memfatwakan haram bernazar. Dia berpegang dengan hadis daripada Ibn Umar,
bahawa Nabi saw ada melarang dari nazar. Kata nabi, "ia tidak datangkan
kebaikan, kerana ia akan ada pemaksaan keluar duit bagi orang kedekut".
fatwa ini salah, kerana dalam
al-Quran (al-Insan, 7 dan al-Haj, 29) menyatakan amalan nazar yang dibolehkan.
Hakikatnya, hadis itu bukan halang nazar, tp dalam konteks nazar bersyarat
untuk mencapai barang perniagaan. (126)
46. Ada pihak mendakwa bahawa
hadis ahad boleh menasakhkan ayat al-Quran. Contoh, dakwaan kata hadis nabi saw
nyatakan haram makan binatang buas berkuku adalah hadis ketika Nabi saw di
Madinah menasakhkan ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah, iaitu al-An'am,
145. ( 127)
syaikh anggap dakwaan hadis
boleh nasakh al-Quran sebagai tak masuk akal. (127)
47. Syaikh sebut bahawa
al-Qaradawi membahaskan hadis "bapaku dan bapa kamu dalam neraka"
adalah merujuk kepada abu talib. Kerana merujuk kepada hadis bahawa Abu Talib
tak mahu sebut tauhid sebelum kematian, walaupun telah diminta oleh nabi (lihat
hadis Muslim) (144)
HADIS2 FITNAH
48. Syaikh nafikan bahawa Tuhan itu berjisim.
Kerana, jisim pasti berbentuk. Sudah pasti ia mustahil bagi Allah, kerana telah
dinyatakan perkara ini oleh Allah dalam al-Quran. ( 153)
49. Ada pendapat menyatakan bahawa solat boleh
jadi batal, jika lalu dihadapan orang yang solat itu perempuan. Ia ditolak, sbb
Aishah pernah menyatakan bahawa Nabi teruskan solat ketika Aishaj tengah tidur
hadapan Nabi.
Begitu itu, tak batal solat, jika yang lalu
itu adalah himar. Kerana, terdapat hadis berkaitan dengan seorang sahabat
bernama Iyash yang menunaikan solat bersama dengan Nabi saw. Ketika itu, lalu
keldai. Dia bertasbih dan ditanya oleh Nabi, kenapa dia tasbih. Dia nyatakan
bahawa keldai lalu di depannya. Nabi saw nyatakan bahawa keldai lalu itu tidak
membatalkan solat.
Bermakna, sahabat Nabi saw yang berhijrah
bersama dengan Nabi (orang awal dengan Islam) pun mendengar hadis yang salah
dan dibetulkan oleh Nabi kemudiannya. (156)
WASAIL DAN TUJUAN
50. Syaikh ada membahaskan tentang konsep
wasail dan kaitannya dengan ghayat (maqasid). Beliau nyatakan juga bahawa ada
wasail yang tidak ada konpromi, seperti solat dan ada yang boleh kompromi
seperti jihad, qital dll. (160)
51. Syaikh ada membahaskan tentang
pembahagian harta ghanimah kepada 1/5 sepertimana yang telah tersebut dalam
al-Quran, al-anfal, 41. Pada syaikh, pembahagian itu bukan sesuatu yang mulzim,
tp perlu kepada kemaslahatan Daulah.. ini merujuk kepada mazhab Maliki yang
merujuk kepada hadis bahawa Nabi saw membahagiakan harta rampasan perang dalam
perang hunain. Maka serupa juga dengan tindakan Saidina Umar yang tidak
ikut pembahagian 1/5. (162)
52. Wudu adalah wasilah untuk solat. Ia tiada
majal bagi pandangan (raky) kerana ia berdasarkan kepada nas yang muhkam.
Sedangkan soal jihad, ada peluang kepada akal untuk menilai. (163)
53. Syura memang ada dalam al-Quran. Tp cara
perlaksanaan syura itu diserahkan kepada keadaan dan suasana yang sesuai.
Lebih2 lagi, era khilafah cara perlaksanaan syura tak sama antara satu daulah
dengan daulah yang lain. (163)
54. Berbeda dengan pemerintah tidak
semestinya boleh dibunuh (kata al-Sun'ani). Tp, yang dikenakan hukuman bunuh
itu, apabila berbeda dengan pemerintah itu sehingga mengangkat senjata.
Saidina abdullah bin Umar pernah kata,
"sesiapa yang angkat senjata, maka ia bukan dari kalangan aku". (165)
55. Dalam muwatta dan muslim, ada dinyatakan
hadis bahawa jadi anak susuan itu, jika 10 kali kenyang. Kemudiannya, jadi 5
kali kenyang. Imam malik tidak dapat amal hadis ini, dan kembali kepada mutlak
hisap susu sudah jadi anak susuan. Sama juga mazhab Hanafi. ( 173)
56. Hakikat agama sabit dengan akal dan naql.
Ekoran itu, hadis wahi pada sanad dan hadis yang ma'lul pada matan tidak boleh
dijadikan hujah. (179)
57. Kisah bahawa perkara pertama yang
diciptakan adalah alQalam adalah tidak saheh, atau mungkar, palsu atau matruk.
Ini berdasarkan taklik yang dilakukan oleh syaikh Muhammad Hamid al-Faqi. Walau
bagaimana pun, syaikh muhammad al-Ghazali anggap ia selaras dengan prinsip
dilalah dalam al-Quran, sama ada secara jauh atau dekat, iaitu ilmu Allah,
semua perkara tidak akan terjadi kecuali semuanya telah ditetapkan oleh Allah.
(186)
PENUTUP
58. Ketika Allah berbicara tentang kaum nabi
lut, tuhan sertakan juga sifat2 mereka yang tertentu, seperti pembaziran,
permusuhan, kejahilan, maksiat, kerosakan dan semua perkara yang membawa kepada
kezaliman. (192)
59. Konsep warganegara dahulu, masuk negara
islam, minta masuk islam; kalau tak, maka bayar jizyah; jika tak, maka perangi.
(199)
60. Dalam hadis Muslim, terdapat hadis bahawa
Nabi saw nyatakan hak2 pasti akan dikembalikan kepada pemiliknya pada kiamat
nanti, sehingga kambing yang patah tanduk akan patahkan tanduk kambing yang
bertanduk. (202)
61. Hadis ahad dilewatkan berbanding;
A. Nas al-Quran
B. Realiti
C. Tarikh
D. Amal ahli Madinah (maliki)
E. Qiyas qatie (hanafi)
A. Nas al-Quran
B. Realiti
C. Tarikh
D. Amal ahli Madinah (maliki)
E. Qiyas qatie (hanafi)
Wallahu 'Alam.
Syeikh Wan Jee, Jazakumullah banyak yg boleh dimanfaatkan dari kitab tersebut.
ReplyDelete