KRITIK MATAN HADIS DENGAN USUL MENURUT GOLONGAN
LIBERAL DAN ULAMA USUL MAZHAB MALIKI
نقد المتن
الحديثي بمخالفة الأصول بين الأصوليين المالكية والحداثيين – دراسة مقارنة
- Dr. Nabil bin Ahmad Balhi, Naqd al-Matn al-Hadisi Bi
Mukhalafah al-Usul Bain al-Usuliyin al-Malikiyyah wa al-Hadasiyiin, (Istanbul,
Jamiah Ibn Khaldun, 2020).
[1] Kalangan usuli,
mereka mempunyai manhaj yang berbeza dengan ulama hadith dalam mengkritik
hadis. (161)
[2] perbahasan berkenaan
kritik matan hadis adalah perkara yang amat bahaya. Hal ini kerana, muslim
dituntut agar menerima hadis nabi, dalam masa yang sama dituntut agar
dipastikan sesuatu hal yang disandarkan kepada Nabi yang maksum. (162)
[3] Perkara yang
diperkaui bahawa Ulama-ulama Mazhab Hanafi dan Maliki meletakkan syarat-syarat
tambahan untuk menerima dan beramal dengan haddis ahad. (163)
[4] IBN AL-QASSAR
AL-MALIKI (397H) kata: sunnah al-Rasul itu, asalnya disebut dalam al-Quran.
Iaitu firman Allah: barangsiapa yang taat Rasul, sesungguhnya dia taat Allah
(Surah al-Nisa’:80) … Mereka yang mengugurkan beramal dengan al-Sunnah dan
hadis ahad dengan sangkaan bahawa memadai dengan al-Quran sahaja, mereka adalah
golongan yang tercela. (164)
[5] Ulama Usul dalam
Mazhab Maliki menganggap bahawa hadis ahad adalah hujjah dalam agama. (164)
[6] AL-QARAFI (684H)
berkata: Khabar adil memberi faedah zann. Di sisi Maliki dan ulama-ulama
bermazhab Maliki bahawa ia adalah hujjah. Mereka sepakat harus beramal
dengannya dalam urusan keduniaan, fatwa dan penyaksian[1]. (164)
وَهُوَ خَبَرُ
الْعَدْلِ أَوِ الْعُدُولِ الْمُفِيدِ لِلظَّنِّ وَهُوَ عِنْدَ مَالِكٍ رَحِمَهُ
اللَّهُ وَعِنْدَ أَصْحَابِهِ حُجَّةٌ وَاتَّفَقُوا عَلَى جَوَازِ الْعَمَلِ بِهِ
فِي الدُّنْيَوِيَّاتِ وَالْفَتْوَى وَالشَّهَادَاتِ
[7] Seseorang perawi itu
terdedah dari melakukan kesilapan dan lupa. Setinggi mana pun kehebatan
seseorang perawi itu dari sudut hafalan dan kefahaman, ia masih boleh melakukan
kesilapan. Dengan sebab itu, ulama usul dari mazhab maliki menekankan kritik
hadis dari sudut matan, sama ada dari sudut subut dan dari sudut beramal dengan
hadis terbabit. Hal ini kerana, mazhab Maliki menerima hadis ahad dengan
meneliti pada segenap sudut qarinah yang berkaitan dengan hadis terbabit (164)
[8] Dalam Mazhab Maliki,
hadis yang sahih sanad tidak semestinya ia sabit dan muktamad. Setiap hadis
yang selamat dari ilal sanad dan matan bahawa ia terusk diamalkan dalam fatwa.
(164)
[9] Dalam Mazhab Maliki,
hadis ahad yang menyalahi perkara qatie, maka matan hadis itu ditolak. Al-Imam
al-Syatibi ada berkata:
الظَّنِّيُّ
الْمُعَارِضُ لِأَصْلٍ قَطْعِيٍّ وَلَا يَشْهَدُ لَهُ أَصْلٌ قَطْعِيٌّ؛
فَمَرْدُودٌ بِلَا إِشْكَالٍ
“Perkara
zanni yang bercanggah dengan asal yang qatie tanpa ada sokongan pada perkara
zanni tersebut dari sesuatu asal yang qatie, maka ia tertolak tanpa ragu lagi[2]”. (165)
[10] Imam Malik adalah
ulama Mazhab yang pertama memperkenalkan kritikan matan hadis dan tidak beramal
dengan hadis ahad yang bercanggah dengan sesuatu yang lebih rajih. Hal ini
kerana, terdapat beberapa hadis yang dia keluarkan dalam kitab Muwatta’, tetapi
tidak tawaqquf dari beramal dengannya disebabkan hadis itu bercanggah dengan
usul yang qatie.
Al-Syatibi membawakan sandarannya adalah berkenaan
hadis membasuh jilatan anjing sebanyak 7 kali. Al-Syatibi menyatakan bahawa
Imam malik anggap hadis itu doif dan dia berkata:
وَلَقَدِ
اعْتَمَدَهُ مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ فِي مَوَاضِعَ كَثِيرَةٍ لِصِحَّتِهِ فِي
الِاعْتِبَارِ، أَلَا تَرَى إِلَى قَوْلِهِ فِي حَدِيثِ غَسْلِ الْإِنَاءِ مِنْ
وُلُوغِ الْكَلْبِ سَبْعًا: "جاء الحديث ولا أَدْرِي مَا حَقِيقَتُهُ؟ "، وَكَانَ يُضَعِّفُهُ
وَيَقُولُ: "يُؤْكَلُ صيده؛ فكيف نكره لُعَابُهُ؟
Dimakan perburuannya, bagaimana kita tidak suka air
liurnya[3]? (165)
ABU
ZAHRAH (1394H) pernah kata: kadangkala Imam Malik menolak hadis siqah apabila
dia mendapati hadis tersebut menyalahi perkara masyhur dan ma’ruf dari
hukum-hukum islam. (165)
[11] Hadis ahad adalah
ZANNI AL-SUBUT, walaupun ia sahih berdasarkan syarat ulama hadis. Justeru,
apabila ia bertembung dengan usul yang qatie seperti al-Quran, hadis mutawatir
atau kaedah syariah yang muhkam (ia terbina melalui nas-nas yang banyak dari
al-Quran dan hadis), maka pertembungan itu mencacatkan kesubutan hadis tersebut
atau dalam beramal dengan hadis terbabit. (166)
[12] HAMADI ZAWIB
menyatakan bahawa keperluan ulang teliti pada setiap yang diriwayatkan dari
Nabi saw. Beliau menyatakan: Perlu diseragamkan antara dua hal; iaitu kayu ukur
dari sudut kesiqahan perawi dan kayu ukur akal dalam meneliti hadis dari sudut
sanad dan matan. (167)
[13] Nasr Hamid Abu Zaid
berpendapat bahawa Sunnah bukan sandaran bagi tasyrik, dan ia bukan wahyu.
Bahkan ia sekadar pentafsir dan penjelasan terhadap mukmal al-Quran. Jika
menerima al-Sunnah sebagai Hujah sekalipun, ia tidak bersifat menyendiri dalam
tasyrik. (167)
[14] Kritik Matan Hadis
ahad yang bercanggah dengan al-Quran, ia perlu kepada dhawabit dan
penetapan-penetapan penting. (168)
[15] Apabila matan hadis
terhadap sesuatu hukum syarak bercanggah dengan hukum al-Quran yang muhkam,
dalam manhaj Usul Mazhab Maliki bahawa hadis ahad tersebut perlu ditolak. Hal
ini kerana, zanni tidak boleh bercanggah dengan qatie.
Dalam AL-MUWAFAQAT, IMAM SYATIBI nyatakan, dalil
amalan ini adalah:
a.
AISYAH menolak hadis: mayat itu diazab dengan sebab
ahli keluarganya menangis. Hal ini kerana, hadis ini bercanggah dengan firman
Allah (Surah al-Najm:38-39) yang menyatakan seseorang itu tidak menanggung dosa
orang lain.
b.
Aisyah menolak riwayat bahawa Nabi saw melihat Allah
ada malam isra’ kerana melihat kepada firman Allah (Surah al-Anam, ayat 103)
yang menyebut bahawa Allah itu tidak dapat dicerapi dengan penglihatan mata. (168)
[16] Dalam Manhaj Mazhab
Maliki: Asal adalah perlu keseragaman antara hadis dan al-Quran, bukan bercanggah.
Apabila wujud percanggahan dalam apa jua bentuk, maka subut hadis itu ada
kecacatan. (168)
[17] Hadis berkenaan basuh
jilatan Anjing tujuh kali, ia ditolak oleh Mazhab Maliki kerana ia bercanggah
dengan dua Usul:
A.
AL-Quran.
فَكُلُوا
مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا
اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (4) - المائدة
B.
