Semasa pertemuan pertama antara Dr Juandajaya dengan Isham, kami
telah berjanji bahawa akan diadakan pertemuan kedua. Pertemuan kedua mahu
diadakan setelah di pihak Isham mengadakan sedikit perbincangan dengan
sebilangan rakan-rakan dalam Parti PR. Perbincangan tentang keadaan Mufti
Perlis itu dengan PRU yang tidak lama berkunjung tiba.
Tidak lama kemudian, aku dapat sms dari Isham. Dia menyatakan
bahawa ada seorang pimpinan tertinggi PR mahu berjumpa dengan aku dan Isham. Katanya
ada perkara yang mahu dibualkan. Mengikut janjinya lebih kurang pukul 12 pagi
ke atas. Aku bersetuju.
Apabila mendapat sms itu, banyak perkara yang aku fikirkan. Antara
perkara yang aku fikirkan, kemungkinan besar perkara yang mahu dibincangkan
adalah berkaitan dengan Juandajaya. Lebih-lebih lagi, pertemuan dengan pemimpin
PR tersebut berlaku sehari sebelum pertemuan kali kedua antara Juandajaya dan
Isham berlaku.
Ternyata, pertemuan kali ini tidak ada kaitan langsung dengan
mufti perlis terbabit, tetapi lebih kepada perbincangan tentang projek yang
dilakukan oleh sebilangan pihak untuk mengagalkan usaha merampas putrajaya dari
tangan BN. Perbicangan pada malam itu, tidak lebih sekadar memikirkan kaedah
yang berkesan bagi hadapi perkara tersebut. projek tersebut berjaya diatasi
dengan baik.
Keesokannya, pertemuan antara Juandajaya, Isham dan salah
seorang pimpinan PR telah berlaku. Banyak perkara yang dibincangkan yang
mendatangkan satu solusi yang menarik juga pada malam itu. Antara solusinya
adalah…..
Bersambung….
Jangan tak update wanji..seronok membacanya.
ReplyDelete