Sebelum PAS mengisytiharkan bahawa PAS akan bertanding di
Parlimen Kangar. Aku mendapat gambar kempen Dr Juandajaya sebagai calon PKR di
Kangar. Aku angkatkan gambar itu di FB aku. Didapati ramai sangat yang ‘like’
dan ‘share’ gambar tersebut.
Nampak gayanya, dari sudut sokongan, agak ramai yang
menyokong Dr Juandajaya sebagai calon PKR. Ada yang memberi komen dengan
menyatakan kehadiran Dr Juandajaya dalam politik boleh memberikan satu harapan
baru dalam tafsiran agama yang lebih progresif. Tidak terikat dengan pemikiran
jumud dan konservatif sepertimana pandangan-pandangan agama dari sebilangan
agamawan di Malaysia.
Namun, suasana menjadi berubah di luar jangka. Iaitu, disuatu
pagi ketika aku sedang tidur yang tidur selepas subuh adalah “mata pelajaran”
yang amat jarang aku tinggalkan. Sejak zaman belajar sehingga kini, ia masih
kekal diamalkan. Pada waktu malam pula, amat sukar untuk aku melelapkan mata
kecuali jika siangnya terlalu penat dan banyak urusan kerja yang dilakukan.
Satu hari, sedang aku tidur, aku mendapat satu sms dari ustaz
Zulqarnain. Aku mengetahui kandungan SMS itu selepas bangun dari tidur. Dilihat
SMS yang terlalu banyak. Ada antaranya bertanyakan jadual kuliah. Yang paling
banyak adalah bertanyakan hukum-hukum fiqh. Antara SMS yang menjadi tarikan aku
adalah SMS dari Ustaz Zul. Beliau bertanyakan status Dr Juandajaya bertanding
di Kangar, kerana pada malamnya pihak PAS telah mengisytiharkan bahawa PAS
bertanding di Parlimen Kangar.
Aku masih “blur” akibat baru bangun tidur. Terus aku capai hp
nokiaku untuk melihat berita di internet. Bila membaca satu berita dari
lamanweb Malaysiakini, aku baru faham maksud Ustaz Zul. Keadaan semakin keliru
dan hambar.
Aku bertanya khabar dari sebilangan pihak-pihak yang hampir
di sana. Makanya aku faham bahawa di pihak PAS telah mengisytiharkan kerusi
kangar sebagai mereka bertanding tanpa diputuskan dalam mesyuarat antara PKR
dan PAS.
Ketika itu, aku mula teringat balik tentang berita-berita
angin yang tersebar, iaitu tuduhan bahawa Dr Juandajaya itu wahabi dan
sebagainya. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena bakal berlaku.
Apabila aku hubungi Dr Juandajaya, kelihatan beliau tetap
dengan pendiriannya yang akan bertanding di Parlimen Kangar atas tiket PKR. Disamping
juga, Aku mendapat maklumat dari sebilangan pihak PKR bahawa rundingan itu
masih lagi berlaku untuk memastikan PKR akan bertanding di kerusi tersebut.
“betapa tidak patutnya PAS buat macam tu kat Juanda…. Dah la
ambil kerusi Kangar, lepas tu bubuh Posmen… macam nak hina Juanda jer” kata
seorang rakan dari perlis.
Aku tidak faham maksudnya. Rakan itu menjawab, “Juanda tu
mufti. Dia tu ada doktor Phd. Mana patut bubuh posmen sebagai ganti. Itukan macam
nak hina dia”
Aku diam dan tidak dapat mengatakan apa-apa. Padaku, posmen bukan alasan yang kukuh, tetapi jika Dr Juandajaya berfikir seperti itu, ia amat berat dan bahaya.
Aku diberitahu juga bahawa kononnya “game” ini dibuat oleh Cikgu Pa. Didakwa
juga bahawa kononnya tindakan Cikgu Pa itu untuk nak bagi “padan muka” kepada Dr
Juandajaya yang tidak mahu terima tawaran PAS bertanding di Kangar atas tiket
PAS. Tidak diketahui status benar atau tidak dakwaan itu. aku harapkan, ia
tidak benar sama sekali.
Aku masih lagi berinteraksi dengan Dr Juadajaya..
Bersambung…
No comments:
Post a Comment