Dalam syiah, mereka menekankan apa yang dinamakan sebagai
Imam Ma’sum. Imam Maksum itu, mereka sandarkan kepada firman Allah SWT;
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ
أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai
ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Surah al-Ahzab,
ayat 33)
Pada mereka, para imam itu hendaklah dari keturunan nabi
Muhammad SAW yang berasal dari Ali bin Abi Talib, kemudian Hasan bin Ali dan
seterusnya. Ia dikenali sebagia Ahl al-Bait. Ini kerana, dalam nas sandaran
mereka ini mereka beranggapan bahawa secara terang-terangan bahawa Allah SWT
sememangnya mensucikan ahl al-Bait, sedangkan selainnya tidak ada penyucian
seperti ini.
Dalam sunni pula, ayat ini tidak merujuk kepada ahl al-Bait
seperti yang difahami oleh syiah. Ini kerana, pada sunni, ayat ini merujuk
kepada para isteri-isteri Nabi SAW. Ini bersandarkan kepada satu ayat sebelum
ayat 33 ini, iaitu pada ayat 32. Iaitu, Allah SWT memanggil di awal ayat itu “wahai
isteri-isteri Nabi SAW”
Di sisi syiah, Ahl al-Bait ini sewajarnya menjadi imam pula,
kerana mereka berpegang dengan firman Allah SWT;
وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ
قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ
عَهْدِي الظَّالِمِينَ
Maksudnya;
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat
(perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".
Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah
berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
(Surah al-Baqarah, ayat 124)
Ayat ini menyebut bahawa imam itu mesti dari zuriat Nabi Ibrahim
AS. Ia merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Kemudian ia merembak kepada keturunan
Baginda SAW yang dikenali sebagai ahl al-Bait.
Dalam sunni pula, maksud zuriat dalam ayat ini adalah merujuk
kepada Nabi Muhammad SAW sahaja, tidak terkait langsung selepas dari Nabi
Muhammad SAW.
TIADA IMAM
Di kala kejatuhan Shah Iran dari tampuk pemerintahan,
Ayatollah al-Khomaini telah mengadakan ijtihad baru dalam syiah bagi memegang
tampuk pemerintahan Iran. Makanya dicadangkan apa yang dinamakan sebagai
Wilayah faqeh.
Ijtihad ini hadir ekoran ketiadaan Imam, atau dikenali
sebagia Ghaibah kubra. Pada syiah, imam akhir mereka sudah hadir, tetapi ghaib
sepertimana ghaibnya Nabi Khaidir AS. Dengan ketiadaan Imam, menjadikan rumit
untuk membentuk pemerintahan Iran. Makanya, bagi menyelesaikan perkara ini,
al-Imam al-Khomaini menyelesaikannya dengan "ijtihad" berani beliau, iaitu
kepimpinan Ulama-ulama Syiah yang dikenali sebagai Wilayah Faqeh. "Ijtihad" al-Khomaini
tidak diterima oleh semua para ayatollah Iran. Ada sebilangan mereka yang tidak
menerimanya.
Kepimpinan Ulama-ulama Syiah Iran atau dikenali sebagai
wilayah faqeh ini membariskan dua belas orang ahli majlis syura mereka yang
terdiri dari para ayatollah-ayatollah yang berkuasa menentukan dasar
pemerintahan mereka yang berasaskan kepada Islam pada sisi pandang mereka.
Para ayatollah yang terpilih pula, bukan manusia sembarangan,
tetapi hendaklah melalui fasa-fasa yang hebat dari sudut perbahasan ilmu dalam
Syiah, disamping mempunyai perjalanan spritual yang hebat. Mereka hendaklah
mempunyai kemampuan irfan yang kuat, seperti yang dikehendaki oleh Allah dalam
al-Quran;
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ
آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut
nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan
ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah
mereka bertawakkal” (Surah
al-Anfat, ayat 2)
Dengan irfan yang tinggi itu, mereka tidaklah dikira sebagai
ma’sum sepertimana ma’sum nabi, tetapi dengan maksud mereka ma’sum dengan tidak
melakukan sebarang maksiat ekoran mereka sudah sampai tahap nafsu mutmainnah
seperti dalam perbahasan tasawwuf dalam sunni. Implikasinya adalah apabila
mereka mendengar nama Allah, hati mereka gementar, dan iman mereka bertambah
apabila disebutkan ayat-ayat Allah.
Ia dimisalkan seperti orang melayu yang tidak akan makan
babi. Tidak dinafikan bahawa tidak mustahil individu melayu itu boleh makan
babi, tetapi memandangkan kejijikan tahap maksima pada jiwa sebilangan orang melayu
sehinggakan mendengar kalimah babi pun, orang melayu boleh terasa nak
termuntah, menjadikan orang melayu itu tidak makan babi. Begitulah sikap para
imam syiah dengan dosa, iaitu kejijikan tahap maksima terhadap dosa ekoran
tarbiah diri dalam irfan menjadikan mereka tidak melakukan maksiat. itulah yang
dimaksudkan dengan Ma’sum dalam sudut pandang syiah.
Para ayatollah yang menjadi ahli Majlis Syura kepimpinan
ulama-ulama syiah bernama Wilayah faqeh itu pula, hendaklah berada dalam proses
ini. ia bertujuan, keputusan yang dibuat oleh mereka berada dalam kerangka
kehendak ilahi dari sudut pandang syiah, bukan berdasarkan kehendak hawa nafsu.
bersambung...
No comments:
Post a Comment