PERTAMA : POLITIK
Siasah adalah kalimah arab yang diterjemahkan kepada
bahasa melayu sebagai polisi, dasar dan politik[1].
Dalam kamus dewan, ilmu politik adalah ilmu berkenaan cara pemerintahan
(dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan[2].
Dari sudut akar kata, siasah ia berasal dari kalimah
sa-sa ( ساس ، يسوس ). Kalimah "sa-sa" diterjemah ke dalam bahasa melayu
sebagai mengatur, mengurus dan memerintah[3].
Dalam hadis,
dinyatakan bahawa Nabi saw berkata;
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ
Maksudnya; "Bani Israel itu, yang mengurus mereka
adalah para nabi[4]”
Menurut
al-Qaradawi, siyasah atau politik bermaksud;
القيام علي شيء بما يصلحه
Maksudnya; "Melaksanakan terhadap sesuatu
dengan tindakan yang boleh mendatangkan kemaslahatan[5]"
Di kalangan ulama-ulama terdahulu, politik
didefinisikan dengan mengurus dunia dengan syariat agama.
Imam al-Mawardi menyatakan;
الْإِمَامَةُ : مَوْضُوعَةٌ لِخِلَافَةِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّينِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا
Maksudnya; "Imamah : dihantarkan bagi
mengganti kenabian dalam menjaga agama dan mentadbir dunia[6]"
Dalam definisi lain pula, dinyatakan
bahawa politik adalah;
وهو ما يراه الإمام أو يصدره من الأحكام و القرارات , زجرا عن فساد
واقع , أو وقاية من فساد متوقع , أو علاجا لوضع خاص
Maksudnya; "Perkara yang imam melihat atau
sandaran dari hukum-hukum dan ketetapan-ketetapan sebagai pencegah dari berlaku
kerosakan yang berlaku dan menghindar dari kerosakan yang bakal berlaku atau
mengubati dengan ketetapan tertentu[7]"
Menurut
Allal al-Fasi, kerangka politik itu pada beberapa perkara, iaitu memastikan
tercapai hak, mengakui keadilan dan mengurus tadbir rakyat.
Kata
beliau;
كما إعطاه الحق في اتباع سياسة شرعية ترمي إلي تحقيق الحق و إقرار
العدل و تدبير شؤون الرعية
Maksudnya; "Sepertimana hak memberikan pada
mengikut politik syariat melontar kepada merealisiasikan hak, mengakui keadilan
dan mengurus tadbir rakyat[8]"
Ibn
Farhun pula menyatakan;
وَالسِّيَاسَةُ نَوْعَانِ: سِيَاسَةٌ
ظَالِمَةٌ فَالشَّرْعُ يُحَرِّمُهَا، وَسِيَاسَةٌ عَادِلَةٌ تُخْرِجُ الْحَقَّ
مِنْ الظَّالِمِ وَتَدْفَعُ كَثِيرًا مِنْ الْمَظَالِمِ، وَتَرْدَعُ أَهْلَ
الْفَسَادِ وَيُتَوَصَّلُ بِهَا إلَى الْمَقَاصِدِ الشَّرْعِيَّةِ
Maksudnya; “Politik itu ada dua jenis, iaitu
politik zalim yang syariah haramkan. Satu lagi adalah syariah yang adil, iaitu
politik yang mengeluarkan kebenaran dari orang zalim, menolak banyak dari
kezaliman, mencegah ahli kerosakan dan boleh mencapaikan dengan politik itu
kepada maqasid syariah[9].
Jelas dari perbahasan ini bahawa sifat politik yang
dilihat dari sudut pandang Islam adalah kemaslahatan kepada umat. Ekoran itu tidak hairan, kita dapati ulama
mazhab Hanafi menetapkan bahawa pemerintah itu boleh buang daerah terhadap
penzina, walhal ia bukan hudud, kerana
sifat hudud bagi penzina adalah sebat seratus rotan.
