Juandajaya selalu maklumkan bahawa dia sudah nyatakan
kesediaan untuk bertanding pada tiket PKR. Malahan, dia juga sebut bahawa dia
tak kisah jika Anwar Ibrahim akan isytiharkan perkara itu kepada media. Namun,
keadaan adalah sebaliknya. Ketua Umum PKR itu tidak pernah mengumumkan. Dr
Juandajaya selalu sms kepadaku keadaan itu.
Makanya, aku mencadangkan agar pimpinan PKR yang lain
mengisytiharkannya. Tetapi, mereka menyatakan bahawa Dr Juandajaya tidak punyai
pendirian yang tetap lagi. Aku pun hubungi Dr Juandajaya, beliau menyatakan
kesediaan itu.
Ekoran itu, apabila beliau datang ke KL, walaupun dengan
urusan yang lain, tetapi aku ambil kesempatan itu untuk membuat pertemuan
antara Dr JUandajaya dengan beberapa pimpinan PKR.
Pertemuan bertempat di lake club, kuala Lumpur itu, tidak ada
perbincangan yang banyak tentang keadaan politik, tetapi lebih sekadar
pertemuan suai kenal. Dr Juandajaya berjumpa dengan beberapa tokoh dalam PKR,
seperti Nurul Izzah, Azmin Ali, Wan Azizah dan sebagainya.
Dalam pertemuan tersebut, aku amat menarik dengan style Wan
Azizah dalam menilai seseorang agamawan. Di awal pertemuan aku dengan Kak wan
pun yang bertempat di Lembah Pantai, beliau ada bertanyakan kepadaku tentang
status Qantura’ binti Yaqtan, iaitu isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Aku nyatakan
bahawa cerita Qantura’ itu adalah kisah yang bersumberkan riwayat
al-Israiliyyat. AKu juga ada nyatakan, dari riwayat israiliyyat itu diceritakan
bahawa anak Nabi Ibrahim dari Qantura’ itu seramai 6 orang.
Makanya, pertemuan Kak Wan pertama kali dengan Dr Juandajaya,
sudah pasti perkara yang ditanya oleh Kak Wan adalah perkara agama. Bila Kak
Wan berjumpa dengan Dr Juandajaya, beliau ada bertanyakan sesuatu perkara agama
yang melibatkan pahala dalam melakukan sesuatu amalan. Aku lupa tentang amalan
apa yang ditanya oleh kak Wan pada masa tu.
Dr Juandajaya pun terus menjawab bahawa ia mendapat pahala
memandangkan amalan itu baik.
“Haaa sudah, Mufti jual agama dah… “aku menyampuk dengan
suara yang agak kuat.
Kalimah “jual agama” ini adalah ungkapan gurauan kami berdua.
Apabila aku ditelefon oleh Dr Juandajaya dan aku tidak angkat, mungkin
disebabkan tidoq atau mengajar, pasti akan datang satu sms dari beliau “oi Kenapa
tak angkat.. dok jual agama ke”
Sejak itu, kami suka bergurau dengan ungkapan itu.
Makanya, semasa Dr Juandajaya ditanya hukum oleh Kak Wan, aku
bergurau dengan ungkapan yang sama. Dengan nada ketawa Dr Juandajaya menjawab, “dah
memang buat baik dapat pahala.. mana ada buat amalan baik dapat dosa”.
Setelah pertemuan itu selesai, kami terus beransur keluar
dengan segera. Lebih-lebih lagi, Dr Juandajaya mahu bertolak pulang ke Perlis. Sambil
berjalan-jalan ke keretaku, Dr Juandajaya ada sebut bahawa beliau semakin hari
semakin meluat dengan system monarki. Memang tajuk benci monarki ini
kesukaaanku. Jadinya, sambil berjalan ke kereta, “goreng” aku tentang isu
sultan ini lebih “berasap”.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment