Hishamuddin Rais dan Juandajaya merancang bertemu lagi. Kali
ini, pertemuan dengan disertai Tian Chua. Aku turut hadir dalam pertemuan
tersebut dengan aku membawa Ibrahim, salah seorang pelajar dari australia yang
sedang bercuti. Pertemuan itu berlaku beberapa hari sebelum tercetus isu
kesultanan Sulu.
“Kau ni ramai betul ye stock anak ikan” gurau Juanda kepadaku
semasa aku ambilnya di hotel.
“eh, nak ambil calon PKR, mesti la bawa ramai anak ikan..
jambu…” aku balas dengan nada gurauan juga sambil ketawa.
Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara yang dibincangkan. Antara
yang terpenting adalah tentang cadangan Hishamuddin Rais untuk kerusi yang
bakal Dr Juandajaya bertanding. Keputusannya adalah dua plan; Kerusi PKR di
Parlimen Kangar, atau salah sebuah parlimen di Sawarak. Kandungan perbincangan
itu, aku tidak ikuti mendalam.
Selepas perbincangan itu, Tian Chua ada sebut bahawa akan
berlaku dalam beberapa hari lagi isu King Sulu. Aku hanya mendengar kupasan
Tian Chua sambil-sambil disampuk oleh Hishamuddin Rais. Tukar Tiub tetap
menyatakan bahawa ini semua lakonan untuk game pilihanraya. Ternyata, tidak
lama kemudian isu King Sulu itu tercetus.
Pertemuan kali ini, kelihatan perbincangan lebih serius. Mungkin
faktor Tian Chua adalah salah seorang pimpinan PKR mungkin mendatangkan natijah
begitu.
Namun, perbincangan itu tidak selesai begitu sahaja. Tetapi, dicadangkan
kepada perbincangan yang lain. Mungkin kerana mahu melihat beberapa faktor yang
lain untuk membuat keputusan yang jitu.
Sebelum pertemuan keseterusnya, ada seorang pimpinan PKR mahu
berjmpa dengan aku dengan Hishamuddin Rais. Pertemuan itu mahu dilakukan secara
tertutup, melibatkan enam mata sahaja; Aku, Hishamuddin Rais dan pimpinan
terbabit.
Pada jangka awalku, apakah tajuk Juandajaya ini yang mahu
dibincangkan. Ternyata, tajuknya lain. Perbincangannya banyak tentang projek
menjatuhkan UMNO/BN dari menapak sebagai pemerintah di Malaysia di waktu yang
hampir dengan PRU.
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment