Tuesday, 4 June 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (23)

“Sekarang ni, nak bertanding kat mana? Perlis atau sarawak?” soalanku dalam whatsapp kepada Dr Juandajaya.

“Ana dok rasa, kalau bertanding kat sarawak pun ok gak.. situasi politik sekarang ni tak macam sebelum-sebelum ni” sambungku lagi.

Aku menyatakan perkara ini kerana sering kali aku melihat reaksi Dr Juandajaya yang agak berminat bila berbicara tentang politik di sarawak. Bertanding di perlis, tidak la nampak sangat beliau menyengat untuk bertanding. Namun begitu, faktor nama beliau bakal bertanding di Perlis itu sendiri juga amat kuat kedengaran di kalangan pimpinan PKR.

Ternyata respon baik dari beliau untuk bertanding di Sarawak lebih kelihatan. Tetapi, ia tidak menafikan faktor bahawa beliau akan bertanding di perlis seperti menjadi perbualan di kalangan pimpinan PKR. Perkara ini diyakini, kerana kerusi Parlimen Kangar itu adalah kerusi kepunyaan PKR yang juga dipertandingkan juga pada PRU ke 12 yang lalu.


Pernah aku berbual-bual dengan rakan-rakan lepak, seperti Danial, Aiman dan sebagainya. aku menyatakan dalam bual-bual kami bahawa pada jangkaan aku bahawa mungkin Dr Juandajaya nak balik kampungnya di sarawak menyebabkan dia memberikan respon yang baik untuk bertanding di Sarawak berbanding di Perlis.


Namun begitu, ketika hampir-hampir dengan tarikh pembubaran parlimen, banyak perkara pelik dan yang luar dari jangka berlaku. Antaranya adalah sudah tersebar tuduhan dari pihak PAS tentang khabar-khabar angin yang menuduh bahawa Dr Juandajaya itu wahabi. Apabila aku menyatakan perkara itu kepada Juandajaya, beliau tidak la menyengat sangat untuk komen, tetapi sekadar membalas dengan membuat lawak-lawak yang biasa kami melawak dan bergurau.


“Apa barang wahabi…itu semua poyo dan skema... Yang penting, kita mesti liberal..” aku membalas gurauan beliau dengan nada gurauan sama.

Dr Juandajaya juga ada bercerita bahawa beliau selalu di telefon oleh Setiausaha Agong PAS, Dato’ Mustafa Ali, tetapi beliau tidak pernah angkat panggilan telefon itu. Pada aku, mungkin Dr Juandajaya amat tidak berminat untuk bertanding atas tiket PAS. Lebih-lebih lagi, sudah kelihatan kesediaan beliau untuk bertanding pada tiket PKR.

Lebih mengejutkan…

Bersambung….





No comments:

Post a Comment