Oleh : Wan Ji bin Wan Hussin
Tanpa khilaf lagi bahawa Nabi saw adalah ummi (امي). Dalam Surah al-‘Araf, ayat 157 dan 158, Allah swt berkata, “(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung * Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk”
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ * قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
UMMI TIDAK TAHU MEMBACA?
Kebanyakkan mengatakan bahawa makna ummi adalah tidak boleh membaca. Justeru, difahami bahawa Nabi Muhammad saw adalah seorang yang tidak boleh membaca.
Persoalannya, benarkah maksud Ummi itu adalah tidak tahu membaca?
Jika benar kalimah Ummi diterjemah sebagai orang yang tidak tahu membaca, sudah pasti berlaku banyak kekacauan dalam tafsiran ayat-ayat al-Quran. Ini kerana, Allah swt ada menyatakan dalam surah ali-Imran, ayat 20, “Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu (mau) masuk Islam." Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk”
وَقُلْ لِلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوْا
Dalam ayat ini, Allah swt nyatakan bahawa Nabi Muhammad saw menyampaikan risalah itu bukan sekadar kepada ahli kitab, tetapi terhadap orang ummi yang dimaksudkan sebagai orang-orang musyrik. Sesuatu yang tidak masuk akal, bahawa orang yang tahu membaca tidak disampaikan wahyu juga kepada mereka.
Malahan, dalam ayat lain, Allah swt menyatakan bahawa ahli kitab juga dikira sebagai Ummi, yang ada dari kalangan mereka menulis kitab dengan tangan mereka sendiri, kemudian mendakwa ia datang dari Allah.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 78 dan 79, “Dan diantara mereka ada yang Ummi, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga * Maka kecelakaan yAng besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan”
وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ * فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ
Jika mereka boleh menulis kitab dengan tangan mereka sendiri, tidak masuk akal jika dianggap mereka tidak pandai membaca. Jika benar mereka tidak pandai membaca dan menulis, kenapa mereka disebut sebagai Ummi dalam ayat ini?
MAKNA BACA DALAM QURAN
Dari sudut bahasa arab, ada beberapa kalimah yang merujuk kepada membaca. Membaca dalam maksud sekadar suara yang berbunyi disebut sebagai “tilawah”, sama ada secara melihat pada sesuatu tulisan atau tidak melihat. Dalam masyarakat kita, dikenali sebagai majlis tilawah al-Quran; didatangkan qari yang membaca al-Quran dengan bacaan yang bagus.
Dalam al-Quran, terdapat kalimah tilawah, iaitu firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 113, “Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan", dan orang-orang Nasrani berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan," padahal mereka (sama-sama) membaca (tilawah) Al Kitab. Demikian pula orang-orang yang tidak mengetahui, mengatakan seperti ucapan mereka itu. Maka Allah akan mengadili diantara mereka pada hari Kiamat, tentang apa-apa yang mereka berselisih padanya”
وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَى عَلَى شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَى لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَى شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ كَذَلِكَ قَالَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
Dalam surah al-Haj, ayat 72, Allah swt ada menyatakan, “Dan apabila dibacakan (tilawah) di hadapan mereka ayat-ayat Kami yang terang, niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang kafir itu. Hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan (tilawah) ayat-ayat Kami di hadapan mereka. Katakanlah: "Apakah akan aku kabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, yaitu neraka?" Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. Dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali”
وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَلِكُمُ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Namun, dalam al-Quran, makna membaca juga merujuk kepada kalimah al-Qira’ah, iaitu membaca dengan melihat kepada sesuatu yang tertulis, seperti firman Allah dalam surah al-Qiyamah, ayat 17 dan 18, “Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya dan membacanya * Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu”
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ * فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
Atau lebih jelas, dalam al-Quran, ada mengaitkan membaca secara melihat itu terdapat dalam surah al-Isra’, ayat 71, “suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun”
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا
Dalam ayat ini, Allah swt menyatakan bahawa akhirat kelak manusia yang diberikan kitab di tangan kanan, mereka akan membacanya (Qiraah). Dalam maksud yang hampir sama, tersebut dalam surah al-Haqqah, ayat 19, “Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku (ini)”
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ
Malahan, dalam al-Quran sendiri Allah swt menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw membaca al-Quran dengan menggunakan perkataan Qiraah, iaitu menerusi surah al-Isra’, ayat 45, “Dan apabila kamu membaca (qiraah) Al Quran niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup”
وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ حِجَابًا مَسْتُورًا
MAKNA NABI UMMI?
Al-Imam al-Syafie ada mengarang sebuah kitab yang bernama al-Umm, yang ramai menterjemahnya sebagai induk. Dari sudut al-Quran, didapati kalimah Ummi ini merujuk kepada sesuatu yang induk juga, seperti firman Allah dalam surah ali-Imran, ayat 7, “Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah induk al-Kitab dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat”
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ
Ayat ini menjelaskan bahawa ayat-ayat muhkamat itu adalah “Umm”, iaitu induk kepada al-Kitab, atau sebagai sumber utama. Kalimah “Umm al-Kitab” tidak layak diterjemah sebagai tidak tahu membaca, malahan tidak masuk akal dengan terjemahan itu.
Dalam ayat lain, iaitu dalam surah al-Ra’d, ayat 39, “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab”
يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
Dalam ayat ini, disebut kalimah “umm al-Kitab” yang ramai ulama tafsir maksudnya sebagai Lauh Mahfuz, yang merupakan sumber induk. Menterjemah Umm di sini sebagai tidak tahu membaca adalah tidak tepat.
Dalam surah al-Syura, ayat 7, Allah swt menyatakan, “Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga, dan segolongan masuk Jahannam”
وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ
Ayat ini, Allah swt menyebut bahawa penduduk mekah sebagai Umm al-Qura yang merupakan induk bagi peringatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Kalimah Umm dalam ayat ini, tidak layak diterjemah sebagai tidak tahu membaca.
Justeru, kalimah Ummi ini layak dimaksudkan sebagai sesuatu rujukan induk. Hal ini sepertimana firman Allah dalam surah al-Zukhruf, ayat 22 – 23, “Bahkan mereka berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka." * Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak- bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka”.
بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ * وَكَذَلِكَ مَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُقْتَدُونَ
Dalam ayat ini, Nabi Ibrahim disifatkan sebagai “Ummah”, iaitu induk yang menjadi rujukan utama.
Justeru, Ummi dalam maksud yang sebenar adalah insan secara fitrah yang tidak punyai sebarang pengaruh luaran, seperti faktor kebudayaan, masyarakat dan sebagainya, lalu dijadikan sebagai rujukan induk.
Walaupun Nabi saw pandai membaca, tidak bermakna Nabi saw dipengaruhi perkara luaran, kerana dalam al-Quran, Allah swt ada menyatakan bahawa wahyu yang disampaikan Nabi saw semestinya didahului dengan bacaan dari Jibril kepada Nabi saw terlebih dahulu, sepertimana disebut dalam surah taha, ayat 114, “dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al-qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu”
وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَى إِلَيْكَ وَحْيُهُ
Wallahu ‘Alam.
Alhamdulillah jelas.. terima kasih
ReplyDelete