Sunday, 26 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (18)


Perbualan panjang pada malam itu amat menarik. Hishamuddin Rais, seorang penganalisa politik memberikan sudut pandang politik yang memang menarik dengan beberapa isu-isu politik yang dibandingkannya.

Dalam perbualan itu, Hishamuddin Rais mendapat gambaran umum tentang keadaan Dr Juandajaya dalam dunia politik yang mahu dia tempuhi. Gambaran awal dalam sudut pandang politik dalam hasrat hati Dr Juandajaya adalah dua perkara, iaitu sama ada beliau bertanding di Parlimen Kangar atas tiket PKR atau beliau bertanding di kerusi di salah sebuah parlimen Sarawak atas tiket PKR juga.

Perbualan itu berakhir agak lewat. Semasa dalam perjalanan pulang, aku nyatakan kepada Dr Juandajaya bahawa kita perlu pergi makan dengan dibelanja oleh Sang Mufti. Dia bersetuju, tetapi beliau menyatakan minta cepat kerana dakwa beliau pada pagi esok, beliau ada satu program penting.

Aku terus memandu ke arah sebuah gerai makan Ikan Singgang yang berhampiran dengan kelab Sultan Sulaiman. Di sana, kami makan dengan banyak yang dibelanjakan oleh Dr Juandajaya. Merasa juga kami duit mufti.

Sambil makan, banyak juga yang kami bualkan. Antaranya tentang keadaan sarawak, isu sultan dan sebagainya. Dr Juandajaya ada menyatakan bahawa beliau semakin meluat dengan sistem monarki. Mendengar keluhan beliau itu, aku cukup semangat. Kerana, ia amat sinonim dengan jiwa aku. Benci sistem monopoli kuasa, tetapi mahukan sistem yang berkongsi hasrat dan cita-cita, iaitu sistem demokrasi.

Setelah selesai makan, kami terus meluncur pulang ke arah hotel beliau bermalam, iaitu berhampiran dengan Bukit Bintang. Kami melalui jalan P Ramlee yang amat popular sebagai tempat kelab-kelab malam di situ. Di situ, kelihatan pondan-pondan berkeliaran.

“Dr, tengok tu…” aku tegur Dr Juandajaya dan mengisyaratkan dengan mulutku ke arah pondan-pondan itu.

Dr Juandajaya memalingkan mukanya ke arah itu. Aku, Aiman dan Ilhami ketawa dalam kereta.

“hahaa… rosak iman mufti malam ni” aku menyampuk sambil ketawa.

Dr Juandajaya tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum sahaja.

Apabila hampir sampai dengan hotel, Ilhami pula bersuara, “Dr ada jadual tak, kami kat perlis nak buat usrah dengan Dr”

“aahhhh.. tak ada masa la aku nak buat usrah” Dr Juandajaya membalas.

“apa barang usrah… itu semua konservatif… yang penting, kita kena liberal..” aku menyampuk dengan nada gurauan sambil ketawa.

Apabila sampai, Dr Juandajaya pun turun. Ilhami juga turut turun dari kereta dan mahu ambil tempat duduk di hadapan.

Dr Juandajaya kata, “biarlah dorang duduk kat belakang..”

“oit, ingat aku ni driver ker?” aku menyampuk menjadikan Dr Juandajaya, aiman dan Ilhami ketawa.

Bersambung…. 

1 comment:

  1. mcm ulang2 ja cerita nie..xsilap scene pondan tue dah ada dlm slah satu episod lepas..

    ReplyDelete