Oleh
:
Wan Ji bin Wan Hussin
Dalam
kalangan ulama fiqh, terdapat khilaf dan perbedaan pendapat berkenaan aurat
wanita muslim hadapan wanita tidak muslim. Kekhilafan itu adalah seperti
berikut;
Pertama
:
Pandangan
al-Imam al-Mardawi menerusi kitab al-Insaf. Pendapat ini menyatakan bahawa
perempuan bukan Islam tidak salah melihat aurat perempuan muslimah, dan anggap
aurat perempuan muslim dengan perempuan bukan islam sama sepertimana urat
perempuan muslim sesame mereka. (al-Mardawi (885H), al-Insaf Fi Ma’rifah al-Rajih min
al-Khilaf, jld 20, hlmn 48)
وأمَّا الكافِرَةُ مع المُسْلِمَةِ، فالصَّحيحُ
مِنَ المذهبِ أنَّ حُكْمَها حُكْمُ المُسْلِمَةِ مع المُسْلِمَةِ
Kedua
:
Pandangan
al-Imam al-Dasuki menerusi kitab Hasyiah al-Dasuki ‘Ala Syarh al-Kabir. Pendapat
ini menyatakan bahawa aurat perempuan muslim di hadapan perempuan bukan Islam
adalah semua kecuali muka dan tapak tangan sahaja. (al-Dasuki (1230H), Hasyiah
al-Dasuki ‘Ala Syarh al-Kabir, jld 1, hlmn 213)
وَأَمَّا الْحُرَّةُ الْكَافِرَةُ فَعَوْرَةُ
الْحُرَّةِ الْمُسْلِمَةُ مَعَهَا عَلَى الْمُعْتَمَدِ مَا عَدَا الْوَجْهَ
وَالْكَفَّيْنِ
DALIL
Pendapat
kedua menyatakan haram kerena merujuk kepada kalimah “perempuan mereka” dalam
ayat ke 31, surah al-Nur, yang menyatakan perhiasan wanita itu tidak boleh
dipamerkan auratnya kecuali kepada beberapa orang. Antara yang disebut dalam
ayat ini adalah “perempuan-perempuan mereka”.
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ
أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ
أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ
Maksud
dengan “perempuan-perempuan mereka” dalam ayat ini, mereka menyatakan adalah
perempuan yang islam. Justeru, mereka menyatakan perempuan bukan islam tidak
termasuk kebenaran perempuan Islam membuka aurat di hadapan mereka.
Mereka
juga merujuk kepada satu surat Saidina Umar kepada Abi Ubaidah yang kandungan
surat itu menyatakan bahawa telah sampai berita kepada Saidina Umar bahawa
perempuan muslim masuk ke tandas bersama perempuan bukan islam. Lalu, Saidina
menyatakan tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat bahawa melihat auratnya kecuali orang satu agama dengannya. (al-Baihaki,
al-Sunan al-Kubra, hadis no : 13543)
أَمَّا
بَعْدُ، فَإِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ نِسَاءً مِنْ نِسَاءِ الْمُسْلِمِينَ
يَدْخُلْنَ الْحَمَّامَاتِ مَعَ نِسَاءِ أَهْلِ الشِّرْكِ، فَإِنَّهُ مِنْ
قِبَلِكَ عَنْ ذَلِكَ، فَإِنَّهُ لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى عَوْرَتِهَا إِلَّا أَهْلُ مِلَّتِهَا
Pendapat
pertama pula berhujah bahawa Asas bagi aurat adalah keaiban dan syahwat.
Justeru, aurat hendaklah dilihat berasaskan kepada jantina, bukan berdasarkan
anutan agama.
Justeru,
pendapat yang mengatakan haram itu, dinilai sebagai larangan secara sad
al-Zaraie’, iaitu mahu menutup pintu haram sahaja. Iaitu, seperti menjual
anggur itu adalah harus. Tetapi, jika menjual anggur kepada pembuat arak,
makanya haram. Bermaksud, ia haram bersebabkan boleh membawa kepada menjadi
arak. Justeru, menjual anggur yang tidak membawa kepada arak, maka ia adalah
harus.
Maka
begitujuga aurat perempuan Islam hadapan perempuan bukan islam. Hukum asalnya
adalah sama seperti aurat sesama perempuan muslim. Namun, jika boleh membawa
kepada fitnah, makanya haram.
Adapun
hadis mauquf, iaitu berkenaan surat Saidina Umar kepada Abi Ubaidah pula, hadis
itu dianggap lemah. Ini kerana, dalam sanad hadis ini terdapat seorang perawi
bernama Nusai al-Kindi yang menurut Ibn Hajar al-Asqalani bahawa dia majhul
(tidak dikenali). Begitujuga ada perawi bernama Ismail bin ‘Ayyash yang ramai
ulama menilai beliau sebagai lemah seperti al-nasaie dan al-daruqutni, atau seperti Abu Zur’ah al-Razi, al-Jurjani dan al-Fazzari
pernah menyatakan bahawa beliau banyak tercampur hadis antara hijaz dan iraq,
ibn al-Jawzi menyatakan bahawa dia banyak hilang hafalannya sesama tua, al-Baihaqi
menyatakan dia tidak kuat dan banyak lagi komentar negatif dalam kalangan ulama
terhadap ismail bin ‘Ayyash.
KESIMPULAN
Dari
perbahasan ni, dapat disimpulkan seperti berikut;
a. Pendapat yang
mengatakan aurat perempuan muslim dengan perempuan bukan islam sama seperti
aurat perempuan muslim sesama mereka adalah pendapat yang kuat dari sudut
penghujahan, malahan lebih sesuai diamalkan dalam budaya masyarakat yang aman
damai, dan berusaha menolak prejudis non muslim terhadap agama islam.
b. Dilihat
pandangan kedua dalam kerangka sad al-Zaraie. Bermakna, hukum asalnya adalah
harus. Namun, larangan itu berfaktorkan wujud fitnah. Justeru, apabila hilang
fitnah, maka kembali kepada hukum asal, iaitu harus.
Wallahu ‘Alam.
#IslamPenang
No comments:
Post a Comment