Illat bagi taharah itu adalah hidup. Ia ada pada
anjing. (169)
[18] menurut IBN RUSHD
AL-JAD (520H), dalam mazhab Maliki dan seluruh ulama mazhabnya bahkan ia adalah
pandangan kebanyakkan ahli ilmu bahawa sedikit atau banyak menyusu, tetap
menjadikan ibu susuan. Hal ini melihat kepada zahir al-Quran[4].
ومذهب مالك -
رَحِمَهُ اللَّهُ - وجميع أصحابه، وهو قول أكثر أهل العلم، أن قليل الرضاع وكثيره
يحرم؛ لأنه ظاهر القرآن
Ibn Rushd al-Hafidh pula menyatakan, sebab utama
ikhtilaf berlaku dalam masalah ini adalah kerana bercanggah dengan umum
al-Quran bagi hadis yang menyebut berkenaan penentuan kadar dan bercanggah
antara hadis dan hadis. Adapun umum al-Quran, Allah berfirman: Ibu-ibu kamu
yang mereka memberi susu kepada kamu (Surah al-Nisa’ 4:23)[5].
(169)
وَالسَّبَبُ
فِي اخْتِلَافِهِمْ فِي هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ مُعَارَضَةُ عُمُومِ الْكِتَابِ
لِلْأَحَادِيثِ الْوَارِدَةِ فِي التَّحْدِيدِ، وَمُعَارَضَةُ الْأَحَادِيثِ فِي
ذَلِكَ بَعْضُهَا بَعْضًا. فَأَمَّا عُمُومُ الْكِتَابِ فَقَوْلُهُ تَعَالَى:
{وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ} [النساء: 23] الْآيَةَ، وَهَذَا
يَقْتَضِي مَا يَنْطَلِقُ عَلَيْهِ اسْمُ الْإِرْضَاعِ
[19] Walaupun sesuatu hadis itu diriwayatkan oleh Imam
Malik, tetapi hadis itu didapati bercanggah dengan al-Quran, Imam malik tidak
terima hadis tersebut. Contohnya, hadis:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلى الله عَلَيه وَسَلم، قَالَ: إِذَا شَرِبَ
الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ، فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ.
Hadis ini, Imam Malik riwayatkan dalam Muwatta’, sama
dari riwayat Yahya al-Laisi (hadis no: 89), mahupun riwayat Abu Mus’ab (hadis
no: 80), tetapi menurut Iyyadh bahawa hadis ini dinilai Doif oleh Imam Malik
anggap doif kerana zahirnya kelihatan najis anjing dalam keadaan ia bertembung
dengan firman Allah: makan olehmu dari apa yang anjing itu tangkap untuk kamu
(Surah al-Maidah 5:4)[6]
(170)
قَالَ ابْنُ
نَاجِي: قَالَ عِيَاضٌ: تُنُوزِعَ كَثِيرًا فِي الضَّمِيرِ مِنْ قَوْلِهِ
يُضَعِّفُهُ فَقِيلَ: أَرَادَ تَضْعِيفَ الْحَدِيثَ؛ لِأَنَّهُ خَبَرُ وَاحِدٍ
ظَاهِرُهُ نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَعَارَضَ قَوْله تَعَالَى {فَكُلُوا مِمَّا
أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ} [المائدة: 4]
[20] ada beberapa
hadis-hadis ahad yang kelihatan bercanggah dengan al-Quran, mazhab maliki tidak
tolak, bahkan berhujah dengannya.
Contohnya adalah, larangan himpun antara perempuan dan
ibu saudara (disebelah lelaki atau perempuan) kerana takhsis kepada firman
Allah:
وَأُحِلَّ
لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ (24) – النساء 4:24
Juga, membataskan potong tangan dengan ¼ dinar ke
atas, sedangkan umum al-Quran tidak menyatakan batasan kadar barang yang
dicuri. (173)
[21] Kebimbangan besar
berlaku, dalam kalangan anti hadis menggunakan alasan ini untuk permulaan bagi
menolak al-Quran dengan alasan akal dan intuisi. Lalu mereka memberikan
pelbagai takwilan untuk absahkan pemikiran mereka. (174)
[22] Golongan anti hadis,
mereka mengkritik hadis dari sudut matan tanpa manhaj. (174)
KRITIK MATAN HADIS KERANA BERCANGGAH DENGAN
KAEDAH-KAEDAH SYARIAH
[23] Kaedah-kaedah syarak
menjuruskan tujuan memuliakan manusia dan menjaga hubungan manusia dengan tuhan
dan hubungan manusia sesame makhluk. Dengan itu, ia dapat mencapai nilai yang
paling tinggi dalam agama seperti keadilan, rahmat, hindari kezaliman dan
sebagainya (175)
[24] Sifat bagi
kaedah-kaedah agama adalah tidak berubah-berubah berdasarkan tempat, masa dan
situasi—ia seragam pada semua sudut kehidupan. (175)
[25] Dalam mazhab Maliki, apabila
hadis ahad bercanggah dengan kaedah-kaedah umum ini, maka hadis ahad itu tidak
boleh dijadikan hujah kerana ia bersifat Zanni, sedangkan kaedah-kaedah itu
bersifat qatie. (175)
[26
– P] Asas bagi
menolak hadis ahad dalam mazhab Maliki adalah, apabila bercanggah dengan
perkara qatie. Justeru, sesuatu hadis ahad yang hukumnya boleh capai tahap
qatie, maka hadis ahad itu boleh diseragamkan atas nama takhsis dll.
