Tidak ada
seorang pun dalam kalangan ulama ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menafikan
berlakunya hukuman rejam dalam zaman islam. Namun, kekhilafan yang berlaku,
apakah hukuman yang berlaku itu dalam kerangka hudud atau ta’zir.
Tidak dinafikan, pandangan yang popular menyatakan bahawa
hukuman rejam di bawah hukuman hudud, sepertimana yang dipilih oleh Enakmen
Kanun Jenayah Syariah yang ditawarkan oleh kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS. Namun, tidak boleh dinafikan
bahawa terdapat dalam kalangan ulama sunni menyatakan bahawa hukuman rejam
adalah ta’zir. Hal ini pernah diungkapkan oleh al-Imam Mustafa al-Zarqa dalam
fatawa beliau. Juga pernah ditulis oleh al-Qaradawi dengan menukilkan tentang
kenyataan al-Imam Abu Zuhrah. (Sila lihat tulisan lalu)
Kalangan khawarij, mereka menafikan kewujudan hukuman rejam
dalam Islam, sedangkan dalam kalangan sebilangan ulama sunni, mereka tidak
menolak berlakunya hukuman rejam. Malahan, mereka akui berlaku itu, namun
mereka meletakkan kejadian itu di bawah
hukuman takzir, bukan hudud.
Mengapa kekhilafan ini berlaku?
Secara dasarnya, kekhilafan ini berlaku kerana hukuman rejam
terdapat dalam nas yang bersifat zanni subut (hadis ahad), bukan menerusi nas
yang bersifat qatie subut (seperti al-Quran dan Hadis mutawatir). Merujuk
kepada keadaan ini, menjadikan hukum rejam itu diperdebatkan secara ilmiah.
Perbincangan ilmiah itu, dibahas dalam wacana ini adalah
seperti berikut;
BERCANGGAH DENGAN USUL MAZHAB HANAFI
Dalam mazhab Hanafi, nas dari hadis ahad tidak boleh
mentakhsiskan umum nas yang bersifat mutawatir (seperti al-Quran), walaupun ia
dibolehkan menurut mazhab Syafie. Ekoran itu, dalam mazhab Hanafi, tidak halal
makan binatang yang disembelih oleh orang Islam, jika sembelihan itu tidak
dibacakan nama Allah (bismillah). (Abd
al-Aziz Ahmad bin Muhammad al-Bukhari ‘Ala al-Din, Kasyf al-Asrar ‘An Usul Fakr
al-Islam al-Bazdawi, jld 1, hlmn 295). Ini kerana, merujuk kepada umum al-Quran
yang Allah swt berfirman dalam surah al-An’am, ayat 121 yang bermaksud, “jangan
kamu makan dari apa yang tidak disebut nama Allah padanya”.
وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ
اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ
Pendapat Mazhab Hanafi ini tidak selaras dengan mazhab
al-Syafie yang menyatakan bahawa sembelihan orang Islam adalah halal, walaupun
tidak dibacakan nama Allah (bismillah). Hal ini merujuk kepada hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud daripada al-Salt bahawa Nabi Saw ada bersabda yang
bermaksud, “sembelihan orang islam itu halal, samada disebut nama Allah atau
tidak disebutkan (nama Allah)” (marasil Abi Daud, الْأَضَاحِيُّ مَا جَاءَ فِي
الضَّحَايَا وَالذَّبَائِحِ, hadis no : 378. Semak sama dalam al-Sunan
al-Kubra oleh al-Baihaqi, بَابُ مَنْ تَرَكَ التَّسْمِيَةَ وَهُوَ
مِمَّنْ تَحِلُّ ذَبِيحَتُهُ, hadis no : 18895)
عَنِ الصَّلْتِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: ذَبِيحَةُ الْمُسْلِمِ حَلَالٌ، ذَكَرَ اسْمَ اللَّهِ أَوْ لَمْ
يَذْكُرْ
Dan juga merujuk kepada hadis mauquf, daripada Ibn Abbas yang
menyatakan bahawa sembelihan orang Islam sudah sah, walaupun terlupa dibacakan
nama Allah (Bismillah). (al-Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi, بَابُ مَنْ تَرَكَ التَّسْمِيَةَ
وَهُوَ مِمَّنْ تَحِلُّ ذَبِيحَتُهُ, hadis no : 18891)
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُمَا فِيمَنْ ذَبَحَ وَنَسِيَ التَّسْمِيَةَ قَالَ: " الْمُسْلِمُ فِيهِ
اسْمُ اللهِ وَإِنْ لَمْ يَذْكُرِ التَّسْمِيَةَ
Dari sini, kelihatan bahawa dalam mazhab Syafie, umum
al-Quran boleh ditakhsiskan dengan hadis ahad, sedangkan ia tidak diterima oleh
mazhab Hanafi. (Mohd Abdul ‘Ati Mohd Ali, Mabahis Usuliyyah Fi Taqsimat
al-Alfaz, hlmn 136)
Dengan ini,
didapati rejam adalah hukuman yang dilakukan sehingga mati. Ini menandakan,
bahawa hukuman bunuh ini berasaskan kepada hadis ahad, sedangkan ia bercanggah
dengan umum al-Quran yang menyatakan kewajipan menjaga nyawa, seperti dalam
surah al-‘An’am, ayat 151 dan surah al-Furqan, ayat 68. Lebih-lebih lagi, dalam
maqasid syariah, antara perkara “kulliyat al-Syariah” yang wajib dijaga adalah
penjagaan nyawa, yang sudah pasti perkara kulliyyat al-Syariah ini bersumberkan
kepada nas yang qatie subut dan dilalah.
