Thursday 3 November 2022

نقد المتن الحديثي بمخالفة الأصول بين الأصوليين المالكية والحداثيين – دراسة مقارنة

 

KRITIK MATAN HADIS DENGAN USUL MENURUT GOLONGAN LIBERAL DAN ULAMA USUL MAZHAB MALIKI

 

نقد المتن الحديثي بمخالفة الأصول بين الأصوليين المالكية والحداثيين – دراسة مقارنة

- Dr. Nabil bin Ahmad Balhi, Naqd al-Matn al-Hadisi Bi Mukhalafah al-Usul Bain al-Usuliyin al-Malikiyyah wa al-Hadasiyiin, (Istanbul, Jamiah Ibn Khaldun, 2020).

 - download kitab di sini 



[1] Kalangan usuli, mereka mempunyai manhaj yang berbeza dengan ulama hadith dalam mengkritik hadis. (161)

 

[2] perbahasan berkenaan kritik matan hadis adalah perkara yang amat bahaya. Hal ini kerana, muslim dituntut agar menerima hadis nabi, dalam masa yang sama dituntut agar dipastikan sesuatu hal yang disandarkan kepada Nabi yang maksum. (162)

 

[3] Perkara yang diperkaui bahawa Ulama-ulama Mazhab Hanafi dan Maliki meletakkan syarat-syarat tambahan untuk menerima dan beramal dengan haddis ahad. (163)

 

[4] IBN AL-QASSAR AL-MALIKI (397H) kata: sunnah al-Rasul itu, asalnya disebut dalam al-Quran. Iaitu firman Allah: barangsiapa yang taat Rasul, sesungguhnya dia taat Allah (Surah al-Nisa’:80) … Mereka yang mengugurkan beramal dengan al-Sunnah dan hadis ahad dengan sangkaan bahawa memadai dengan al-Quran sahaja, mereka adalah golongan yang tercela. (164)

 

[5] Ulama Usul dalam Mazhab Maliki menganggap bahawa hadis ahad adalah hujjah dalam agama. (164)

 

[6] AL-QARAFI (684H) berkata: Khabar adil memberi faedah zann. Di sisi Maliki dan ulama-ulama bermazhab Maliki bahawa ia adalah hujjah. Mereka sepakat harus beramal dengannya dalam urusan keduniaan, fatwa dan penyaksian[1]. (164)

وَهُوَ خَبَرُ الْعَدْلِ أَوِ الْعُدُولِ الْمُفِيدِ لِلظَّنِّ وَهُوَ عِنْدَ مَالِكٍ رَحِمَهُ اللَّهُ وَعِنْدَ أَصْحَابِهِ حُجَّةٌ وَاتَّفَقُوا عَلَى جَوَازِ الْعَمَلِ بِهِ فِي الدُّنْيَوِيَّاتِ وَالْفَتْوَى وَالشَّهَادَاتِ

 

[7] Seseorang perawi itu terdedah dari melakukan kesilapan dan lupa. Setinggi mana pun kehebatan seseorang perawi itu dari sudut hafalan dan kefahaman, ia masih boleh melakukan kesilapan. Dengan sebab itu, ulama usul dari mazhab maliki menekankan kritik hadis dari sudut matan, sama ada dari sudut subut dan dari sudut beramal dengan hadis terbabit. Hal ini kerana, mazhab Maliki menerima hadis ahad dengan meneliti pada segenap sudut qarinah yang berkaitan dengan hadis terbabit (164)

 

[8] Dalam Mazhab Maliki, hadis yang sahih sanad tidak semestinya ia sabit dan muktamad. Setiap hadis yang selamat dari ilal sanad dan matan bahawa ia terusk diamalkan dalam fatwa. (164)

 

[9] Dalam Mazhab Maliki, hadis ahad yang menyalahi perkara qatie, maka matan hadis itu ditolak. Al-Imam al-Syatibi ada berkata:

 

الظَّنِّيُّ الْمُعَارِضُ لِأَصْلٍ قَطْعِيٍّ وَلَا يَشْهَدُ لَهُ أَصْلٌ قَطْعِيٌّ؛ فَمَرْدُودٌ بِلَا إِشْكَالٍ

“Perkara zanni yang bercanggah dengan asal yang qatie tanpa ada sokongan pada perkara zanni tersebut dari sesuatu asal yang qatie, maka ia tertolak tanpa ragu lagi[2]”.  (165)

 

[10] Imam Malik adalah ulama Mazhab yang pertama memperkenalkan kritikan matan hadis dan tidak beramal dengan hadis ahad yang bercanggah dengan sesuatu yang lebih rajih. Hal ini kerana, terdapat beberapa hadis yang dia keluarkan dalam kitab Muwatta’, tetapi tidak tawaqquf dari beramal dengannya disebabkan hadis itu bercanggah dengan usul yang qatie.

 

Al-Syatibi membawakan sandarannya adalah berkenaan hadis membasuh jilatan anjing sebanyak 7 kali. Al-Syatibi menyatakan bahawa Imam malik anggap hadis itu doif dan dia berkata:

وَلَقَدِ اعْتَمَدَهُ مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ فِي مَوَاضِعَ كَثِيرَةٍ لِصِحَّتِهِ فِي الِاعْتِبَارِ، أَلَا تَرَى إِلَى قَوْلِهِ فِي حَدِيثِ غَسْلِ الْإِنَاءِ مِنْ وُلُوغِ الْكَلْبِ سَبْعًا: "جاء الحديث ولا  أَدْرِي مَا حَقِيقَتُهُ؟ "، وَكَانَ يُضَعِّفُهُ وَيَقُولُ: "يُؤْكَلُ صيده؛ فكيف نكره لُعَابُهُ؟

Dimakan perburuannya, bagaimana kita tidak suka air liurnya[3]? (165)

 

ABU ZAHRAH (1394H) pernah kata: kadangkala Imam Malik menolak hadis siqah apabila dia mendapati hadis tersebut menyalahi perkara masyhur dan ma’ruf dari hukum-hukum islam. (165)

 

[11] Hadis ahad adalah ZANNI AL-SUBUT, walaupun ia sahih berdasarkan syarat ulama hadis. Justeru, apabila ia bertembung dengan usul yang qatie seperti al-Quran, hadis mutawatir atau kaedah syariah yang muhkam (ia terbina melalui nas-nas yang banyak dari al-Quran dan hadis), maka pertembungan itu mencacatkan kesubutan hadis tersebut atau dalam beramal dengan hadis terbabit. (166)

 

[12] HAMADI ZAWIB menyatakan bahawa keperluan ulang teliti pada setiap yang diriwayatkan dari Nabi saw. Beliau menyatakan: Perlu diseragamkan antara dua hal; iaitu kayu ukur dari sudut kesiqahan perawi dan kayu ukur akal dalam meneliti hadis dari sudut sanad dan matan. (167)

 

[13] Nasr Hamid Abu Zaid berpendapat bahawa Sunnah bukan sandaran bagi tasyrik, dan ia bukan wahyu. Bahkan ia sekadar pentafsir dan penjelasan terhadap mukmal al-Quran. Jika menerima al-Sunnah sebagai Hujah sekalipun, ia tidak bersifat menyendiri dalam tasyrik. (167)

 

[14] Kritik Matan Hadis ahad yang bercanggah dengan al-Quran, ia perlu kepada dhawabit dan penetapan-penetapan penting. (168)

 

[15] Apabila matan hadis terhadap sesuatu hukum syarak bercanggah dengan hukum al-Quran yang muhkam, dalam manhaj Usul Mazhab Maliki bahawa hadis ahad tersebut perlu ditolak. Hal ini kerana, zanni tidak boleh bercanggah dengan qatie.

 

Dalam AL-MUWAFAQAT, IMAM SYATIBI nyatakan, dalil amalan ini adalah:

 

a.                  AISYAH menolak hadis: mayat itu diazab dengan sebab ahli keluarganya menangis. Hal ini kerana, hadis ini bercanggah dengan firman Allah (Surah al-Najm:38-39) yang menyatakan seseorang itu tidak menanggung dosa orang lain.

 

b.                  Aisyah menolak riwayat bahawa Nabi saw melihat Allah ada malam isra’ kerana melihat kepada firman Allah (Surah al-Anam, ayat 103) yang menyebut bahawa Allah itu tidak dapat dicerapi dengan penglihatan mata. (168)

 

[16] Dalam Manhaj Mazhab Maliki: Asal adalah perlu keseragaman antara hadis dan al-Quran, bukan bercanggah. Apabila wujud percanggahan dalam apa jua bentuk, maka subut hadis itu ada kecacatan. (168)

 

[17] Hadis berkenaan basuh jilatan Anjing tujuh kali, ia ditolak oleh Mazhab Maliki kerana ia bercanggah dengan dua Usul:

A.                  AL-Quran.

فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (4) - المائدة

B.                  Illat bagi taharah itu adalah hidup. Ia ada pada anjing. (169)

 

[18] menurut IBN RUSHD AL-JAD (520H), dalam mazhab Maliki dan seluruh ulama mazhabnya bahkan ia adalah pandangan kebanyakkan ahli ilmu bahawa sedikit atau banyak menyusu, tetap menjadikan ibu susuan. Hal ini melihat kepada zahir al-Quran[4].

ومذهب مالك - رَحِمَهُ اللَّهُ - وجميع أصحابه، وهو قول أكثر أهل العلم، أن قليل الرضاع وكثيره يحرم؛ لأنه ظاهر القرآن

 

Ibn Rushd al-Hafidh pula menyatakan, sebab utama ikhtilaf berlaku dalam masalah ini adalah kerana bercanggah dengan umum al-Quran bagi hadis yang menyebut berkenaan penentuan kadar dan bercanggah antara hadis dan hadis. Adapun umum al-Quran, Allah berfirman: Ibu-ibu kamu yang mereka memberi susu kepada kamu (Surah al-Nisa’ 4:23)[5]. (169)

وَالسَّبَبُ فِي اخْتِلَافِهِمْ فِي هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ مُعَارَضَةُ عُمُومِ الْكِتَابِ لِلْأَحَادِيثِ الْوَارِدَةِ فِي التَّحْدِيدِ، وَمُعَارَضَةُ الْأَحَادِيثِ فِي ذَلِكَ بَعْضُهَا بَعْضًا. فَأَمَّا عُمُومُ الْكِتَابِ فَقَوْلُهُ تَعَالَى: {وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ} [النساء: 23] الْآيَةَ، وَهَذَا يَقْتَضِي مَا يَنْطَلِقُ عَلَيْهِ اسْمُ الْإِرْضَاعِ

 

[19] Walaupun sesuatu hadis itu diriwayatkan oleh Imam Malik, tetapi hadis itu didapati bercanggah dengan al-Quran, Imam malik tidak terima hadis tersebut. Contohnya, hadis:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلى الله عَلَيه وَسَلم، قَالَ: إِذَا شَرِبَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ، فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ.

 

Hadis ini, Imam Malik riwayatkan dalam Muwatta’, sama dari riwayat Yahya al-Laisi (hadis no: 89), mahupun riwayat Abu Mus’ab (hadis no: 80), tetapi menurut Iyyadh bahawa hadis ini dinilai Doif oleh Imam Malik anggap doif kerana zahirnya kelihatan najis anjing dalam keadaan ia bertembung dengan firman Allah: makan olehmu dari apa yang anjing itu tangkap untuk kamu (Surah al-Maidah 5:4)[6] (170)

قَالَ ابْنُ نَاجِي: قَالَ عِيَاضٌ: تُنُوزِعَ كَثِيرًا فِي الضَّمِيرِ مِنْ قَوْلِهِ يُضَعِّفُهُ فَقِيلَ: أَرَادَ تَضْعِيفَ الْحَدِيثَ؛ لِأَنَّهُ خَبَرُ وَاحِدٍ ظَاهِرُهُ نَجَاسَةُ الْكَلْبِ وَعَارَضَ قَوْله تَعَالَى {فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ} [المائدة: 4]

 

[20] ada beberapa hadis-hadis ahad yang kelihatan bercanggah dengan al-Quran, mazhab maliki tidak tolak, bahkan berhujah dengannya.

 

Contohnya adalah, larangan himpun antara perempuan dan ibu saudara (disebelah lelaki atau perempuan) kerana takhsis kepada firman Allah:

وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ (24) – النساء 4:24

 

Juga, membataskan potong tangan dengan ¼ dinar ke atas, sedangkan umum al-Quran tidak menyatakan batasan kadar barang yang dicuri. (173)

 

[21] Kebimbangan besar berlaku, dalam kalangan anti hadis menggunakan alasan ini untuk permulaan bagi menolak al-Quran dengan alasan akal dan intuisi. Lalu mereka memberikan pelbagai takwilan untuk absahkan pemikiran mereka. (174)

 

[22] Golongan anti hadis, mereka mengkritik hadis dari sudut matan tanpa manhaj. (174)

 

KRITIK MATAN HADIS KERANA BERCANGGAH DENGAN KAEDAH-KAEDAH SYARIAH

 

[23] Kaedah-kaedah syarak menjuruskan tujuan memuliakan manusia dan menjaga hubungan manusia dengan tuhan dan hubungan manusia sesame makhluk. Dengan itu, ia dapat mencapai nilai yang paling tinggi dalam agama seperti keadilan, rahmat, hindari kezaliman dan sebagainya (175)

 

[24] Sifat bagi kaedah-kaedah agama adalah tidak berubah-berubah berdasarkan tempat, masa dan situasi—ia seragam pada semua sudut kehidupan. (175)

 

[25] Dalam mazhab Maliki, apabila hadis ahad bercanggah dengan kaedah-kaedah umum ini, maka hadis ahad itu tidak boleh dijadikan hujah kerana ia bersifat Zanni, sedangkan kaedah-kaedah itu bersifat qatie. (175)

 

[26 – P] Asas bagi menolak hadis ahad dalam mazhab Maliki adalah, apabila bercanggah dengan perkara qatie. Justeru, sesuatu hadis ahad yang hukumnya boleh capai tahap qatie, maka hadis ahad itu boleh diseragamkan atas nama takhsis dll.

 

[27] Imam al-Syatibi pernah berkata:

 

وَهُوَ الظَّنِّيُّ الْمُعَارِضُ لِأَصْلٍ قَطْعِيٍّ وَلَا يَشْهَدُ لَهُ أَصْلٌ قَطْعِيٌّ2؛ فَمَرْدُودٌ بِلَا إِشْكَالٍ. ....أَحَدُهُمَا: أَنَّهُ مُخَالِفٌ لِأُصُولِ الشرعية، وَمُخَالِفُ أُصُولِهَا لَا يَصِحُّ؛ لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْهَا، وَمَا لَيْسَ مِنَ الشَّرِيعَةِ كَيْفَ يُعَدُّ مِنْهَا؟

“… zanni yang bertembung dengan asal yang qatie serta tidak ada sokongan dari asal yang qatie, maka tertolak tanpa diragukan lagi…. Iaitu, bercanggah dengan usul bagi syariah. Menyalahi usul syariah itu tidak sah. Hal ini kerana, ia bukan darinya dan bukan dari syariah. Justeru, bagaimana mahu dihitung daripanya?[7]

 

[28] ABU ZAHRAH ada berkata:

 

هذه فروع كثيرة قد نقلناها، وهي بلا شك تدل على أن مالكا كان يرد خبر الاحاد احيانا لمخالفته المقررات الشرعية

Kami nukilkan furuk yang banyak. Iaitu tanpa ragu lagi, ia adalah bukti bahawa kadangkala Malik menolak hadis ahad yang menyalahi dengan perkara-perkara yang diperakui dalam syariah[8]. (175)

 

Tambah beliau lagi:

 

Menolak hadis ahad dengan yang bercanggah dengan kaedah umum itu adalah bersifat qatie yang ia terbina melalui istiqra’ dari nas-nas dan hukum-hukum yang banyak—pada perkara wajib yang pelbagai. Justeru, ia terbina tanpa sebarang keraguan lagi[9]. (176)

 

[29] Imam Malik menolak hadis Khiyar majlis kerana ia bercanggah dengan kaedah umum; dilarang menjual barangan secara gharar dan jahalah. Hal ini kerana, larangan jualan secara gharar dan jahalah adalah kaedah dasar yang teristinbat dari nas-nas jual beli yang banyak. (176)

 

 

[30] Imam AL-SYATIBI menjelaskan bahawa menolak hadis yang menyatakan keizinan berpuasa untuk orang yang sudah meninggaldunia kerana ia bercanggah dengan usul syariah.

 

Ini adalah pendekatan IMAM MALIK dan IMAM ABU HANIFAH. (177)

 

Kata al-Syatibi dalam al-Muwafaqat:

 

أَنَّ هَذِهِ الْأَحَادِيثَ عَلَى قِلَّتِهَا مُعَارِضَةٌ لِأَصْلٍ ثَابِتٍ فِي الشَّرِيعَةِ قَطْعِيٍّ، وَلَمْ تَبْلُغْ مَبْلَغَ التَّوَاتُرِ اللَّفْظِيِّ وَلَا الْمَعْنَوِيِّ، فَلَا يُعَارِضُ الظَّنُّ الْقَطْعَ، كَمَا تَقَرَّرَ أَنَّ خَبَرَ الْوَاحِدِ لَا يُعْمَلُ بِهِ إِلَّا إِذَا لَمْ يُعَارِضُهُ أَصْلٌ قَطْعِيٌّ، وَهُوَ أَصْلُ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ وَأَبِي حَنِيفَةَ

Hadis-hadis ini bercanggah dengan usul yang sabit dalam syariah yang bersifat qatie. Tidak sampai tahap tawatur lafzi, mahupun maknawi. Zann tidak boleh bercanggah dengan dengan Qatie, sepertimana ketetapan bahawa hadis ahad tidak diamalkan kecuali apabila tidak bercanggah dengan usul yang qatie. Ini adalah usul Malik bin Anas dan Abu Hanifah[10]

 

[31] Sikap golongan liberal adalah mereka menolak hadis dengan mengikut zann yang tercela, dan meninggalkan nas-nas sahih yang kita disuruh agar mengikutinya. (178)

 

[32] beberapa tokoh Liberal, seperti MUHAMMAD SHAHRUR dan NASR HAMID ABU ZAID anggap, HURRIYYAH (KEBEBASAN0 adalah salah satu maqasid syariah yang tertinggi yang tidak ada yang lebih tinggi dari itu.

 

Dalam buku تجفيف منابع الإرهاب, SHAHRUR kata:

 

والحرية هي كلمة الله العليا للناس جميعا

“Kebebasan adalah kalimah Allah yang tinggi bagi semua manusia” (178).

 

[33-P] pendekatan Usuliyin berbeza dengan pendekatan golongan liberal. Mereka mengamalkan kritik matan hadis tanpa mengikut manhaj yang muk’tabar.

 

[34] PERBEZAAN LIBERALIS DAN USULIYYIN DALAM KRITIK MATAN HADIS

 

(a)                Manhaj Usuliyin, mereka menghimpunkan semua qarinah dan dalil dalam melihat sanad dan matan. Mereka nilai semua hadis—daripada sudut syaz, nakarah matan dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan golongan liberalis yang menilai berdasarkan sangkaan dan zann yang tidak didokongan dengan proses menghimpun serta melihat kepada qarinah dan dalil pada sanad dan matan.

 

(b)                Dalam manhaj Usuliyyin, sesuatu hadis ahad yang sahih diterima kecuali ada bukti bahawa ia tidak boleh diamalkan. Golongan liberal pula menggunakan pendekatan sebaliknya; asal hadis ahad adalah ditolak kecuali bukti untuk terima.

 

(c)                Golongan liberal ini menggunakan kaedah hanya pada nama, bukan cara faham yang ditentukan oleh para ulama syariah. Mereka menggunakan pendekatan PERANG MUSTALAHAT حرب المصطلحات. Contohnya, mereka menggunakan istilah AL-HURRIYAH dalam pemaknaan barat, bukan dalam pemaknaan syariah. (181)

 

(d)               Maqasid terbina melalui proses istiqra’ terhadap perkara juziyyat nas. Ekoran itu, ia dihukumkan sebagai qatie. (181)

 

[35] Akal sejahtera menerima bahawa zanni ditolak dengan qatie, bukan zanni ditolak dengan zanni. (181)

فالعقل السليم يقضي برد المظنون الذي عارص القطهي وليس المظنون بالمظنون

 

KRITIK MATAN HADIS YANG BERCANGGAH DENGAN AKAL

 

[36] Dasar bagi syariah islam adalah, tidak ada perbezaan antara yang sama dan tidak akan berhimpun antara perkara yang bertembung. Surah al-Nisa’, ayat 82. (181)

 

[37] Syatibi menyatakan:

 

أَنْ لَا يُجْعَلَ الْعَقْلُ حَاكِمًا بِإِطْلَاقٍ، وَقَدْ ثَبَتَ عَلَيْهِ حَاكِمٌ بِإِطْلَاقٍ وَهُوَ الشَّرْعُ، بَلِ الْوَاجِبُ عَلَيْهِ أَنْ يُقَدَّمَ مَا حَقُّهُ التَّقْدِيمُ - وَهُوَ الشَّرْعُ - وَيُؤَخِّرُ مَا حَقُّهُ التَّأْخِيرُ - وَهُوَ نَظَرُ الْعَقْلِ - ......وَلِذَلِكَ قَالَ: اجْعَلِ الشَّرْعَ فِي يَمِينِكَ وَالْعَقْلَ فِي يَسَارِكَ، تَنْبِيهًا عَلَى تَقَدُّمِ الشَّرْعِ عَلَى الْعَقْلِ

Akal tidak menjadi penentu secara mutlak. Penentu mutlak adalah syarak. Malah, wajib mendahulukan yang dahulu (iaitu syarak), dan melewatkan yang lewat (iaitu akal)…jadikan syarak di kanan kamu dan akal di kiri kamu sebagai peringatan terhadap syarak tidak didahului akal[11].