Menurut al-Qaradawi, keputusan fiqh mazhab Hanafi itu
kerana faktor politik yang diserahkan kepada kebijaksanaan pemerintah atau
hakim yang dilaksanakan selaras dengan kemaslahatan.
Kata
al-Qaradawi;
هذا التغريب ليس من الحدود الثابتة اللازمة في كل حال , بل هو
(سياسة) تعزيرية موكولة الى الإمام أو الى القاضي , يتصرف فيه وفق المصلحة , فإذا
وجد المصلحة فعله فيه , وإذا وجد المصلحة في غيره تركه
Maksudnya; "Buang daerah ini bukan hudud yang
mesti dilaksanakan pada semua keadaan, tetapi ia adalah (politik) takzir yang
diserahkan kepada pemerintah atau hakim; ia lakukan selaras dengan maslahah.
Jika terdapat padanya maslahah, maka ia dilakukan; jika didapati maslahah pada
selainnya, maka ia ditinggalkan"[10].
Ia
juga selaras dengan ungkapan ibn al-Qayyim yang menyatakan;
فَإِذَا ظَهَرَتْ أَمَارَاتُ الْعَدْلِ وَأَسْفَرَ وَجْهُهُ بِأَيْ طَرِيقٍ كَانَ، فَثَمَّ شَرْعُ اللَّهِ وَدِينُهُ
Maksudnya; "Apabila muncul tanda-tanda keadilan
dan jelas wajahnya dengan apa jalan sekalipun, maka di sana ada syariah Allah
dan agamaNya[11]”
Juga ibn 'Aqil berkata;
السياسة ما كان فعلا يكون معه الناس
أقرب إلى الصلاح , وأبعد عن الفساد , وان لم يضعه الرسول , ولا نزل به وحي
Maksudnya; "Politik adalah perbuatan yang
beriringan dengan manusia yang lebih hampir kepada kemaslahatan dan menjauhkan
dari kerosakan, walaupun ia tidak pernah
dinyatakan oleh Rasul dan wahyu tidak turun (menyatakannya)[12]"
KEDUA : PEREMPUAN JADI PEMIMPIN
Di era dahulu, semua fatwa-fatwa yang melarang
terhadap non muslim menjadi pemimpin kerana faktor ulama itu berada dalam
kerangka politik yang beroreantasikan kepada bentuk pentadbiran monarki
(Umawiyyah, Abbasiyyah dan Osmaniyya). Sebarang keputusan kerajaan terserah
kepada pemimpin, walaupun dibantah oleh
rakyat secara majoriti.
Keadaan ini berbeza dalam kerangka demokrasi yang
menjadikan seseorang pemimpin negara itu tidak punyai kuasa mutlak, sebaliknya
sebarang keputusannya terikat dengan perkara dasar yang termaktub dalam
perlembagaan yang dipersetujui secara majoriti rakyat. Sesiapa sahaja yang
melanggar kandungan yang termaktub dalam perlembagaan itu dikira sebagai salah,
tidak kira dia seorang rakyat, ataupun seorang pemimpin; sama ada dia seorang muslim atau tidak
beragama Islam.
DALIL KEIZINAN
Dalam kerangka demokrasi, perempuan tidak dilarang menjadi
pemimpin. Lebih-lebih lagi, di sana terdapat dalil-dalil yang mengizinkan itu.
antaranya adalah seperti berikut;
Satu : al-Quran mempamerkan pemerintahan Balqis
Firman Allah;
قَالَتْ يَا أَيُّهَا
الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي أَمْرِي مَا كُنْتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتَّى
تَشْهَدُونِ * قَالُوا نَحْنُ أُولُو قُوَّةٍ وَأُولُو بَأْسٍ شَدِيدٍ وَالْأَمْرُ
إِلَيْكِ فَانْظُرِي مَاذَا تَأْمُرِينَ
Maksudnya : “Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai
ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi
ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi
pendapat dan mempersetujuinya".* “Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang
yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan perkara itu (walau
bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak
perintahkan” (Surah al-Naml, ayat 32-33
Dua : Perempuan tidak lemah akal
Mereka juga menyatakan bahawa perempuan tidak boleh
menjadi hakim kerana terdapat dalam hadis bahawa Nabi saw nyatakan tentang
orang perempuan yang punyai kelemahan akal dan kelemahan agama. Ekoran itu,
Nabi saw nyatakan bahawa kesaksian orang perempuan seumpama setengah dari
kesaksian lelaki.
Sabda Nabi saw;
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَإِنِّي
أُرِيتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ» فَقُلْنَ: وَبِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟
قَالَ: «تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ، وَتَكْفُرْنَ العَشِيرَ، مَا رَأَيْتُ مِنْ
نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الحَازِمِ مِنْ
إِحْدَاكُنَّ»، قُلْنَ: وَمَا نُقْصَانُ دِينِنَا وَعَقْلِنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟
قَالَ: «أَلَيْسَ شَهَادَةُ المَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ»
قُلْنَ: بَلَى، قَالَ: «فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا، أَلَيْسَ إِذَا
حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ» قُلْنَ: بَلَى، قَالَ: «فَذَلِكِ مِنْ
نُقْصَانِ دِينِهَا»
Maksudnya; "Wahai para perempuan, bersedekahlah, kerana sesungguhnya aku
melihat kebanyakan kamu adalah ahli neraka". Pihak perempuan
bertanya, "Dengan sebab apa wahai
Rasulullah? ". Berkata nabi, "Mereka banyak melaknat dan ingkari
keluarga. Aku tidak lihat kalangan yang kurang akal dan agama". Kami
(perempuan) berkata, "apakah
kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?". Jawab Nabi,
"bukankah kesaksian perempuan itu menyamai setengah kesaksian lelaki?".
Mereka menjawab, "benar". Berkata lagi, "itu merupakan kekurangan
agamanya. Bukankah apabila perempuan kedatangan haid, dia tidak boleh solat dan
puasa?". Jawab mereka,
"benar". Berkata Nabi, "itu merupakan kekurangan agamanya[13]".
Dijawab bahawa tiada nas yang saheh dan sareh yang melarang. Hadis
yang dipemarkan ini ternyata saheh, namun ia tidak sareh (jelas dan terus
terang). Lalu apabila tiada nas yang saheh dan sareh melarang perempuan menjadi
hakim, maka ia seharusnya kepada hukum asal, iaitu dibenarkan dalam kerangka
demokrasi bahawa perempuan menjadi pemimpin.
Adapun dakwaan bahawa perempuan tidak boleh menjadi hakim kerana
kelemahan akal dengan merujuk kepada hadis ini, dijawab oleh al-Qaradawi dengan diberikan hujjah bahawa hadis
ini tidak boleh diletakkan pemahamannya secara mutlak, kerana terdapat ayat
al-Quran yang mempamerkan kejayaan sesuatu kaum yang diperintah oleh perempuan.
Iaitu, kisah yang berkait dengan seorang perempuan di era Nabi Sulaiman yang
menguasai sebuah kerajaan di zaman itu.