AYAT MANSUKH
BACAAN?
Hadis-hadis yang
berbicara tentang hukuman rejam, disamping bersifat ahad, ia punyai masalah
dari sudut riwayah dan dirayah. Antaranya adalah seperti hadis Saidina Umar
yang menyebut bahawa wujud satu ayat al-Quran yang mansukh dari sudut lafaz,
tetapi wujud pada sudut hukumnya.
hadis tersebut,
punyai beberapa masalah. Antaranya, ia tidak punyai satu lafaz sahaja,
sebaliknya didapati dalam tiga lafaz. Iaitu;
إذا زنيا الشيخ والشيخة فارجموهما البتة نكالاً من الله والله عزيز حكيم
الشيخ والشيخة فارجموهما البتة بـما قضيا من اللذة
إن الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما البتة
Pada matan hadis-hadis
ini, terdapat beberapa masalah. Antaranya adalah, amat ajaib jika lafaz ini
dianggap sebagai ayat al-Quran (walaupun dimansukhkan), sedangkan lafaz hadis
ini tidak sama antara satu riwayat dengan riwayat yang lain. Lebih-lebih lagi,
hadis ada riwayat menyatakan bahawa Saidina Umar sememangnya mahu meletakkan
ayat tersebut dalam mashaf al-Quran semasa himpunan al-Quran, tetapi ia tidak
dibenarkan ekoran ia hanya diriwayatkan oleh Saidina Umar seorang diri sahaja.
(Abd al-Rahman bin Abi Bakar, Jalal al-Din al-Sayuti, al-Itqan fi Ulum
al-Quran, jld 1, hlmn 206)
عَنِ اللَّيْثِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ:
أَوَّلُ مَنْ جَمَعَ الْقُرْآنَ أَبُو بَكْرٍ وَكَتَبَهُ زَيْدٌ وَكَانَ النَّاسُ
يَأْتُونَ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ فَكَانَ لَا يَكْتُبُ آيَةً إِلَّا بِشَاهِدَيْ
عَدْلٍ وَإِنَّ آخِرَ سُورَةِ بَرَاءَةٍ لَمْ تُوجَدْ إلا مع خُزَيْمَةَ بْنِ
ثَابِتٍ فَقَالَ: اكْتُبُوهَا فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ جَعَلَ شَهَادَتَهُ بِشَهَادَةِ رَجُلَيْنِ فَكَتَبَ. وَإِنَّ عُمَرَ
أَتَى بِآيَةِ الرَّجْمِ فَلَمْ يَكْتُبْهَا لْأَنَّهُ كَانَ وَحْدَهُ
Lebih meragukan
lagi bahawa Saidina Umar bukan tidak mahu menulisnya dalam al-Quran. Namun,
disebabkan bimbang manusia menuduh saidina Umar menambah ayat dalam al-Quran,
menjadikan beliau tidak menulisnya dalam al-Quran. (Abu Daud, بَابٌ فِي الرَّجْمِ, hadis no : 4418)
وَايْمُ اللَّهِ، لَوْلَا أَنْ يَقُولَ
النَّاسُ: زَادَ عُمَرُ فِي كِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، لَكَتَبْتُهَا
Ajaibnya, jika ia
benar-benar ayat al-Quran, sudah pasti saidina Umar tetap berkeras untuk
meletakkannya dalam mashaf, walaupun ia bakal dimarahi oleh orang ramai. Ini
kerana, soal kebenaran tidak boleh ditoleransikan, walaupun ia bakal dimarahi
oleh ramai.