 

[38] Para perawi bukan maksum yang mereka terdedah dengan kesalahan. Dengan sebab itu, akal digunakan bukan sekadar untuk memahami sesuatu, bahkan untuk dibezakan dari perkara yang betul dari yang salah yang berlaku pada matan, serta untuk memastikan sesuatu penisbahan sesuatu perkataan kepada nabi saw.

 

KHATIB AL-BAGHDADI (463H) ada berkata:

 

إِذَا رَوَى الثِّقَةُ الْمَأْمُونُ خَبَرًا مُتَّصِلَ الْإِسْنَادِ رُدَّ بِأُمُورٍ: أَحَدُهَا: أَنْ يُخَالِفَ مُوجِبَاتِ الْعُقُولِ فَيُعْلَمُ بُطْلَانُهُ , لِأَنَّ الشَّرْعَ إِنَّمَا يُرَدُّ بِمُجَوِّزَاتِ الْعُقُولِ , وَأَمَّا بِخِلَافِ الْعُقُولِ , فَلا

“Apabila perawi siqah dan ma’mun meriwayatkan hadis yang bersambung sanad, maka hadisnya ditolak dengan beberapa perkara. Satunya, ia menyalahi tuntutan akal. (dengan itu) dapat diketahui kebatilannya. Hal ini kerana syarak menolak dengan perkara mustahil pada akal. Adapun menyalahi akal, maka ia tidak (diterima)[12] (182)

 

[39] Menjadi amalan dalam kalangan ulama usul dalam mazhab Maliki bahawa mereka mengkritik hadis-hadis jika kandungan matannya bercanggah dengan tuntutan akal dalam skop tertentu. Mereka lakukan itu dengan pendekatan yang kuat, bahkan selepas berusaha untuk himpun sehingga tidak dapat lagi sebarang ruangan untuk menafikan kemustahilan pada akal.

 

Ibn al-Arabi berkata:

 

إِذا نقل الرَّاوِي حَدِيثا فِيهِ ذكر صفة مستحيلة مُضَافَة إِلَى الْبَارِي سُبْحَانَهُ فَلَا يَخْلُو أَن يكون لَهَا تَأْوِيل لَهُ مجَال فِي الْعقل أَو لَا يكون لَهَا تَأْوِيل قَالَ عُلَمَاؤُنَا فَإِن كَانَ لَهَا تَأْوِيل قبلت وأولت.... وَأما إِن لم يكن لَهَا تَأْوِيل فَهُوَ مَرْدُود

Apabila seorang perawi menukilkan sesuatu hadis yang kandungannya menyebut sifat yang mustahil disandarkan kepada Allah, maka ia tidak lepas dari takwil pada akal, ataupun tidak ada ruangan untuk takwil. Ulama kita berkata: Jika ia ada ruangan untuk ditakwil, maka diterima dan ditakwil…Jika tidak ada ruangan takwil, maka ia ditolak[13].

 

[40] Ulama dalam Mazhab maliki menggunakan akal dalam mengkritik matan dengan prinsip qiyas didahulukan berbanding hadis ahad, sedangkan qiyas itu berdiri atas asas akal.

 

Ibn al-Qassar berkata:

 

ومذهب مالك رحمه الله أن خبر الواحد إذا اجتمع مع القياس ولم يمكن استعمالهما جميعا، قدم القياس

Mazhab Malik bahawa hadis ahad jika berhimpun dengan qiyas tanpa boleh digunakan kedua-duanya, maka didahulukan qiyas[14].

 

[41] Bagi kalangan liberal, mereka menjadikan akal sebagai sandaran pengetahun secara yakin. Justeru, hadis tidak diterima mereka hanya kerana factor sanad. Hal ini kerana, sejak dari awal lagi mereka prejudis kesiqahan perawi hadis dan rantaian sanad yang digunapakai dalam manhaj ilmu hadis.  (183)

 

[42] HASAN HANAFI menggambarkan keperluan mendahulukan akal berbanding wahyu. Kata beliau:

 

لا يعتمد علي صدق الخبر سندا ومتنا, وكلاهما لا يثبتان الا بالحس والعقل طبقا لشروط التواتر, فالخبر وحده ليس حجة ولا يثبت شيئا ...أن العقل اساس النقل

“tidak boleh disandarkan kebenaran hadis pada sanad dan matan. Kedua-duanya tidak sabit kecuali dengan pengamalan dan akal selaras dengan syarat-syarat tawatur. Semata-mata hadis bukan hujah dan tidak sabit sedikit pun…..akal adalah asas bagi wahyu”. (184)

