Semasa berlaku peperangan khandaq, Nabi SAW meminta pandangan
dari sahabat-sahabat tentang apa yang perlu dilakukan. Salman al-Farisi mencadangkan
kepada Nabi SAW agar menggali parit, kerana ia merupakan cara budaya orang
farsi berperang, sedangkan cara ini tidak penah dilakukan oleh orang arab. Jika
ia dilakukan oleh orang Islam dalam peperangan, sudah pasti serangan ahzab
(parti-parti arab dan yahudi yang bergabung) akan lumpuh dan mati akal.
Nabi SAW bersetuju untuk menggali parit tersebut. ketika
menggali itu sedang berlaku, didapati ada sebuah batu besar yang keras tidak
dapat dipecahkan oleh para sahabat. Keadaan itu menjadikan para sahabat lemah
semangat. Mereka memaklumkan perkara itu kepada Rasulullah SAW.
Apabila Nabi Saw hadir, baginda SAW melihat. Lalu meminta
kapak dari tangan Salman al-Farisi. Apabila diserahkan kepada Nabi SAW, baginda
SAW terus memukul batu yang keras itu dengan kapak besi tersebut. Apabila
memukul itu, terpancar cahaya dalam kegelapan malam. Melihat cahaya yang
terpancar itu, baginda SAW bertakbir, lalu diikuti pula oleh para sahabat. Nabi
SAW terus menyatakan bahawa cahaya itu telah menerangi untuk ku sehingga sampai
ke istana Farsi. Kemudian dipukul kali ke dua, memancar lagi cahaya. Nabi SAW
menyatakan bahawa cahaya itu telah menerangi nabi sehingga ke istana Rum. Dilakukan
pada kali ketiga, kelihatan cahaya lagi, menyebabkan nabi SAW menyatakan bahawa
cahaya itu telah menerangi baginda sehingga sampai ke istana yaman.
Tindakan nabi SAW itu menaikkan semangat para sahabat. Tindakan
Nabi SAW itu dipandang lekeh oleh orang-orang munafiq dengan mereka menyatakan
bahawa kononnya Nabi SAW itu telah melakukan penipuan dan kebatilan sehingga di
percayai oleh para sahabat. Ini kerana, kelemahan hendak menjaga Madinah
sehingga terpaksa keletihan menggali parit, inikan pula mahu menguasai tiga
kerajaan besar; yaman, farsi dan rom.
Cakap-cakap orang-orang munafiq itu menyebabkan Allah SWT
turunkan ayat;
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ
تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ
تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya;
“Katakanlah:
"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang
yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau
kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang
yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah ali-Imran, ayat 26)
No comments:
Post a Comment