Saturday, 11 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (9)


Orang yang tidak kenal Dr MAZA, pasti anggap beliau seorang yang serius. Tetapi, jika mengenali beliau
secara rapat, kita akan tahu bahawa beliau seorang yang suka bergurau dan menyindir.

Ada sekali dalam tweet, Ketua AMK Malaysia, Samsul Iskandar menyatakan bahawa Dr MAZA ada bercerita tentang konsep sekular dalam beberapa negara dan bentuk pemahamannya yang sebenar, sepertimana yang disalah tanggap oleh ramai orang islam di Malaysia.  Aku memberikan satu komen dari tweet itu, lalu tweet itu menjadikan ramai dari kalangan cybertrooper UMNO yang serang. Memandangkan serangan itu adalah terhadap Samsul Iskandar, Ketua AMK Malaysia, menjadikan isu PKR dibangkitkan. Namun, dalam tweet tersebut disertakan tweet aku dan Dr MAZA, maka aku dapat ikuti apa yang dibincangkan. Melihat serangan begitu kuat, aku pun menyatakan; “jangan libatkan saya. Saya bukan PKR, tp saya Komunis” dengan tujuan bergurau.

Dari kejadian itu, menjadikan Dr MAZA setiap kali berjumpa dengan aku, beliau akan bergurau dengan aku dengan mengatakan “komunis” kepadaku. Aku hanya ketawa kecil sahaja setiap kali dia bergurau begitu denganku.


Semasa pertemuan di restoran Insaf pun, walaupun agak lambat bagitau kepadaku untuk hadir di situ, tetapi Dr MAZA menyatakan bahawa aku boleh sampai dengan segera juga, sebab dakwa beliau aku ini suka langgar undang-undang.

“Ana percaya anta boleh sampai cepat sbb ni komunis” gurau Dr MAZA. Aku senyum sahaja dengan gurauan itu, kerana itulah style Dr MAZA yang kadangkala boleh memeriahkan suasana. Aku pula tidak merasakan sebarang janggal, malahan jika suasana menjadi meriah dengan gurauan tersebut, aku tidak menjadi sebarang masalah pun dengan gurauan sebegitu.

Sekali lagi, setelah selesai kami makan durian, lalu kami nak beredar. Kami bersalaman. Lalu, sambil bersalaman Dr MAZA sekali bergurau denganku dengan kata beliau; “Komunis”. Aku hanya tersenyum.

Aku pun beredar bersama dengan Dr Maszlee dengan kereta kepunyaan seorang rakan Dr Maszlee yang aku sudah lupa namanya. Mereka hantar aku ke masjid bulat balik, kerana kereta aku parkingkan di situ.

Setelah itu, aku terus beredar dari PJ. Dengan segera aku terus menuju ke port klang untuk meraikan rakan-rakan usrah di sana, sempena menyambut tarikh lahirku yang ke 31…

Bersambung….







No comments:

Post a Comment