Firman
Allah;
إِنَّهُ مِنْ سُلَيْمَانَ
وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ * أَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ
وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ * قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي أَمْرِي
مَا كُنْتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتَّى تَشْهَدُونِ * قَالُوا نَحْنُ أُولُو قُوَّةٍ
وَأُولُو بَأْسٍ شَدِيدٍ وَالْأَمْرُ إِلَيْكِ فَانْظُرِي مَاذَا تَأْمُرِينَ *
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا
أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً وَكَذَلِكَ يَفْعَلُونَ * وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ
إِلَيْهِمْ بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ * فَلَمَّا
جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ
مِمَّا آتَاكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ * ارْجِعْ إِلَيْهِمْ
فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ لَا قِبَلَ لَهُمْ بِهَا وَلَنُخْرِجَنَّهُمْ
مِنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ
Maksudnya; "Sesungguhnya surat itu dari Nabi
Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut); * " `Bahawa janganlah kamu
meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri
(beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). ' * “Raja perempuan itu berkata
lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai
perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara
sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya".* “Mereka
menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh
peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu
fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan”
* “Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila
masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya
yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.” * "Dan
bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu,
apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita" * “Maka
apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah
Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku
pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih
baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang
kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan
yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah)”
* "Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka
demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang
mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari
negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan." (Surah
al-Naml, ayat 30-37)
Bagi menjawab hujah yang mengatakan perempuan
kekurangan akal juga, al-Qaradawi menyatakan bahawa kisah raja perempuan
menerusi surah al-Naml, ayat 30 sampai 37 menunjukkan bahawa tidak semua
perempuan itu kekuarangan akal. Jika kekurangan akal, bagaimana dia boleh
mentadbir dengan baik.
Malahan dalam hadis, terdapat kisah Ummu Salamah dalam
sejarah Sulh al-Hudaibiyyah yang memberikan pandangan bernas kepada Nabi
Muhammad saw untuk selesaikan kekusutan Baginda saw.
Tiga : perempuan boleh membawa kejayaan
Di pihak yang melarang orang perempuan menjadi pemimpin berhujah
dengan merujuk kepada firman Allah;
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ
Maksudnya; “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan
orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan”
(Surah al-Nisa’ (4), ayat 34)
Dalam firman Allah ini, dipamerkan bahawa orang perempuan tidak
boleh dilantik menjadi hakim kerana dinyatakan bahawa lelaki sebagai pemimpin
dan pengawal terhadap orang perempuan. Lebih-lebih lagi dengan sifat perempuan
yang lebih banyak mengikut emosi berbanding rasional dalam sebarang tindakan
dan keputusan mereka.
Menurut al-Imam
al-Qurtubi;
وَقِيلَ: لِلرِّجَالِ زِيَادَةُ
قُوَّةٍ فِي النَّفْسِ وَالطَّبْعِ مَا لَيْسَ لِلنِّسَاءِ، لِأَنَّ طَبْعَ
الرِّجَالِ غَلَبَ عَلَيْهِ الْحَرَارَةُ وَالْيُبُوسَةُ، فَيَكُونُ فِيهِ قُوَّةٌ
وَشِدَّةٌ، وَطَبْعَ النِّسَاءِ غَلَبَ عَلَيْهِ الرُّطُوبَةُ وَالْبُرُودَةُ،
فَيَكُونُ فِيهِ مَعْنَى اللِّينِ وَالضَّعْفِ، فَجَعَلَ لَهُمْ حَقَّ الْقِيَامِ
عَلَيْهِنَّ بِذَلِكَ،
Maksudnya;
“Ada yang mengatakan, lelaki itu punyai kelebihan dari sudut kekuatan jiwa
dan tabiat, yang ia tiada pada orang perempuan, kerana tabiat bagi lelaki
adalah panas dan kering, lalu padanya terdapat kekuatan dan kekerasan. Tabiat
perempuan, dikuasai oleh kebasahan dan kesejukan, ia membawa makna kelembutan
dan kelemahan, lalu Allah menjadikan bagi mereka hak berkuasa terhadap
perempuan dengan sebab itu[14]”
Mereka juga berhujah dengan merujuk kepada hadis bahawa Nabi
Muhammad saw ada bersabda;
لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً
Maksudnya;
"Selama-lamanya sesuatu kaum tidak akan berjaya jika urusan mereka
diserahkan kepada perempuan[15]"
Dalam komentar Dr Ali Muhy al-Din al-Qurrah Daghi,
beliau hadis ini dilihat dalam konteks monarki kisra[16].
Jadi, ia tidak selaras jika mahu diadaptasi dalam kerangka demokrasi. Lebih-lebih
lagi, didapati bahawa semestinya sudah berlaku kejayaan dalam pentadbiran
perempuan seperti yang tersebut dalam al-Quran, iaitu pemerintahan balqis.
Hadis ini, walaupun diriwayatkan oleh al-Bukhari,
tetapi ia diragui kesahehannya oleh Dr Sulaiman al-Asyqar. Dalam komentar
al-Asyqar, hadis ini hanya diriwayatkan oleh Abu Bakrah sahaja, sedangkan Abu
Bakrah ada masalah dari sudut menerima periwayatan beliau. Beliau menyatakan
bahawa dalam riwayat Tabari dan Ibn kathir, dinyatakan bahawa Abu Bakrah pernah
melakukan tuduhan (qazaf) zina terhadap Mughirah bin Syu’bah di masa
pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab, lalu Amir al-Mukminin menyuruh Abu
Bakrah mencari saksi, tetapi beliau gagal kemukakan saksi.
Dalam komentar al-Asyqar, bahawa kegagalan Abu Bakrah
mendatangkan saksi mempamerkan keraguan untuk menerima riwayat beliau, kerana
dalam al-Quran dipamerkan bahawa orang yang melakukan qazaf, tidak boleh
diterima penyaksiannya. Lebih-lebih lagi, dalam riwayat mempamerkan bahawa ketika
Umar menyuruh Abu Bakrah bertaubat, beliau tidak mahu bertaubat terhadap
tuduhan beliau[17].
KESIMPULAN
Dalam kerangka demokrasi, melihat fiqh politik tidak
boleh dilihat dalam kerangka monarki. Di era politik monarki, sudah berlaku
kekhilafan untuk melantik pemimpin perempuan, antara dibenarkan atau dilarang.
Sudah pasti, dalam kerangka demokrasi, tidak ada sebab untuk menyatakan
larangan perempuan untuk menjadi pemimpin.
Yang paling penting dalam fiqh politik adalah,
memberikan kemaslahatan kepada rakyat. Kejayaan ini, bukan semestinya boleh
dilaksanakan oleh lelaki, malahan keadaan ini boleh dilaksanakan oleh
perempuan. Lebih-lebih lagi, sudah banyak kes bahawa orang lelaki yang menjadi
pemimpin yang gagal melaksanakan perkara ini. Makanya tidak mustahil bahawa ada
sebilangan perempuan tertentu boleh
melaksanakan perkara ini.
Fatwa keizinan perempuan menjadi pemimpin ini ternyata
terpancul dari pandangan ulama-ulama yang muktabar, seperti Dr Yusuf al-Qaradawi,
Dr Ali Muhy al-Din al-Qurrah Daghi, Dr Sulaiman al-Asyqar dan sebagainya.
[1] Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa, al-Miftah (kamus moden),
al-Azhar Media, tarikh 2007, hlmn 988
[2] Kamus Dewan (edisi ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, tarikh : 2002, hlmn 1049
[3] Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa, al-Miftah (kamus moden),
al-Azhar Media, tarikh 2007, hlmn 926
[4] al-Bukhari, Bab Ma Zukira ‘An Bani Israel, Hadis no :
3455
[5] Dr Yusuf al-Qaradawi, tarikh : 2005 – 1426,
al-Siyasah al-Syariiyyah Fi Dau' Nusus al-Syariah wa Maqasidiha, hlmn 29,
Maktabah Wahbah, Kaherah.
[6] Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Habib
al-Basri al-Baghdadi, al-Mawardi (Meninggal 450 Hijrah), , hlmn 15, Dar al-hadis, Kaherah.
[7] Dr Yusuf al-Qaradawi, tarikh : 2005 - 1426,
al-Siyasah al-Syariiyyah Fi Dau' Nusus al-Syariah wa Maqasidiha, hlmn 32
Maktabah Wahbah, Kaherah.
[8] Allal al-Fasi, tarikh : 2011 - 1432 Maqasid
al-Syariah al-Islamiyyah wa makarimuha, hlmn 165, Dar al-Salam, kaherah.
[9] Ibrahim bin ‘Ali bin Muhammad, Ibn Farhun, Burhan
al-Din al-Ya’mari (meninggal 799 Hijrah), Tabsirah al-Ahkam fi Usul al-Aqdiyyah
Manahij al-Ahkam, Tarikh : 1986 – 1406, jld 2, hlmn 137, Allal al-Fasi, Maqasid
al-Syariah al-Islamiyyah wa makarimuha, Dar al-Salam, kaherah, tarikh : 2011 –
1432, hlmn 166
[10] Dr Yusuf al-Qaradawi,
al-Siyasah al-Syariiyyah Fi Dau' Nusus al-Syariah wa Maqasidiha,
Maktabah Wahbah, Kaherah, 2005 - 1426, hlmn 33
[11] Muhammad bin Abi Bakar bin Ayub bin Sa’ad Shams al-Din
Ibn Qayyim al-Jawziyyah (Meninggal 751 Hijrah), al-Turuq al-Hukmiyyah, Maktabah
Dar al-Bayan, hlmn 13
[12] Ibid, hlmn 12
[14] Abu Abd Allah Muhammad bin
Ahmad bin Abi Bakar bin Farh al-Ansari al-Khazraji Shams al-Din al-Qurtubi
(meninggal 671 hijrah) , tarikh : 1964 – 1384, al-Jami’ li Ahkam al-Quran
(tafsir al-Qurtubi), jld 5, hlmn 169, Dar al-Kutub al-Misriyyah, Kaherah.
[15] al-Bukhari, Bab Kitab al-Nabi
Ila Kisra wa al-Qaisar, hadis no : 4425, Sunan al-Tarmizi, hadis no : 2262, dan
Sunan al-Nasaie, Bab al-Nahy ‘An Isti’mal al-Nisa’ fi al-Hukm, Hadis no : 5388
[16] Al-Mar’ah wa al-Musharakah al-Siyasiyyah wa
al-Dimokratiyyah, Dr Ali Muhy al-Din al-Qurrah Daghi, hlmn 39.
نظرة
في الادلة الشرعية حول مشاركة المرأة في الوظائف الرئاسية والمجالس النيابية
ونحوها
د.محمد
سليمان الاشقر
جريدة الوطن
السبت 29/5/2004
جريدة الوطن
السبت 29/5/2004
ان اهم مستند يستند اليه من يدعون ان الشرع الاسلامي يمنع من مشاركة المرأة في الميادين المتقدمة هو الحديث المشهور الذي اخرجه البخاري خ 4425 و 7099 واخرجه ايضا الامام احمد في مسنده برقم 20438 و 20402 و 20455، كلاهما عن ابي بكرة رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال «لن يفلح قوم اسندوا امرهم الى أمرأة» هذا لفظ البخاري، وعند احمد «لا يفلح قوم تملكهم امرأة» هذا الحديث هو المستند الرئيسي لكل من يتكلم في هذا الامر ولم يرد هذا الحديث من رواية اي صحابي اخر غير ابي بكرة.
وتصحيح البخاري وغيره لهذا الحديث
وغيره من مرويات ابي بكرة رضي الله عنه هو امر غريب لا ينبغي ان يقبل بحال والحجة
في ذلك ما عرف في كتب التاريخ الاسلامي كما عند الطبري وابن كثير وغيرهما ان ابا
بكرة قذف المغيرة بن شعبة بالزنى ووصل الخبر الى امير المؤمنين عمر بن الخطاب فامر
بحضور الرجلين من الكوفة اليه في المدينة فسألهما عن ذلك وطلب عمر رضى الله عنه من
ابي بكرة ان يأتي بشهوده على ما ادعاه فلم تتم الشهادة التي هي كما قال الله تعالى
اربعة شهود قال الله تبارك وتعالى (والذين يرمون المحصنات ثم لم يأتوا باربعة
شهداء فاجلدوهم ثمانين جلدة ولا تقبلوا لهم شهادة ابدا واولئك هم الفاسقون) سورة
النور 40، فحكم على من يقذف امرأة محصنة والرجل المحصن مثلها بثلاثة احكام الاول:
ان يجلد ثمانين جلدة والثاني ان تسقط شهادته فلا تقبل شهادته بعد ذلك على شيء
والثالث انه محكوم عليه بالفسق وتمام الآية (الا الذين تابوا من بعد ذلك واصلحوا
فان الله غفور رحيم).
ولذلك جلد عمر رضي الله عنه ابا بكرة
ثمانين جلدة حد القذف بالزنى ثم قال له: تب اقبل شهادتك، فأبى ان يتوب واسقط عمر
رضى الله عنه بعد ذلك شهادته فكان ابو بكرة بعد ذلك اذا استشهد على شيء يأبى ان
يشهد ويقول ان المؤمنين قد ابطلوا شهادتي.
وقد قال الله تعالى في آية لاحقة
(لولا جاءوا عليه باربعة شهداء فاذا لم يأتوا بالشهداء فأولئك عند الله هم
الكاذبون) النور: 13 اي انهم في حكم الله تعالى كاذبون لا يثبت بقولهم حق هكذا حكم
الله تعالى على من قذف محصنا وهذا منطبق على ابي بكرة فان الآية تدمغه بالفسق
وبالكذب وهذا يقتضي رد ما رواه عن النبي صلى الله عليه وسلم مما انفرد به كهذا
الحديث العجيب «لن يفلح قوم تملكهم امرأة» فينبغي ان يضم هذا الحديث الى الاحاديث
الموضوعة المكذوبة على النبي صلى الله عليه وسلم على انا نقول جدلا لو صح هذا
الحديث افتراضا جدليا لكان حجة فقط في منع ان تتولى المرأة الملك او رئاسة الدولة
ولا يصلح حجة لمنع ان تتولى المرأة القضاء او امارة قرية او مدينة فليس معنى كون
الرجل لا يصلح ان يكون ملكا انه لا يصلح ان يكون قاضيا او امير مدينة او قرية
اويكون رئيس دائرة او وزيرا او رئيس وزراء او نائبا في البرلمان، من احتج بهذا
الحديث على ذلك فهو مخطىء خطأ كبيرا بل انني اعتبره يسيء الفهم جدا، على ان مما
يدل على بطلان هذا الحديث انه يقتضي انه لايمكن ان يفلح قوم تتولى رئاسة دولتهم
امرأة في حال من الاحوال ومعنى هذا انه لو وجدت امرأة على رأس احدى الدول ونجحت
تلك الدولة في امورها الدنيوية فيكون ذلك دالا على ان هذا الحديث كذب مكذوب على
النبي صلى الله عليه وسلم وقد وجد في العصور الحديثة دول كثيرة تولت رئاستها نساء
ونجحت تلك الدول نجاحات باهرة تحت رئاسة النساء نذكر من ذلك رئاسة انديرا غاندي
للهند ورئاسة مارغريت تاتشر لبريطانيا وغيرهما كثير في القديم والحديث وانما قلنا
في الامور الدنيوية لان الحديث ورد على ذلك
.
ففي رواية البخاري قال ابو بكرة: «لما بلغ رسول الله صلى الله عليه وسلم ان اهل فارس قد ملكوا عليهم بنت كسرى» قال «لن يفلح قوم ولوا امرهم امرأة».
ففي رواية البخاري قال ابو بكرة: «لما بلغ رسول الله صلى الله عليه وسلم ان اهل فارس قد ملكوا عليهم بنت كسرى» قال «لن يفلح قوم ولوا امرهم امرأة».
بل اقول ان القرآن العظيم قد نقل قصة
قوم ملكتهم امرأة وروى القرآن العظيم انها نجحت ايما نجاح، وهي ملكة اليمن التي
وردت قصتها في القرآن العظيم وان سليمان جاءه طيره الهدهد فقال (وجئتك من سبأ بنبأ
يقين، اني وجدت امرأة تملكهم واوتيت من كل شيء ولها عرش عظيم) وان سليمان عليه
السلام ارسل اليها كتابا يدعوها الى الاسلام وان تأتي اليه مقرة بذلك.
فاحسنت التدبير كل الاحسان فاستشارت رجال دولتها وبذلك ضمنت ولاءهم وطاعتهم لقراراتها، وارسلت الى سليمان عليه السلام هدية تستجلب بها وده فرفض الهدية واصر على ان يصله منها ومن قومها الطاعة والاذعان فكان عاقبة ذلك ان سارت بنفسها ومن معها الى سليمان عليه السلام في مدينة القدس فذكرت الآيات القصة الى ان قالت (قيل لها ادخلي الصرح فلما رأته حسبته لجة وكشفت عن ساقيها قال انه صرح ممرد من قوارير قالت رب اني ظلمت نفسي واسلمت مع سليمان لله رب عالمين) فآل امرها الى هذه العاقبة الجملية «اقرأ القصة في سوة النمل» 23 - .44
فاحسنت التدبير كل الاحسان فاستشارت رجال دولتها وبذلك ضمنت ولاءهم وطاعتهم لقراراتها، وارسلت الى سليمان عليه السلام هدية تستجلب بها وده فرفض الهدية واصر على ان يصله منها ومن قومها الطاعة والاذعان فكان عاقبة ذلك ان سارت بنفسها ومن معها الى سليمان عليه السلام في مدينة القدس فذكرت الآيات القصة الى ان قالت (قيل لها ادخلي الصرح فلما رأته حسبته لجة وكشفت عن ساقيها قال انه صرح ممرد من قوارير قالت رب اني ظلمت نفسي واسلمت مع سليمان لله رب عالمين) فآل امرها الى هذه العاقبة الجملية «اقرأ القصة في سوة النمل» 23 - .44
فاي ثناء اثناه الله تعالى على هذه
الملكة وعلى النجاح الذي وصلت اليه بحنكتها ودهائها وحسن تقديرها للامور، حيث
استطاعت تجنيب قومها وبلادها من افساد الجيوش الغازية واذلالهم لقومها ولهذا نقل
ابن كثير في تفسيره عن قتاده قال رحمها الله ورضي عنها ما كان اعقلها في اسلامها
وفي شركها يعني حيث اخرجت قومها من عبادة الشمس الى عبادة الله تعالى.
هذا وان في مشاركة المرأة في المجالس النيابية خيرا كثيرا من حيث مشاركتها في الشورى في الامور العامة خاصة وان النساء يلتفتن اكثر من الرجال الى الامور الخاصة بالبيوت والاسر والاطفال وعلى مجلس الامة قبل ا ن يتيح للنساء المشاركة في الترشيح والانتخاب ان يضع الضوابط الشرعية لمنع الانفلات المخالف للشرع قدر الامكان والله تعالى المسؤول ان يوفق العاملين لمصلحة البلاد الى ما فيه خيرها وان يجنبهم المزالق والاضرار
*من خبراء الموسوعة الفقهية سابقا
هذا وان في مشاركة المرأة في المجالس النيابية خيرا كثيرا من حيث مشاركتها في الشورى في الامور العامة خاصة وان النساء يلتفتن اكثر من الرجال الى الامور الخاصة بالبيوت والاسر والاطفال وعلى مجلس الامة قبل ا ن يتيح للنساء المشاركة في الترشيح والانتخاب ان يضع الضوابط الشرعية لمنع الانفلات المخالف للشرع قدر الامكان والله تعالى المسؤول ان يوفق العاملين لمصلحة البلاد الى ما فيه خيرها وان يجنبهم المزالق والاضرار
*من خبراء الموسوعة الفقهية سابقا
No comments:
Post a Comment