Turut meragukan
juga, apabila susunan ayat yang didakwa ayat al-Quran ini tidak menggunakan
uslub al-Quran. Iaitu, dimulakan dengan al-Syaik (lelaki) berbanding
al-Syaikhah (perempuan), sedangkan dalam uslub al-Quran tentang ayat zina,
dimulakan dengan al-Zaniah (perempuan) berbanding al-Zani (lelaki). (Lihat
surah al-Nur, ayat 2)
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا
كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ
Dari sudut sanad
pula, hadis ini terdapat beberapa pertikaian. Antaranya, hadis ini diriwayatkan
oleh beberapa imam hadis, antaranya riwayat dari Ibn Majah yang bermuarakan
dari seorang perawi bernama Sufyan bin Uyaynah. (Ibn Majah, بَابُ الرَّجْمِ, hadis no :
2553)
حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ،
عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ: لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ يَطُولَ
بِالنَّاسِ زَمَانٌ حَتَّى يَقُولَ قَائِلٌ: مَا أَجِدُ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ
اللَّهِ، فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ، أَلَا وَإِنَّ
الرَّجْمَ حَقٌّ، إِذَا أُحْصِنَ الرَّجُلُ وَقَامَتِ الْبَيِّنَةُ، أَوْ كَانَ
حَمْلٌ أَوِ اعْتِرَافٌ، وَقَدْ قَرَأْتُهَا الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ إِذَا
زَنَيَا فَارْجُمُوهُمَا الْبَتَّةَ «رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ»
Lebih-lebih lagi,
al-Nasaie menyatakan bahawa hadis ini beliau tidak menjumpainya kecuali dari
sufyan sahaja dan sewajarnya dianggap hadis ini sebagai waham. (al-Nasaie,
al-Sunan al-Kubra, تَثْبِيتُ الرَّجْمِ, hadis no :
7118)
قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ
الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ،
قَالَ: سَمِعْتُ عُمَرَ يَقُولُ: قَدْ خَشِيتُ أَنْ يَطُولَ، بِالنَّاسِ زَمَانٌ
حَتَّى يَقُولَ قَائِلٌ: مَا نَجِدُ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللهِ فَيَضِلُّوا
بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللهُ، أَلَا وَإِنَّ الرَّجْمَ حَقٌّ عَلَى مَنْ
زَنَا إِذَا أُحْصِنَ، وَكَانَتِ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوِ
الِاعْتِرَافُ وَقَدْ قَرَأْنَاهَا الشَّيْخُ، وَالشَّيْخَةُ إِذَا زَنَيَا
فَارْجُمُوهُمَا أَلْبَتَّةَ، وَقَدْ رَجَمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ " قَالَ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ: لَا
أَعْلَمُ أَنَّ أَحَدًا ذَكَرَ فِي هَذَا الْحَدِيثِ الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ
فَارْجُمُوهُمَا أَلْبَتَّةَ غَيْرَ سُفْيَانَ، وَيَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ وَهِمَ
وَاللهُ أَعْلَمُ
Dari turuq hadis
ini, didapati bahawa hadis ini tidak mahfuz dari Saidina Umar. Makanya, ia
wajar diragui.
Dalam riwayat al-Nasaie
dalam al-Sunan al-Kubra pula, didatangkan satu perawi bernama Marwan bin Osman.
