Tuesday 22 September 2015

SYURGA TIDAK SAMA DENGAN DUNIA, WAHAI UST IMRAN AL-MALIZI


Ada pihak yang memberi komentar terhadap isu mee kari dalam wajah tidak ilmiah, malahan berusaha menjadikannya sebagai alasan untuk memburukkan imej saya yang sengaja disebarkan.

Hujah saya terhadap hal ini secara ilmiah adalah seperti berikut;

1. Syurga ternyata tidak sama dengan dunia. Ekoran itu, sistem alamnya tidak sama. Ia sama seperti perbedaan alam kubur dengan alam tabie. Dalam hadis, ditonjolkan alam kubur, manusia boleh didudukkan, sedangkan secara Tabie, kubur yang sempit itu tidak boleh didudukkan. (Abu Yusuf al-Ansari, al-Atsar, hadis no : 912)


عَنْ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: " يُقْعَدُ الْمُؤْمِنُ فِي قَبْرِهِ، فَيُقَالُ: مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ [ص:204]: اللَّهُ، فَيُقَالُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: الْإِسْلَامُ، فَيُقَالُ: مَنْ نَبِيُّكَ؟ فَيَقُولُ: مُحَمَّدٌ، فَيُفْسِحُ اللَّهُ فِي قَبْرِهِ وَيَرَى مَنْزِلَهُ مِنَ الْجَنَّةِ

Kalau alam kubur pun sudah tidak sama dengan alam Tabie, sudah pasti alam Tabie ini tidak boleh disamakan dengan alam syurga nanti.

2. Antara bukti bahawa wujud perbedaan alam syurga dengan Alam dunia adalah, di syurga manusia dapat melihat Tuhan, sedangkan ia tidak dapat dilihat di alam dunia. Ia dianggap sebagai nikmat yang besar. (al-Daruqutni, Ru’yatullah, hadis no : 87)

عَنْ جَرِيرٍ قَالَ: كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ، فَنَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، فَقَالَ: «إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِيَانًا كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لَا تُضَامُونَ فِي رُؤْيَتِهِ»

3. Syurga amat hebat, dan sudah pasti tidak dapat di samakan dengan dunia. Kehebatan syurga tidak pernah dilihat dengan mata, tidak pernah terdengar dengan telinga dan tidak terlintas dalam hati. (al-Bukhari, hadis no : 3244)  

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَالَ اللَّهُ «أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ، وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ، وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ، فَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ فَلاَ تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ»

Jadi, dakwaan makanan dalam syurga sama dengan makanan dunia adalah satu dakwaan yang menonjolkan rupa syurga itu amat remeh.

4. Dalam al-Quran, dipamerkan bahawa manusia dapat apa yang mereka mahu dalam syurga nanti. Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Zukhruf, ayat 71.  

يُطَافُ عَلَيْهِمْ بِصِحَافٍ مِنْ ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Apabila syurga itu hebat, sudah pasti kehendak dan keinginan ahli syurga tidak setahap kehendak dan keinginan ahli dunia. Ini kerana, dalam hadis, ditonjolkan syahwat ahli syurga jauh lebih kuat berbanding syahwat ahli dunia. Sehinggakan boleh bersetubuh dengan Isteri secara berterusan. (al-Tibrani, al-Mukjam al-Kabir, hadis no : 7674)

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمْ، يَتَنَاكَحُ أَهْلُ الْجَنَّةِ؟ فَقَالَ: «نَعَمْ، بِذَكَرٍ لَا يَمَلُّ، وَشَهْوَةٍ لَا تَنْقَطِعُ دَحْمًا دَحْمًا»


5. Sesuatu perkara ibadat, ia tidak boleh dianggap boleh dilakukan selagi tiada nas yang mengatakan ia boleh dilakukan. Jika tidak, amalan itu akan tertolak. (al-Bukhari, hadis no : 2697)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ»

Jika dalam perkara ibadat pun, memerlukan kepada nas. Sudah pasti, menentukan kewujudan sesuatu makanan dalam syurga itu memerlukan kepada nas wahyu.


6. Justeru itu, sesuatu makanan dalam syurga semestinya tidak pernah terlintas dihati, tidak pernah dilihat dengan mata dan tidak pernah didengar di telinga kecuali ada nas-nas tertentu yang menyatakan jenis-jenis makanan.

7. Dalam al-Quran, banyak ungkapan Tuhan tidak boleh dilihat secara literal. Ini kerana, dengan menggunakan cara yang literal akan mendatangkan kerosakan kefahaman pada al-Quran. Seperti contoh, pernyataan Tuhan bahawa tidak boleh istighfar kepada orang munafik sebanyak 70 kali. (Surah al-Taubah, ayat 80)

اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِينَ مَرَّةً فَلَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ



Ia bukan bermaksud 70 kali, tetapi yang dimaksudkan adalah bilangan banyak. Ini kerana, dalam hadis saheh diceritakan bahawa Nabi saw telah istigfar kepada Abdullah bin Ubai sebanyak lebih 70 kali, tetapi ia ditegur oleh Allah Swt. (al-Bukhari, hadis no : 1366)

عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ، أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا مَاتَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ ابْنُ سَلُولَ، دُعِيَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُصَلِّيَ عَلَيْهِ، فَلَمَّا قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَثَبْتُ إِلَيْهِ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَتُصَلِّي عَلَى ابْنِ أُبَيٍّ وَقَدْ قَالَ يَوْمَ كَذَا وَكَذَا: كَذَا وَكَذَا؟ أُعَدِّدُ عَلَيْهِ قَوْلَهُ، فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: «أَخِّرْ عَنِّي يَا عُمَرُ» فَلَمَّا أَكْثَرْتُ عَلَيْهِ، قَالَ: «إِنِّي خُيِّرْتُ فَاخْتَرْتُ، لَوْ أَعْلَمُ أَنِّي إِنْ زِدْتُ عَلَى السَّبْعِينَ يُغْفَرُ لَهُ لَزِدْتُ عَلَيْهَا» قَالَ: فَصَلَّى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ انْصَرَفَ، فَلَمْ يَمْكُثْ إِلَّا يَسِيرًا، حَتَّى نَزَلَتِ الآيَتَانِ مِنْ بَرَاءَةٌ: {وَلاَ تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا} [التوبة: 84] إِلَى قَوْلِهِ {وَهُمْ فَاسِقُونَ} [التوبة: 84] قَالَ: فَعَجِبْتُ بَعْدُ مِنْ جُرْأَتِي عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَئِذٍ، وَاللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ


Sesungguhnya kenikmatan syurga amat hebat sehingga diungkapkan oleh Nabi tidak terlintas di hati. Perkara yang tidak terlintas di hati, sudah pasti amat sukar untuk diungkap dalam bahasa manusia. Namun, jika tidak diungkapkan juga, wajah syurga tidak dapat diceritakan kepada manusia. Makanya, penceritaan dalam al-Quran tentang syurga, sudah pasti menggunakan bahasa manusia agar manusia faham. Namun, hakikatnya lebih dari apa yang diungkapkan secara tersurat. Justeru, ungkapan al-Quran tentang syurga itu perlu dilihat dari tersirat.

8. Tuhan berkemampuan membuat semua perkara. Ini kerana, Tuhan maha berkuasa. Dari sudut kekuasaan, Tuhan boleh jadikan makanan dunia ada dalam syurga, sepertimana Tuhan berkuasa nak wujudkan makanan syurga ada dalam dunia. Namun, dengan kekuasaan Tuhan, syurga dan dunia tidak dijadikan dalam keadaan punyai satu sistem yang sama, sebaliknya punyai sistem yang berbeda.

