Dr Juandajaya hadir. Kami bersalaman dan terus mengambil satu
meja. Kelihatan beberapa rakan Dr Juandajaya yang pertama kali aku bertemu mata
dengan mereka. Kalau tidak salah ingat aku, namanya Ustaz Abdul Kadir dan
beberapa rakan yang kelihatan seperti anak muda.
Kami berbual-bual dengan tajuk yang agak banyak juga. tengah
berbual panjang itu, tiba-tiba datang seorang lelaki agak berumur menegur dan
bertanya sesuatu kepada Dr Juandajaya. Orang tua itu adalah Dato’ Azmi Khalid.
Pakaq ajak Dato’ Azmi duduk sama untuk berbual panjang. Dato’ Azmi tidak
menolak.
Makanya hari tu, kami berbual tentang dengan tajuk yang
pelbagai. Antaranya tentang kemampuan Anwar Ibrahim hendak melaksanakan
manifesto yang dicadangkan jika PR memerintah Malaysia. Juga beberapa
polisi-polisi tanah dan kritikan kami terhadap beberapa sistem yang diamalkan
UMNO/BN. Dr Juandajaya banyak ketawa, senyum dan memberi respon mencelah, tidak
membahaskan secara serius.
Hampir Dato’ Azmi khalid nak berlalu pergi, sambil menepuk
bahu Dr Juandajaya, Dato’ Azmi ada menyatakan; “Dr ni, ramai parti datang melamar”
Kami hanya ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh Dato’
Azmi Khalid. Kemudian tidak lama kemudian, Ustaz Zulqarnain pula nak beransur
pergi kerana mahu ambil anak sekolah. Kemudian kami sambung tajuk perbualan
kami. Sedang berbual, Shahidan Kasim telefon Dr Juandajaya, tetapi Dr
Juandajaya tidak angkat. Dia tunjuk kepada kami Hpnya, tertera nama Shahidan
Kasim.
Kali ini, kami berbual tentang bertanding. Dr Juandajaya
banyak memberi sudut pandang politik yang memberi implikasi baik kepada PR di
Perlis. Memang menarik sudut pandang beliau itu, tetapi sudut pandang beliau
tidak pernah dibuat oleh ahli-ahli politik PR di Perlis. Kadangkala aku
fikirkan selepas mendapat keputusan PRU baru-baru ini, jika sudut pandang Dr
Juandajaya itu dibincang oleh pimpinan PR di perlis, mungkin keputusan PRU
baru-baru ini banyak memberi untung kepada PR.
Selesai berbual, kami beransur pulang. Kami bergambar dan
bersalaman. Kelihatan sebuah kereta peruntukan kerajaan kepada mufti perlis itu
sedang menunggu dengan seorang driver dalam kereta itu.
“kalau ana nak jadi mufti pun, semata-mata nak ada driver dan
kereta free jer” aku berjenaka yang disambut ketawa rakan-rakan, tetapi Dr
Juandajaya hanya tersenyum sahaja.
“nak tumpang, aku boleh hantarkan” Dr Juandajaya membalas
jenaka aku.
“Ah, tak pe.. ana dah ada budak dah.. kami naik dengan dia je
lepas ni” kataku.
Dr Juandajaya pun berlalu pergi. Kami pun naik kereta kami
dan meneruskan perjalanan kami ke pulau pinang, seterusnya menuju ke kolej
Islam perak, Kuala Kangsar kerana pada keesokkan paginya aku dijadualkan
membentang kertas kerja tentang manhaj dan method tafsir maqasidi.
Dalam perjalanan, pakaq tidak pasal-pasal bersuara; “aku dok
nampak, Juanda ni licik… ada juga kan orang agama yang licik macam dia ni”…
Aku merenung jauh hadapan. Melihat kereta dan papantanda yang
tertera kalimah alor star…
Bersambung….
No comments:
Post a Comment