[27] Imam al-Syatibi
pernah berkata:
وَهُوَ
الظَّنِّيُّ الْمُعَارِضُ لِأَصْلٍ قَطْعِيٍّ وَلَا يَشْهَدُ لَهُ أَصْلٌ
قَطْعِيٌّ2؛ فَمَرْدُودٌ بِلَا إِشْكَالٍ. ....أَحَدُهُمَا: أَنَّهُ مُخَالِفٌ
لِأُصُولِ الشرعية، وَمُخَالِفُ أُصُولِهَا لَا يَصِحُّ؛ لِأَنَّهُ لَيْسَ
مِنْهَا، وَمَا لَيْسَ مِنَ الشَّرِيعَةِ كَيْفَ يُعَدُّ مِنْهَا؟
“… zanni yang bertembung dengan asal yang qatie serta tidak ada
sokongan dari asal yang qatie, maka tertolak tanpa diragukan lagi…. Iaitu,
bercanggah dengan usul bagi syariah. Menyalahi usul syariah itu tidak sah. Hal
ini kerana, ia bukan darinya dan bukan dari syariah. Justeru, bagaimana mahu
dihitung daripanya?[7]
[28] ABU ZAHRAH ada
berkata:
هذه فروع كثيرة
قد نقلناها، وهي بلا شك تدل على أن مالكا كان يرد خبر الاحاد احيانا لمخالفته
المقررات الشرعية
Kami nukilkan furuk yang banyak. Iaitu tanpa ragu
lagi, ia adalah bukti bahawa kadangkala Malik menolak hadis ahad yang menyalahi
dengan perkara-perkara yang diperakui dalam syariah[8].
(175)
Tambah beliau lagi:
Menolak hadis ahad dengan yang bercanggah dengan
kaedah umum itu adalah bersifat qatie yang ia terbina melalui istiqra’ dari
nas-nas dan hukum-hukum yang banyak—pada perkara wajib yang pelbagai. Justeru,
ia terbina tanpa sebarang keraguan lagi[9].
(176)
[29] Imam Malik menolak
hadis Khiyar majlis kerana ia bercanggah dengan kaedah umum; dilarang menjual barangan
secara gharar dan jahalah. Hal ini kerana, larangan jualan secara gharar dan
jahalah adalah kaedah dasar yang teristinbat dari nas-nas jual beli yang
banyak. (176)
[30] Imam AL-SYATIBI
menjelaskan bahawa menolak hadis yang menyatakan keizinan berpuasa untuk orang
yang sudah meninggaldunia kerana ia bercanggah dengan usul syariah.
Ini adalah pendekatan IMAM MALIK dan IMAM ABU HANIFAH.
(177)
Kata al-Syatibi dalam al-Muwafaqat:
أَنَّ هَذِهِ
الْأَحَادِيثَ عَلَى قِلَّتِهَا مُعَارِضَةٌ لِأَصْلٍ ثَابِتٍ فِي الشَّرِيعَةِ
قَطْعِيٍّ، وَلَمْ تَبْلُغْ مَبْلَغَ التَّوَاتُرِ اللَّفْظِيِّ وَلَا
الْمَعْنَوِيِّ، فَلَا يُعَارِضُ الظَّنُّ الْقَطْعَ، كَمَا تَقَرَّرَ أَنَّ
خَبَرَ الْوَاحِدِ لَا يُعْمَلُ بِهِ إِلَّا إِذَا لَمْ يُعَارِضُهُ أَصْلٌ
قَطْعِيٌّ، وَهُوَ أَصْلُ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ وَأَبِي حَنِيفَةَ
Hadis-hadis ini bercanggah dengan usul yang sabit
dalam syariah yang bersifat qatie. Tidak sampai tahap tawatur lafzi, mahupun
maknawi. Zann tidak boleh bercanggah dengan dengan Qatie, sepertimana ketetapan
bahawa hadis ahad tidak diamalkan kecuali apabila tidak bercanggah dengan usul
yang qatie. Ini adalah usul Malik bin Anas dan Abu Hanifah[10]
[31] Sikap golongan
liberal adalah mereka menolak hadis dengan mengikut zann yang tercela, dan
meninggalkan nas-nas sahih yang kita disuruh agar mengikutinya. (178)
[32] beberapa tokoh
Liberal, seperti MUHAMMAD SHAHRUR dan NASR HAMID ABU ZAID anggap, HURRIYYAH
(KEBEBASAN0 adalah salah satu maqasid syariah yang tertinggi yang tidak ada
yang lebih tinggi dari itu.