Ekoran itu, dalam hadis ada dipamerkan bahawa Tiada perempuan tua dalam syurga, walaupun Tuhan mampu mewujudkan perempuan tua dalam syurga. Ini bukan kerana Tuhan tidak mampu, tetapi sistem dunia, wujud manusia tua, sedangkan dalam sistem syurga, manusia tua tidak ada. (al-Baghawi, Syarh al-Sunnah, hadis no : 3606)

وَرُوِيَ أَن النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ لعجوز: «إِن الجنَّة لَا يدخلهَا عَجُوز»، فَوَلَّتْ تبْكي، قَالَ: " أَخْبرُوهَا أَنَّهَا لَا تدْخلهَا وَهِي عَجُوز، إِن اللَّه سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى يَقُولُ: {إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً {35} فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا {36}}

Justeru,  dari sudut kekuasaan, Tuhan boleh sahaja mewujudkan makanan dunia dalam syurga. Namun, memandangkan syurga lebih hebat dari dunia, makanan dalam syurga tidak sama dengan makanan di dunia kerana punyai sistem kehidupan yang tak sama.

9 . Dahulu, ada seorang perempuan beragama kristian berkawan dengan saya. Semasa berkawan dengannya, dia pernah bercerita tentang dirinya pernah bercinta dengan dua orang lelaki. Seorang lelaki melayu, dan seorang lagi lelaki Filipina.

Kami sering berbual tentang agama. Dia selalu bercerita tentang agama kristian, dan saya selalu bercerita tentang agama Islam. Suatu hari, dia bertanya kepada saya, “Ustaz, apakah dalam syurga nanti, kita boleh makan babi panggang?”

Agak susah juga untuk menjawab soalan itu secara spontan. Dalam beberapa minit, saya bertanya kepadanya, “Melor (bukan nama sebenar)  pernah bercinta kan?”

Dia membenarkannya. Kemudian, saya berkata lagi, “Melor pernah cerita kat ana yang Melor pernah bercinta dengan bercinta dengan seorang lelaki melayu. Lelaki itu hensem tak?”

Dia membenarkannya. Kemudian saya bertanya lagi, “Antara lelaki melayu dengan lelaki Filipina yang Melor pernah bercinta ini, mana yang lebih hensem?”

Dia menjawab bahawa lelaki Filipina itu lebih hensem, malahan mempunyai watak yang lebih menarik dan romantic. Saya bertanya lagi kepadanya, “Semasa melor sedang bercinta bersama lelaki Filipina yang hensem dan romantic itu, melor ada teringat lagi tak kepada boyfriend melayu yang lama?”

Dia menggelengkan kepala, memberi isyarat tidak lagi teringat kepada lelaki melayu tersebut.

Saya pun kata, “Kalau Melor dapat Boyfriend yang lebih hensem dan lebih romantic pun, melor boleh tak ingat lagi kat Boyfriend lama yang hensem juga, walaupun tak sehensem Boyfriend baru. Cuba bayangkan, kalau Melor masuk ke dalam syurga mendapat makanan yang sedap-sedap yang sudah pasti jauh lebih sedap dari makanan di dunia. Sudah pasti, dalam fikiran Melor tidak terlintas langsung Babi Panggang, walaupun semasa di dunia melor rasa Babi Panggang itu sedap sekalipun”.

Jawapan saya menyebabkan dia tersenyum.

10. Semasa Nabi saw bergurau dengan perempuan tua, ternyata perempuan tua yang tersalah faham. Kelihatan, agak ramai membaca gurauan saya tersalah faham seperti perempuan tua tersebut.

Wallahu 'Alam.

*Kepada musuh-musuh saya, agar prinscreen juga hujah saya ini sama, bukan sekadar menyebar keraguan untuk memburukkan imej saya sahaja.  Terima Kasih.

Rujukan :

Sulaiman bin Ahmad bin Ayub bin Mutir al-Lakhmi al-Syami, Abu al-Qasim al-Tibrani (meninggal 360 H), al-Mukjam al-Kabir, Maktabah Ibn Taimiyyah, Kaherah. Tanpa tarikh.

