Thursday, 30 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (20)

Aku ke Perlis bersama dengan Ibrahim, seorang pelajar di Australia yang sedang bercuti. Sebelum ini, aku sudah banyak kali menyatakan kepada Dr Juandajaya bahawa aku mahu ke sana untuk pekena Nasi kandar Perlis yang amat terkenal dengan nama Nasi Ganja.

Sebelum ke perlis, aku singgah terlebih dahulu di Penang. Berjumpa dengan Pakaq dan bawa beliau bersama ke sana. Dalam perjalanan, banyak perkara yang aku dan pakaq bualkan. Terutama beberapa teori-teori fiqh terbaru yang jumpa, disamping beberapa polisi-polisi yang pakaq buat kajian yang menjadi kebiasaan kami saling tukar bertukar maklumat dan ilmu. Tidak ketinggalan juga, perbualan kami tentang situasi politik terkini, sama ada dalaman atau luaran PR.

Selain berjumpa dengan Dr Juandajaya, kami juga merancang untuk berjumpa dengan Ustaz ZulQarnain, seorang bekas ADUN di salah sebuah DUN Perlis pada tahun 1999 dahulu. seorang ilmuan muda dalam PAS yang mempunyai pandangan yang progresif, tetapi dirugikan oleh sebilangan pimpinan-pimpinan PAS. Niat pertemuanku dengan Ustaz Zul itu sudah lama, tetapi itu adalah kali pertama kami bertemu.

Kami sampai hampir subuh. Sebilangan rakan-rakan di Perlis sambut kami, seperti Izwan, Ilhami, Iqbal dan rakan-rakan lain menyambut kami. Apabila sampai, hampir dengan subuh. Selepas kami menunaikan solat subuh, aku pun menghantar sms kepada Ustaz Zul dan Dr Juandajaya.


Ustaz Zul membalas SMS aku lebih awal berbanding yang lain. Dr Juandajaya pula suruh aku rehat dahulu dan beliau akan maklumkan balik tempat yang untuk kami bertemu.

Dalam pukul 8.15 pagi, kami pun menuju ke salah sebuah medan selera di Kangar untuk bersarapan pagi di sana. Sesampai di sana, kelihatan Ustaz Zul dan Iqbal sudah sedia menunggu. Kami berpelukan dan bersalaman dan terus mengambil tempat di salah satu sudut di kawasan medan selera tersebut. kami hanya memesan minum sahaja, sednagkan makan kami tunggu makan bersama dengan Dr Juandajaya.

Di situ, aku berjumpa beberapa teman-teman dari PR, seperti Iza Suraiya, juga rakan FB seperti Amin Al-Khalidi. Walaupun pertama kali bertemu, kami perkenalan kami agak mesra. Mungkin kerana kami selalu bergurau dalam FB walaupun tidak pernah bertemu dan bersua.

Aku, Pakaq, Iqbal, Ilhami dan Ustaz Zul berbual banyak perkara. Banyak tertumpu kepada politik. Sedang berbual-bual, tiba-tiba Handphoneku berbunyi, kelihatan di screen Hpku tertera nama Dr Juandajaya. Aku pun angkat tel…

Bersambung…




No comments:

Post a Comment