Dalam buku تجفيف منابع الإرهاب, SHAHRUR kata:
والحرية هي كلمة الله
العليا للناس جميعا
“Kebebasan adalah kalimah Allah yang tinggi bagi semua manusia”
(178).
[33-P] pendekatan Usuliyin
berbeza dengan pendekatan golongan liberal. Mereka mengamalkan kritik matan
hadis tanpa mengikut manhaj yang muk’tabar.
[34] PERBEZAAN LIBERALIS
DAN USULIYYIN DALAM KRITIK MATAN HADIS
(a)
Manhaj Usuliyin, mereka menghimpunkan semua qarinah
dan dalil dalam melihat sanad dan matan. Mereka nilai semua hadis—daripada
sudut syaz, nakarah matan dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan golongan
liberalis yang menilai berdasarkan sangkaan dan zann yang tidak didokongan
dengan proses menghimpun serta melihat kepada qarinah dan dalil pada sanad dan
matan.
(b)
Dalam manhaj
Usuliyyin, sesuatu hadis ahad yang sahih diterima kecuali ada bukti bahawa ia
tidak boleh diamalkan. Golongan liberal pula menggunakan pendekatan sebaliknya;
asal hadis ahad adalah ditolak kecuali bukti untuk terima.
(c)
Golongan liberal ini menggunakan kaedah hanya pada
nama, bukan cara faham yang ditentukan oleh para ulama syariah. Mereka
menggunakan pendekatan PERANG MUSTALAHAT حرب المصطلحات. Contohnya,
mereka menggunakan istilah AL-HURRIYAH dalam pemaknaan barat, bukan dalam
pemaknaan syariah. (181)
(d)
Maqasid terbina melalui proses istiqra’ terhadap
perkara juziyyat nas. Ekoran itu, ia dihukumkan sebagai qatie. (181)
[35] Akal sejahtera
menerima bahawa zanni ditolak dengan qatie, bukan zanni ditolak dengan zanni.
(181)
فالعقل السليم
يقضي برد المظنون الذي عارص القطهي وليس المظنون بالمظنون
KRITIK MATAN HADIS YANG BERCANGGAH DENGAN AKAL
[36] Dasar bagi syariah islam
adalah, tidak ada perbezaan antara yang sama dan tidak akan berhimpun antara perkara
yang bertembung. Surah al-Nisa’, ayat 82. (181)
[37] Syatibi menyatakan:
أَنْ لَا
يُجْعَلَ الْعَقْلُ حَاكِمًا بِإِطْلَاقٍ، وَقَدْ ثَبَتَ عَلَيْهِ حَاكِمٌ
بِإِطْلَاقٍ وَهُوَ الشَّرْعُ، بَلِ الْوَاجِبُ عَلَيْهِ أَنْ يُقَدَّمَ مَا
حَقُّهُ التَّقْدِيمُ - وَهُوَ الشَّرْعُ - وَيُؤَخِّرُ مَا حَقُّهُ التَّأْخِيرُ
- وَهُوَ نَظَرُ الْعَقْلِ - ......وَلِذَلِكَ قَالَ: اجْعَلِ الشَّرْعَ فِي
يَمِينِكَ وَالْعَقْلَ فِي يَسَارِكَ، تَنْبِيهًا عَلَى تَقَدُّمِ الشَّرْعِ عَلَى
الْعَقْلِ
Akal tidak menjadi penentu secara mutlak. Penentu mutlak
adalah syarak. Malah, wajib mendahulukan yang dahulu (iaitu syarak), dan
melewatkan yang lewat (iaitu akal)…jadikan syarak di kanan kamu dan akal di
kiri kamu sebagai peringatan terhadap syarak tidak didahului akal[11].
[38] Para perawi bukan
maksum yang mereka terdedah dengan kesalahan. Dengan sebab itu, akal digunakan bukan
sekadar untuk memahami sesuatu, bahkan untuk dibezakan dari perkara yang betul
dari yang salah yang berlaku pada matan, serta untuk memastikan sesuatu
penisbahan sesuatu perkataan kepada nabi saw.
KHATIB AL-BAGHDADI (463H)
ada berkata:
إِذَا رَوَى
الثِّقَةُ الْمَأْمُونُ خَبَرًا مُتَّصِلَ الْإِسْنَادِ رُدَّ بِأُمُورٍ:
أَحَدُهَا: أَنْ يُخَالِفَ مُوجِبَاتِ الْعُقُولِ فَيُعْلَمُ بُطْلَانُهُ ,
لِأَنَّ الشَّرْعَ إِنَّمَا يُرَدُّ بِمُجَوِّزَاتِ الْعُقُولِ , وَأَمَّا
بِخِلَافِ الْعُقُولِ , فَلا
“Apabila perawi siqah dan ma’mun meriwayatkan hadis yang bersambung
sanad, maka hadisnya ditolak dengan beberapa perkara. Satunya, ia menyalahi
tuntutan akal. (dengan itu) dapat diketahui kebatilannya. Hal ini kerana syarak
menolak dengan perkara mustahil pada akal. Adapun menyalahi akal, maka ia tidak
(diterima)[12]
(182)
[39] Menjadi amalan dalam
kalangan ulama usul dalam mazhab Maliki bahawa mereka mengkritik hadis-hadis
jika kandungan matannya bercanggah dengan tuntutan akal dalam skop tertentu. Mereka
lakukan itu dengan pendekatan yang kuat, bahkan selepas berusaha untuk himpun
sehingga tidak dapat lagi sebarang ruangan untuk menafikan kemustahilan pada
akal.
Ibn al-Arabi berkata:
إِذا نقل
الرَّاوِي حَدِيثا فِيهِ ذكر صفة مستحيلة مُضَافَة إِلَى الْبَارِي سُبْحَانَهُ
فَلَا يَخْلُو أَن يكون لَهَا تَأْوِيل لَهُ مجَال فِي الْعقل أَو لَا يكون لَهَا تَأْوِيل
قَالَ عُلَمَاؤُنَا فَإِن كَانَ لَهَا تَأْوِيل قبلت وأولت.... وَأما إِن لم يكن
لَهَا تَأْوِيل فَهُوَ مَرْدُود
Apabila seorang perawi menukilkan sesuatu hadis yang
kandungannya menyebut sifat yang mustahil disandarkan kepada Allah, maka ia
tidak lepas dari takwil pada akal, ataupun tidak ada ruangan untuk takwil.
Ulama kita berkata: Jika ia ada ruangan untuk ditakwil, maka diterima dan ditakwil…Jika
tidak ada ruangan takwil, maka ia ditolak[13].
[40] Ulama dalam Mazhab
maliki menggunakan akal dalam mengkritik matan dengan prinsip qiyas didahulukan
berbanding hadis ahad, sedangkan qiyas itu berdiri atas asas akal.
Ibn al-Qassar berkata:
ومذهب مالك رحمه الله أن خبر الواحد إذا
اجتمع مع القياس ولم يمكن استعمالهما جميعا، قدم القياس
Mazhab Malik bahawa hadis ahad jika berhimpun dengan qiyas
tanpa boleh digunakan kedua-duanya, maka didahulukan qiyas[14].
[41] Bagi kalangan liberal,
mereka menjadikan akal sebagai sandaran pengetahun secara yakin. Justeru, hadis
tidak diterima mereka hanya kerana factor sanad. Hal ini kerana, sejak dari
awal lagi mereka prejudis kesiqahan perawi hadis dan rantaian sanad yang digunapakai
dalam manhaj ilmu hadis. (183)
[42] HASAN HANAFI menggambarkan
keperluan mendahulukan akal berbanding wahyu. Kata beliau:
لا يعتمد علي
صدق الخبر سندا ومتنا, وكلاهما لا يثبتان الا بالحس والعقل طبقا لشروط التواتر, فالخبر
وحده ليس حجة ولا يثبت شيئا ...أن العقل اساس النقل
“tidak boleh disandarkan kebenaran hadis pada sanad dan matan. Kedua-duanya
tidak sabit kecuali dengan pengamalan dan akal selaras dengan syarat-syarat
tawatur. Semata-mata hadis bukan hujah dan tidak sabit sedikit pun…..akal
adalah asas bagi wahyu”. (184)
[43] hadis-hadis ahad yang
melibatkan mukjizat al-Rasul, ia tidak boleh dibandingkan dengan akal. Hal ini
kerana, ia sudah diluar dari hal-hal melibatkan adat. (185)
[44] PERBEZAAN ANTARA LIBERALIS
DAN ULAMA USUL MAZHAB MALIKI DALAM HAL HADIS AHAD DENGAN AKAL
(a)
Usul Mazhab
maliki, akal dan wahyu berjalan serentak dan tidak bercanggahan antara satu dan
lain. tidak terdapat hadis sahih yang bercanggah dengan akal. Apabila didapati
ada percanggahan juga, maka hendaklah menggunakan pendekatan himpun dan tarjih.
Al-Syatibi ada berkata:
وَإِنْ أَمْكَنَ
الْجَمْعُ؛ فَقَدِ اتَّفَقَ النُّظَّارُ عَلَى إِعْمَالِ وَجْهِ الْجَمْعِ، وَإِنْ
كَانَ وَجْهًا ضَعِيفًا، فَإِنَّ الْجَمْعَ أَوْلَى عِنْدَهُمْ، وَإِعْمَالَ
الْأَدِلَّةِ أَوْلَى مِنْ إِهْمَالِ بَعْضِهَا
Jika boleh himpun, para peneliti sepakat bahawa
amalkan atas wajah himpun itu. Jika terdapat wajah lemah, maka himpun itu lebih
utama di sisi mereka. Amalkan dalil lebih utama berbanding mengabaikan sebahagian
dalil[15].
Berbeza dengan pendekatan liberalis bahawa mereka
jadikan akal sebagai asas utama. Pada mereka, asal bagi sesuatu hadis itu ragu
dan syak. Justeru, mereka dahulukan keputusan akal ketika bertembung dengan
nas.
AL-SYATIBI kata:
أَنَّ اللَّهَ
جَعَلَ لِلْعُقُولِ فِي إِدْرَاكِهَا حَدًّا تَنْتَهِي إِلَيْهِ لَا تَتَعَدَّاهُ،
وَلَمْ يَجْعَلْ لَهَا سَبِيلًا إِلَى الْإِدْرَاكِ فِي كُلِّ مَطْلُوبٍ
Allah jadikan bagi akal terbatas dalam memahami
sesuatu hal. Allah tidak jadikan jalan untuk memahami setiap perkara yang
diminta[16].
Al-Kharashi berkata:
قَدْ تَقَرَّرَ
أَنَّ الْمَعْقُولَ لَا يَرُدُّ الْمَنْقُولَ
“telah ditetapkan bahawa akal tidak boleh menolak wahyu[17]”
Justeru, akal digunakan untuk seragamkan antara
dalil-dalil dan tarjih jika ada berlaku pertembungan. (186)
(b)
Golongan liberalis
gopoh dalam membuat kesimpulan pertembungan hadis dan akal. Mereka menolak
matan hadis dengan anggapan mereka kononnya ia bercanggah dengan akal, tanpa
mereka cuba untuk seragamkan dalil akal dan dalil matan hadis.
AL-SYATIBI pernah kata: kalangan ahli bid’ah menolak
hadis-hadis yang tidak seragam dengan tujuan dan mazhab mereka dengan alasan ia
menyalahi akal tanpa mereka laksanakan proses tuntutan dalil. Seperti kalangan
yang menolak azab kubur, hadis sayap lalat dan sebagainya. (186)
وَمِنْهَا
ضِدُّ هَذَا، وَهُوَ رَدُّهُمْ لِلْأَحَادِيثِ الَّتِي جَرَتْ غَيْرَ مُوَافِقَةٍ
لِأَغْرَاضِهِمْ وَمَذَاهِبِهِمْ، وَيَدَّعُونَ أَنَّهَا مُخَالِفَةٌ
لِلْمَعْقُولِ، وَغَيْرُ جَارِيَةٍ عَلَى مُقْتَضَى الدَّلِيلِ، فَيَجِبُ
رَدُّهَا: كَالْمُنْكِرِينَ لِعَذَابِ الْقَبْرِ، وَالصِّرَاطِ، وَالْمِيزَانِ،
وَرُؤْيَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي الْآخِرَةِ، وَكَذَلِكَ حَدِيثُ الذُّبَابِ
وَقَتْلِهِ، وَأَنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ دَاءً وَفِي الْآخَرِ دَوَاءً،
وَأَنَّهُ يُقَدِّمُ الَّذِي فِيهِ الدَّاءُ، وَحَدِيثُ الَّذِي أَخَذَ أَخَاهُ
بَطْنُهُ فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَقْيِهِ
الْعَسَلَ. . . . وَمَا أَشْبَهَ ذَلِكَ مِنَ الْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ
الْمَنْقُولَةِ نَقْلَ الْعُدُول[18]
KESIMPULAN
[45] Imam al-Syatibi
ada berkata:
وَمِنْهُ
دَعَاوَى أَهْلِ الْبِدَعِ عَلَى الْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ؛ مُنَاقَضَتُهَا
لِلْقُرْآنِ، أَوْ مُنَاقِضَةُ بَعْضِهَا بَعْضًا، وَفَسَادُ مَعَانِيهَا، أَوْ
مُخَالَفَتُهَا لِلْعُقُولِ
Antara
dakwaan ahli bid’ah terhadap hadis-hadis sahih adalah, bercanggah dengan
al-Quran, bercanggah setenghnya dengan setengah yang lain, kefasadan maknanya
atau menyalahi akal[19].
[46] Ulama usul dalam mazhab Maliki tidak gopoh
untuk anggap sesuatu hadis ahad bercanggah dengan usul. Sebaliknya, mereka akan
menghabiskan segala usaha mereka untuk himpun hadis dan usul yang qatie. (190)
[47] Akal yang digunakan oleh Ulama Usul Mazhab
maliki adalah akal yang dipimpin al-Quran dan hadis. Akal sebegini adalah sekuat-kuat
dalil syariat. (192)
[1] Al-Qarafi (684H), al-Zakhirah, (Beirut, Dar al-Gharb
al-Islami, 1994), jld 1, hlm 120
[2]Al-Syatibi (790H),
al-Muwafaqat, (Beirut, Dar Ibn Affan, 1997), Jld 3, hlm 186
[3] Al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 2/ 225
[4] Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Rushd
al-Qurtubi (520H), al-Muqaddimat al-Mumahhidat, (Beirut, Dar al-Gharb
al-Islami, 1988), jld 1, hlm 494
[5] Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin
Muhammad bin Ahmad bin Rushd al-Qurtubi—Ibn Rushd al-Hafid (595H), Bidayah
al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, (Kaherah, Dar al-Hadis, 2004), jld 3, hlm
60
[6] Syams al-Din Abu Abdillah Muhammad bin
Mujammad bin Abdul Rahman al-Tarabulisi al-Maghribi—Khattab al-Ru’aini
al-Maliki (954H), Mawahib al-Jalil Fi Syarh Mukhtasar Khalil, (Beirut, Dar
al-Fikr, 1992), jld 1, hlm 175
[7]
Al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 3, hlm 186
[8] Abu Zahrah, Malik: hayatuh wa Asruh—arauh wa fiqhuh,
(Beirut-Mesir, Dar al-Fikr al-Arabi), hlm 322-323.
[9] Ibid.,
hlm 323
[10] Al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 2, hlm 400.
[11] Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Gharnati—al-Syatibi,
al-I’tisam, (Saudi, Dar Ibn Affan, 1992), hlm 840
[12] Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Sabit bin
Ahmad bin Mahdi—al-Khatib al-Baghdadi (463H), al-Faqih wa al-Mutafaqqih, (Saudi,
Dar Ibn al-Jawzi, 1421H), jld 1, hlm 354
[13] Al-Qadhi Muhammad bin Abdillah Abu Bakar bin al-Arabi
al-Mu’arifi al-Asybili al-Maliki (543H), al-Mahsul fi usul al-Fiqh, (Oman, Dar
al-Bayariq, 1999), hlm 119
[14] Al-Qadhi Abu al-Hasan Ali bin Umar al-Baghdadi—Ibn al-Qassar al-Malikiy
(397H), Muqaddimah Fi Usul al-Fiqh, (Riyadh, Dar al-Muallimah Li al-Nasyr wa
al-Tawzi’, 1999), hlm 265
[15] Al-Syatibi,
al-Iktisam, hlm 315.
[16] Al-Syatibi,
al-iktisam, hlm 831.
[17] Muhammad bin Abdullah al-Kharashi (1101H),
Syarh Mukhtasar Khalid, (Beirut, Dar al-Fikr Li al-Taba’ah), jld 2, hlm 371
[18] Al-syatibi, al-Iktisam, hlm 294
[19]
Ibid., hlm 313
No comments:
Post a Comment