Abu Yusuf Ya’qub bin Ibrahim bin Habib bin Said bin Bahtah al-Ansari (meninggal 182 H), al-Atshar, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut. Tanpa tarikh.

Abu al-Hasan ‘Ali bin Umar bin Ahmad bin Mahdi bin Mas’ud bin al-Nu’man bin Dinar al-Baghdadi al-Daruqutni (meninggal 385 H), Ru’yatullah, Maktabah al-Manar, al-Zarqa’, Jordan. Tarikh : 1411.

Muhammad bin Ismail Abu Abdullah al-Bukhari al-Ju’fi, Saheh al-Bukhari,  Dar Tauq al-Najat. Tarikh : 1422.

Muhy al-Sunnah Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud bin Muhammad bin al-Farra’ al-Baghawi al-Syafie (meninggal 516 H), Maktab al-Islami, Damsyiq, Beirut. Tanpa tarikh.

---

artikle Ustaz Imran al-Malizi;

"AL QURAN MENJAWAB KEBODOHAN WANJI"

Tulisan ini dibuat akibat fitnah yang timbul dan pertanyaan daripada banyak pihak terutamanya golongan muda.

Isu "Mee Kari tiada di dalam syurga" telah dijelaskan di dalam ayat-ayat al-quran yang berikut:

لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۚ ذَٰلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ

"Disediakan untuk mereka (dalam syurga) apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya." (Az-Zumar:34)

نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنْفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya." (Fushilat: 31)

Kemudian dikhabarkan lagi dalam bentuk semisal (seumpamanya).

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."
(Al Baqarah: 25)

Hadith Qudsi riwayat Imam al-Bukhari (3023) daripada Abu Hurairah r.a diterangkan hakikat Jannah (syurga):

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ اللَّهُ : " أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ ، وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ ، وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ فَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ فَلا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ سورة السجدة آية 17 " .

[ Sabda Rasulullah s.a.w, Allah berfirman: "Aku telah sediakan bagi hamba-hambaKu yang soleh akan (Jannah) yang tiada mata pernah melihatnya, tiada telinga pernah mendengar (bunyi-bunyian di dalamnya), tiada pernah terlintas dalam hati manusia. Maka bacalah (ayat ini) jika kamu mahu: "Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan." - Surah as-Sajdah: 17]

Kesimpulannya, janganlah perkara-perkara akidah yang ghaibiyyat dijadikan bahan gurauan oleh mana-mana pihak untuk mencari publisiti murahan. Perbuatan ini adalah datang daripada golongan zindik.

Bahawa menimbulkan fitnah dalam hal-hal seperti ini adalah suatu dosa.

Umat Islam hendaklah mengambil ilmu daripada para ulama dan guru yang dipercayai dan jangan melayan golongan yang rendah akhlaknya dan celupar lidahnya dalam banyak isu-isu agama dan masyarakat.

Ustaz Imran Al-Malizi
Pengerusi Tetap
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
15 Zulhijjah 1436H/29 September 2015


2 comments:

  1. Al-Quran ada menyebut di syurga nanti arak dan susu adalah minuman utama, dan orang lelaki dikelilingi oleh bidadari rupawan ... kalaulah arak dan zina sudah tdk haram di syurga maka apalah sgt makan daging babi panggang...

    ReplyDelete
  2. YM Ustaz Wanji, sy dengar ramai juga ustaz2 lain yg mengejek dan mencemuh usaha ustaz, namun ketepikan saja ustaz2 bodoh dan sempit pemikiran ni.

    Sy yakin dan percaya apa yg ustaz usahakan ini adalah benar, dan selari dgn ajaran Islam. Para ustaz mesti berani berhadapan dgn masyarakat dan mnjawab segala soalan dan salah-faham masyarakat sperti yg ustaz buat dalam CSI, lepak maqasid, bedah buku, dan sebagainya.

    Teruskan usaha murni ustaz ini. Kita mesti kembalikan Islam ketahap dan aras yg sebenarnya sejajar dgn agama langit yg diberikan kitab yg maha agong.

    ReplyDelete