 

[43] hadis-hadis ahad yang melibatkan mukjizat al-Rasul, ia tidak boleh dibandingkan dengan akal. Hal ini kerana, ia sudah diluar dari hal-hal melibatkan adat. (185)

 

[44] PERBEZAAN ANTARA LIBERALIS DAN ULAMA USUL MAZHAB MALIKI DALAM HAL HADIS AHAD DENGAN AKAL

 

(a)                 Usul Mazhab maliki, akal dan wahyu berjalan serentak dan tidak bercanggahan antara satu dan lain. tidak terdapat hadis sahih yang bercanggah dengan akal. Apabila didapati ada percanggahan juga, maka hendaklah menggunakan pendekatan himpun dan tarjih.

 

Al-Syatibi ada berkata:

 

وَإِنْ أَمْكَنَ الْجَمْعُ؛ فَقَدِ اتَّفَقَ النُّظَّارُ عَلَى إِعْمَالِ وَجْهِ الْجَمْعِ، وَإِنْ كَانَ وَجْهًا ضَعِيفًا، فَإِنَّ الْجَمْعَ أَوْلَى عِنْدَهُمْ، وَإِعْمَالَ الْأَدِلَّةِ أَوْلَى مِنْ إِهْمَالِ بَعْضِهَا

Jika boleh himpun, para peneliti sepakat bahawa amalkan atas wajah himpun itu. Jika terdapat wajah lemah, maka himpun itu lebih utama di sisi mereka. Amalkan dalil lebih utama berbanding mengabaikan sebahagian dalil[15].  

 

Berbeza dengan pendekatan liberalis bahawa mereka jadikan akal sebagai asas utama. Pada mereka, asal bagi sesuatu hadis itu ragu dan syak. Justeru, mereka dahulukan keputusan akal ketika bertembung dengan nas.

 

AL-SYATIBI kata:

 

أَنَّ اللَّهَ جَعَلَ لِلْعُقُولِ فِي إِدْرَاكِهَا حَدًّا تَنْتَهِي إِلَيْهِ لَا تَتَعَدَّاهُ، وَلَمْ يَجْعَلْ لَهَا سَبِيلًا إِلَى الْإِدْرَاكِ فِي كُلِّ مَطْلُوبٍ

Allah jadikan bagi akal terbatas dalam memahami sesuatu hal. Allah tidak jadikan jalan untuk memahami setiap perkara yang diminta[16].

 

Al-Kharashi berkata:

 

قَدْ تَقَرَّرَ أَنَّ الْمَعْقُولَ لَا يَرُدُّ الْمَنْقُولَ

“telah ditetapkan bahawa akal tidak boleh menolak wahyu[17]

 

Justeru, akal digunakan untuk seragamkan antara dalil-dalil dan tarjih jika ada berlaku pertembungan. (186)

 

(b)                Golongan liberalis gopoh dalam membuat kesimpulan pertembungan hadis dan akal. Mereka menolak matan hadis dengan anggapan mereka kononnya ia bercanggah dengan akal, tanpa mereka cuba untuk seragamkan dalil akal dan dalil matan hadis.

 

AL-SYATIBI pernah kata: kalangan ahli bid’ah menolak hadis-hadis yang tidak seragam dengan tujuan dan mazhab mereka dengan alasan ia menyalahi akal tanpa mereka laksanakan proses tuntutan dalil. Seperti kalangan yang menolak azab kubur, hadis sayap lalat dan sebagainya. (186)

وَمِنْهَا ضِدُّ هَذَا، وَهُوَ رَدُّهُمْ لِلْأَحَادِيثِ الَّتِي جَرَتْ غَيْرَ مُوَافِقَةٍ لِأَغْرَاضِهِمْ وَمَذَاهِبِهِمْ، وَيَدَّعُونَ أَنَّهَا مُخَالِفَةٌ لِلْمَعْقُولِ، وَغَيْرُ جَارِيَةٍ عَلَى مُقْتَضَى الدَّلِيلِ، فَيَجِبُ رَدُّهَا: كَالْمُنْكِرِينَ لِعَذَابِ الْقَبْرِ، وَالصِّرَاطِ، وَالْمِيزَانِ، وَرُؤْيَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي الْآخِرَةِ، وَكَذَلِكَ حَدِيثُ الذُّبَابِ وَقَتْلِهِ، وَأَنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ دَاءً وَفِي الْآخَرِ دَوَاءً، وَأَنَّهُ يُقَدِّمُ الَّذِي فِيهِ الدَّاءُ، وَحَدِيثُ الَّذِي أَخَذَ أَخَاهُ بَطْنُهُ فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَقْيِهِ الْعَسَلَ. . . . وَمَا أَشْبَهَ ذَلِكَ مِنَ الْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ الْمَنْقُولَةِ نَقْلَ الْعُدُول[18]

 

 

KESIMPULAN

 

[45] Imam al-Syatibi ada berkata:

 

وَمِنْهُ دَعَاوَى أَهْلِ الْبِدَعِ عَلَى الْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ؛ مُنَاقَضَتُهَا لِلْقُرْآنِ، أَوْ مُنَاقِضَةُ بَعْضِهَا بَعْضًا، وَفَسَادُ مَعَانِيهَا، أَوْ مُخَالَفَتُهَا لِلْعُقُولِ

Antara dakwaan ahli bid’ah terhadap hadis-hadis sahih adalah, bercanggah dengan al-Quran, bercanggah setenghnya dengan setengah yang lain, kefasadan maknanya atau menyalahi akal[19].

 

[46] Ulama usul dalam mazhab Maliki tidak gopoh untuk anggap sesuatu hadis ahad bercanggah dengan usul. Sebaliknya, mereka akan menghabiskan segala usaha mereka untuk himpun hadis dan usul yang qatie. (190)

 

[47] Akal yang digunakan oleh Ulama Usul Mazhab maliki adalah akal yang dipimpin al-Quran dan hadis. Akal sebegini adalah sekuat-kuat dalil syariat. (192)

 

 

 

 

 



[1] Al-Qarafi (684H), al-Zakhirah, (Beirut, Dar al-Gharb al-Islami, 1994), jld 1, hlm 120

[2]Al-Syatibi (790H), al-Muwafaqat, (Beirut, Dar Ibn Affan, 1997), Jld 3, hlm 186

[3] Al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 2/ 225

[4] Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Rushd al-Qurtubi (520H), al-Muqaddimat al-Mumahhidat, (Beirut, Dar al-Gharb al-Islami, 1988), jld 1, hlm 494

[5] Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Rushd al-Qurtubi—Ibn Rushd al-Hafid (595H), Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, (Kaherah, Dar al-Hadis, 2004), jld 3, hlm 60

 

[6] Syams al-Din Abu Abdillah Muhammad bin Mujammad bin Abdul Rahman al-Tarabulisi al-Maghribi—Khattab al-Ru’aini al-Maliki (954H), Mawahib al-Jalil Fi Syarh Mukhtasar Khalil, (Beirut, Dar al-Fikr, 1992), jld 1, hlm 175

[7] Al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 3, hlm 186

[8] Abu Zahrah, Malik: hayatuh wa Asruh—arauh wa fiqhuh, (Beirut-Mesir, Dar al-Fikr al-Arabi), hlm 322-323.

[9] Ibid., hlm 323

[10] Al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 2, hlm 400.

[11] Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Lakhmi al-Gharnati—al-Syatibi, al-I’tisam, (Saudi, Dar Ibn Affan, 1992), hlm 840

[12] Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Sabit bin Ahmad bin Mahdi—al-Khatib al-Baghdadi (463H), al-Faqih wa al-Mutafaqqih, (Saudi, Dar Ibn al-Jawzi, 1421H), jld 1, hlm 354

[13] Al-Qadhi Muhammad bin Abdillah Abu Bakar bin al-Arabi al-Mu’arifi al-Asybili al-Maliki (543H), al-Mahsul fi usul al-Fiqh, (Oman, Dar al-Bayariq, 1999), hlm 119

[14] Al-Qadhi Abu al-Hasan Ali bin Umar al-Baghdadi—Ibn al-Qassar al-Malikiy (397H), Muqaddimah Fi Usul al-Fiqh, (Riyadh, Dar al-Muallimah Li al-Nasyr wa al-Tawzi’, 1999), hlm 265

[15] Al-Syatibi, al-Iktisam, hlm 315.

[16] Al-Syatibi, al-iktisam, hlm 831.

[17] Muhammad bin Abdullah al-Kharashi (1101H), Syarh Mukhtasar Khalid, (Beirut, Dar al-Fikr Li al-Taba’ah), jld 2, hlm 371

[18] Al-syatibi, al-Iktisam, hlm 294

[19] Ibid., hlm 313

No comments:

Post a Comment