(hadis no : 7108)
أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو
بْنِ السَّرْحِ فِي حَدِيثِهِ عَنِ ابْنِ وَهْبٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي اللَّيْثُ
بْنُ سَعْدٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلَالٍ، عَنْ مَرْوَانَ بْنِ عُثْمَانَ،
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلٍ، أَنَّ خَالَتَهُ أَخْبَرَتْهُ قَالَتْ: لَقَدْ
أَقَرَأَنَاهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آيَةَ الرَّجْمِ:
«الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ فَارْجُمُوهُمَا أَلْبَتَّةَ بِمَا قَضَيَا مِنَ
اللَّذَّةِ»
Dalam Mizan
al-I’tidal Fi Naqd al-Rijal, al-Zahabi menyatakan bahawa Abu Hatim mendoifkan
Marwan bin Osman. (al-Zahabi, Mizan al-I’tidal Fi Naqd al-Rijal, jld 4, hlmn
92)
مروان بن عثمان [س] بن أبي سعيد بن المعلى الزرقى. عن عبيد بن حنين، عن أبي أمامة بن سهل. ضعفه أبو
حاتم. وقال أبو بكر محمد بن أحمد الحداد الفقيه: سمعت النسائي يقول: ومن مروان بن
عثمان حتى يصدق على الله؟ قاله في حديث أم الطفيل
Dalam riwayat
Imam Malik dalam muwatta’ pula, ditonjolkan bahawa Said bin Musayyib menerima
hadis dari Saidina Umar. (Muwatta’, بَابُ مَا جَاءَ فِي الرَّجْمِ, hadis no : 10
حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ
الْمُسَيِّبِ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ: لَمَّا صَدَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ،
مِنْ مِنًى أَنَاخَ بِالْأَبْطَحِ ثُمَّ كَوَّمَ كَوْمَةً بَطْحَاءَ ثُمَّ طَرَحَ
عَلَيْهَا رِدَاءَهُ. وَاسْتَلْقَى. ثُمَّ مَدَّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ
فَقَالَ: «اللَّهُمَّ كَبِرَتْ سِنِّي، وَضَعُفَتْ قُوَّتِي، وَانْتَشَرَتْ
رَعِيَّتِي، فَاقْبِضْنِي إِلَيْكَ غَيْرَ مُضَيِّعٍ، وَلَا مُفَرِّطٍ» ثُمَّ
قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَخَطَبَ النَّاسَ. فَقَالَ: «أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ سُنَّتْ
لَكُمُ السُّنَنُ. وَفُرِضَتْ لَكُمُ الْفَرَائِضُ. وَتُرِكْتُمْ عَلَى
الْوَاضِحَةِ. إِلَّا أَنْ تَضِلُّوا بِالنَّاسِ يَمِينًا وَشِمَالًا». وَضَرَبَ
بِإِحْدَى يَدَيْهِ عَلَى الْأُخْرَى ". ثُمَّ قَالَ: «إِيَّاكُمْ أَنْ
تَهْلِكُوا عَنْ آيَةِ الرَّجْمِ». أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ لَا نَجِدُ حَدَّيْنِ فِي
كِتَابِ اللَّهِ. فَقَدْ رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَرَجَمْنَا. وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَوْلَا أَنْ يَقُولَ النَّاسُ: زَادَ
عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فِي كِتَابِ اللَّهِ تَعَالَى لَكَتَبْتُهَا - الشَّيْخُ
وَالشَّيْخَةُ فَارْجُمُوهُمَا أَلْبَتَّةَ - فَإِنَّا قَدْ قَرَأْنَاهَا . قَالَ
مَالِكٌ: قَالَ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ:، قَالَ سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ: «فَمَا
انْسَلَخَ ذُو الْحِجَّةِ حَتَّى قُتِلَ عُمَرُ رَحِمَهُ اللَّهُ» قَالَ يَحْيَى:
سَمِعْتُ مَالِكًا يَقُولُ: قَوْلُهُ الشَّيْخُ وَالشَّيْخَةُ يَعْنِي:
«الثَّيِّبَ وَالثَّيِّبَةَ فَارْجُمُوهُمَا أَلْبَتَّةَ»
Berkenaan
dengan Said bin Musayyib mendengar hadis dari Umar itu, berlaku pertikaian
dalam kalangan ulama hadis. Al-Baihaqi menyatakan bahawa walaupun Imam hadis
sepakat menyatakan pertemuan antara Said bin al-Musayyib, tetapi mereka
berselisih pendapat tentang benarkah Said pernah mendengar hadis dari Saidina
Umar. (al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, hadis no : 3068)
وَلَا أَعْلَمُ خِلَافًا بَيْنَ أَئِمَّتِنَا
أَنَّ سَعِيدَ بْنَ الْمُسَيِّبِ أَدْرَكَ أَيَّامَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ،
وَإِنَّمَا اخْتَلَفُوا فِي سَمَاعِهِ مِنْهُ
Dari segala
perbincangan ini, didapati hadis tentang ayat rejam ini, kononnya adalah ayat
al-Quran yang mansukh dari sudut bacaan merupakan dakwaan yang wajar diragui
dan wajar dilakukan perbahasan yang lebih mendalam. Lebih-lebih lagi, jika ia
mahu dijadikan sumber hukum untuk dikenakan hukuman bunuh, sedangkan hukuman
bunuh merupakan satu hukuman yang amat berat.
HADIS ASIF
Dalam
riwayat al-Bukhari dan Muslim, didatangkan kisah seorang lelaki bernama al-Syaibani bertanya kepada Abdullah bin Abi
Awfa tentang pernahkah Rasulullah SAW merejam. Dia menjawab bahawa Nabi SAW
pernah merejam. Lalu al-Syaibani bertanya lagi, apakah sebelum atau selepas
turunnya surah al-Nur yang menceritakan hukuman zina adalah sebat seratus
rotan. Lalu, Abdullah itu menjawab bahawa dia tidak tahu. (al-Bukhari, hadis no
: 6335, muslim, hadis no : 3214)
عَنِ الشَّيْبَانِيِّ: سَأَلْتُ عَبْدَ
اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى: " هَلْ رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: نَعَمْ، قُلْتُ: قَبْلَ سُورَةِ النُّورِ أَمْ بَعْدُ؟
قَالَ: لاَ أَدْرِي "
Dari hadis
ini, dijadikan dalil bahawa kemungkinan besar kejadian rejam itu berlaku
sebelum turunya ayat sebatan kepada penzina dari Surah al-Nur. Makanya, ayat
ini sebagai pemansukh terhadap hukuman rejam yang merupakan syariat yahudi.
Dijawab
bahawa dari ayat pertama sehingga ayat sepuluh, ia diturunkan berkaitan dengan
kisah al-Ifk yang melibatkan pembersihan maruah isteri baginda saw bernama
Aisyah. (Ibn Kathir, tafsir al-Quran al-‘Azim, jld 6, hlmn 19)
هَذِهِ الْعَشْرُ الْآيَاتِ كُلُّهَا نَزَلَتْ
فِي شَأْنِ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، حِينَ
رَمَاهَا أَهْلُ الْإِفْكِ وَالْبُهْتَانِ مِنَ الْمُنَافِقِينَ بِمَا قَالُوهُ
مِنَ الْكَذِبِ الْبَحْتِ وَالْفِرْيَةِ الَّتِي غَارَ اللَّهُ تَعَالَى لَهَا
وَلِنَبِيِّهِ، صَلَوَاتُ اللَّهِ وَسَلَامُهُ عَلَيْهِ، فَأَنْزَلَ [اللَّهُ
عَزَّ وَجَلَّ] بَرَاءَتَهَا صِيَانَةً لِعِرْضِ الرَّسُولِ، عَلَيْهِ أَفْضَلُ
الصَّلَاةِ وَالسَّلَامِ
Dalam
komentar Ibn Rajab Hanbali, beliau menyatakan bahawa kejadian al-Ifk ini
berlaku dalam tahun 6 hijrah. Dalam riwayat lain, menyatakan berlaku pada tahun
ke 5 hijrah. (Ibn Rajab Hanbali, Fath al-Bari Syarh al-Bukhari, jld 2, hlmn
198)
وهذا السفر الذي سقط فيه قلادة عائشة
أو عقدها كان لغزوة المريسيع إلى بني المصطلق من خزاعة سنة ست، وقيل: سنة خمس، وهو
الذي ذكره أبن سعد عن جماعة من العلماء، قالوا: وفي هذه الغزوة كان حديث الإفك
Seorang
sahabat bernama Abu Hurairah telah memeluk islam pada tahun ke 7 hijrah, iaitu
dalam sejarah khaibar. (al-Nawawi, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, jld 5, hlmn 71)
وَإِنَّمَا أَسْلَمَ أَبُو هُرَيْرَةَ
عَامَ خَيْبَرَ سَنَةَ سَبْعٍ مِنَ الْهِجْرَةِ بِلَا خِلَافٍ
Melihat
keadaan ini, didapati bahawa kejadian rejam berlaku juga selepas turunnya ayat
sebatan kepada penzina dari surah al-Nur. Ini kerana, terdapat satu hadis yang
memberikan gambaran kononnya Abu Hurairah pernah hadir dalam satu kejadian
rejam terhadap penzina perempuan yang berkahwin dengan seorang budak lelaki.
(al-Bukhari, بَابٌ: كَيْفَ كَانَتْ يَمِينُ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, hadis no : 6633)
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ: حَدَّثَنِي
مَالِكٌ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَزَيْدِ بْنِ خَالِدٍ،
أَنَّهُمَا أَخْبَرَاهُ: أَنَّ رَجُلَيْنِ اخْتَصَمَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ أَحَدُهُمَا: اقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ
اللَّهِ، وَقَالَ الآخَرُ، وَهُوَ أَفْقَهُهُمَا: أَجَلْ يَا رَسُولَ اللَّهِ،
فَاقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللَّهِ وَأْذَنْ لِي أَنْ أَتَكَلَّمَ، قَالَ:
«تَكَلَّمْ» قَالَ: إِنَّ ابْنِي كَانَ عَسِيفًا عَلَى هَذَا - قَالَ مَالِكٌ:
وَالعَسِيفُ الأَجِيرُ - زَنَى بِامْرَأَتِهِ، فَأَخْبَرُونِي أَنَّ عَلَى ابْنِي
الرَّجْمَ، فَافْتَدَيْتُ مِنْهُ بِمِائَةِ شَاةٍ وَجَارِيَةٍ لِي، ثُمَّ إِنِّي
سَأَلْتُ أَهْلَ العِلْمِ، فَأَخْبَرُونِي أَنَّ مَا عَلَى ابْنِي جَلْدُ مِائَةٍ
وَتَغْرِيبُ عَامٍ، وَإِنَّمَا الرَّجْمُ عَلَى امْرَأَتِهِ، فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَمَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ
لَأَقْضِيَنَّ بَيْنَكُمَا بِكِتَابِ اللَّهِ، أَمَّا غَنَمُكَ وَجَارِيَتُكَ
فَرَدٌّ عَلَيْكَ» وَجَلَدَ ابْنَهُ مِائَةً وَغَرَّبَهُ عَامًا، وَأُمِرَ
أُنَيْسٌ الأَسْلَمِيُّ أَنْ يَأْتِيَ امْرَأَةَ الآخَرِ، فَإِنِ اعْتَرَفَتْ
رَجَمَهَا، فَاعْتَرَفَتْ فَرَجَمَهَا
Walaubagaimana
pun, apabila diperhatikan pada hadis ini,
ada beberapa keraguan yang boleh dinukilkan. Antaranya adalah, semua riwayat
hadis ini bermuarakan kepada seorang perawi, iaitu Ubaidbiyyah bin Abd Allah
bin ‘Utbah bin Mas’ud. Menandakan hadis ini adalah hadis yang gharib. Tidak
semua ulama menerima hadis gharib sebagai hujjah, malahan terdapat sebilangan
ulama menolak penghujahan menerusi hadis yang gharib. Al-Imam Abu Daud
menyatakan bahawa hadis gharib tidak boleh dibuat hujah, walaupun perawinya
adalah Imam Malik, Yahya bin Sa’id dan sebilangan imam-imam dalam bidang
keilmuan. (Risalah Abi Daud Li Ahl Makkah, hlmn 29)
لا يحتج بحديث غريب ، ولو كان من رواية مالك ،
ويحيى بن سعيد، والثقات ، من أئمة العلم
Lebih-lebih
lagi, hadis ini diriwayatkan dalam keadaan sanad itu tidak konsisten. Ada kala,
Ubaidillah mengambil dari Abu Hurairah sahaja tanpa menyebut nama sahabat nabi
yang lain; dalam riwayat lain pula diambil dari Abu Hurairah bersama dengan
Zaid bin Khalid al-Juhani. Malahan, dalam riwayat yang lain pula, disertakan
pula seorang lagi bernama Syibl, sepertimana dalam riwayat Ahmad. (mushnad
Ahmad, بَقِيَّةُ حَدِيثِ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ
الْجُهَنِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
, hadis no : 17042)
حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ،
قَالَ: أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا
هُرَيْرَةَ، وَزَيْدَ بْنَ خَالِدٍ الْجُهَنِيَّ، وَشَبْلًا - قَالَ سُفْيَانُ:
قَالَ بَعْضُ النَّاسِ: ابْنَ مَعْبَدٍ، وَالَّذِي حَفِظْتُ شِبْلًا -، قَالُوا:
كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَامَ رَجُلٌ
فَقَالَ: أَنْشُدُكَ اللَّهَ إِلَّا قَضَيْتَ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللَّهِ،
فَقَامَ خَصْمُهُ وَكَانَ أَفْقَهَ مِنْهُ، فَقَالَ: صَدَقَ، اقْضِ بَيْنَنَا
بِكِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَأْذَنْ لِي فَأَتَكَلَّمَ، قَالَ: «قُلْ» .
قَالَ: إِنَّ ابْنِي كَانَ عَسِيفًا، عَلَى هَذَا، وَإِنَّهُ زَنَى بِامْرَأَتِهِ،
فَافْتَدَيْتُ مِنْهُ بِمِائَةِ شَاةٍ وَخَادِمٍ، ثُمَّ سَأَلْتُ رِجَالًا مِنْ
أَهْلِ الْعِلْمِ، فَأَخْبَرُونِي أَنَّ عَلَى ابْنِي جَلْدَ مِائَةٍ وَتَغْرِيبَ
عَامٍ، وَعَلَى امْرَأَةِ هَذَا الرَّجْمَ، فَقَالَ [ص:275] رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَأَقْضِيَنَّ
بَيْنَكُمَا بِكِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، الْمِائَةُ شَاةٍ وَالْخَادِمُ
رَدٌّ عَلَيْكَ، وَعَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ، وَتَغْرِيبُ عَامٍ، وَاغْدُ يَا
أُنَيْسُ - رَجُلٌ مِنْ أَسْلَمَ - عَلَى امْرَأَةِ هَذَا، فَإِنْ اعْتَرَفَتْ
فَارْجُمْهَا» فَغَدَا عَلَيْهَا، فَاعْتَرَفَتْ، فَرَجَمَهَا
Melihat
kepada perbahasan ini, jelas bahawa hadis ini membuktikan Abu Hurairah sebagai
hadir dalam “majlis rejaman” itu adalah tidak boleh mencapai tahap meyakinkan,
malahan kekal dalam kerangka zanni.
Begitujuga, ada
dakwaan mengatakan bahawa kejadian rejam ini berlaku selepas turunnya surah
al-Nur dengan merujuk kepada hadis kejadian rejam dilakukan oleh Khalid bin
al-Walid, sedangkan Khalid bin al-Walid memeluk islam pada tahun ke 8, iaitu selepas
turunnya ayat sebatan seratus rotan yang berlaku pada tahun 5 atau 6 hijrah. (al-Zahabi,
Siyar al-‘Alam wa al-Nubala’, jld 1, hlmn 366)
هاجر مسلما في صفر سنة ثمان ، ثم سار
غازيا ، فشهد غزوة مؤتة
Hadis yang
menunjukkan kejadian rejam itu melibatkan Khalid bin al-Walid adalah hadis
berkenaan dengan perempuan Ghamiziyyah yang minta dia dibersihkan dirinya dari
dosa zina dengan dikenakan hukuman rejam. (Muslim, بَابُ
مَنِ اعْتَرَفَ عَلَى نَفْسِهِ بِالزِّنَى, hadis no : 1695)
وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي
شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نُمَيْرٍ، ح وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ
عَبْدِ اللهِ بْنِ نُمَيْرٍ، وَتَقَارَبَا فِي لَفْظِ الْحَدِيثِ، حَدَّثَنَا
أَبِي، حَدَّثَنَا بَشِيرُ بْنُ الْمُهَاجِرِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ
بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ مَاعِزَ بْنَ مَالِكٍ الْأَسْلَمِيَّ، أَتَى
رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ،
إِنِّي قَدْ ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَزَنَيْتُ، وَإِنِّي أُرِيدُ أَنْ تُطَهِّرَنِي،
فَرَدَّهُ، فَلَمَّا كَانَ مِنَ الْغَدِ أَتَاهُ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ،
إِنِّي قَدْ زَنَيْتُ، فَرَدَّهُ الثَّانِيَةَ، فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى قَوْمِهِ، فَقَالَ: «أَتَعْلَمُونَ بِعَقْلِهِ
بَأْسًا، تُنْكِرُونَ مِنْهُ شَيْئًا؟» فَقَالُوا: مَا نَعْلَمُهُ إِلَّا وَفِيَّ
الْعَقْلِ مِنْ صَالِحِينَا فِيمَا نُرَى، فَأَتَاهُ الثَّالِثَةَ، فَأَرْسَلَ
إِلَيْهِمْ أَيْضًا فَسَأَلَ عَنْهُ، فَأَخْبَرُوهُ أَنَّهُ لَا بَأْسَ بِهِ،
وَلَا بِعَقْلِهِ، فَلَمَّا كَانَ الرَّابِعَةَ حَفَرَ لَهُ حُفْرَةً، ثُمَّ
أَمَرَ بِهِ فَرُجِمَ، قَالَ، فَجَاءَتِ الْغَامِدِيَّةُ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ
اللهِ، إِنِّي قَدْ زَنَيْتُ فَطَهِّرْنِي، وَإِنَّهُ رَدَّهَا، فَلَمَّا كَانَ
الْغَدُ، قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، لِمَ تَرُدُّنِي؟ لَعَلَّكَ أَنْ تَرُدَّنِي
كَمَا رَدَدْتَ مَاعِزًا، فَوَاللهِ إِنِّي لَحُبْلَى، قَالَ: «إِمَّا لَا
فَاذْهَبِي حَتَّى تَلِدِي»، فَلَمَّا وَلَدَتْ أَتَتْهُ بِالصَّبِيِّ فِي
خِرْقَةٍ، قَالَتْ: هَذَا قَدْ وَلَدْتُهُ، قَالَ: «اذْهَبِي فَأَرْضِعِيهِ حَتَّى
تَفْطِمِيهِ»، فَلَمَّا فَطَمَتْهُ أَتَتْهُ بِالصَّبِيِّ فِي يَدِهِ كِسْرَةُ
خُبْزٍ، فَقَالَتْ: هَذَا يَا نَبِيَّ اللهِ قَدْ فَطَمْتُهُ، وَقَدْ أَكَلَ
الطَّعَامَ، فَدَفَعَ الصَّبِيَّ إِلَى رَجُلٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ، ثُمَّ أَمَرَ
بِهَا فَحُفِرَ لَهَا إِلَى صَدْرِهَا، وَأَمَرَ النَّاسَ فَرَجَمُوهَا،
فَيُقْبِلُ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ بِحَجَرٍ، فَرَمَى رَأْسَهَا فَتَنَضَّحَ
الدَّمُ عَلَى وَجْهِ خَالِدٍ فَسَبَّهَا، فَسَمِعَ نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبَّهُ إِيَّاهَا، فَقَالَ: «مَهْلًا يَا خَالِدُ،
فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ تَابَتْ تَوْبَةً لَوْ تَابَهَا صَاحِبُ
مَكْسٍ لَغُفِرَ لَهُ»، ثُمَّ أَمَرَ بِهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا، وَدُفِنَتْ
Hadis ini,
ada dalam Muslim, Ahmad dan Abu Daud. Hadis ini terdapat seorang perawi bernama
Basyir bin al-Muhajir. Ulama hadis tidak sepakat menentukan keadaannya. Yahya
bin Ma’in menganggap beliau sebagai siqah. Al-Nasaie menganggap beliau tidak
mengapa. Namun, ada sebilangan ulama hadis tidak menerima riwayat beliau,
seperti Imam Ahmad sehingga menganggap sebagai mungkar hadis, Abu Hatim yang
menyatakan bahawa dia tidak boleh dijadikan hujah dan sebagainya (al-‘Aqili,
al-Du’afa al-Kabir, jld 1, hlmn 143, dan al-Mizzi, Tahzib al-Kamal fi Asma’
al-Rijal, jld 4, hlmn 178)
بَشِيرُ بْنُ الْمُهَاجِرِ الْغَنَوِيُّ كُوفِيٌّ حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى قَالَ: حَدَّثَنَا حَمْدَانُ بْنُ عَلِيٍّ قَالَ: قُلْتُ
لِأَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ: بَشِيرُ بْنُ الْمُهَاجِرِ يَرْوِي عَنِ ابْنِ
بُرَيْدَةَ قَالَ: كُوفِيٌّ مُرْجِيءٌ مُتَّهَمٌ يَتَكَلَّمُ. حَدَّثَنِي
الْخَضِرُ بْنُ دَاوُدَ قَالَ: حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ:
سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ وَذَكَرَ بَشِيرَ بْنَ الْمُهَاجِرِ فَقَالَ:
مُنْكَرُ الْحَدِيثِ قَدِ اعْتَبَرْتُ أَحَادِيثَهُ فَإِذَا هُوَ يَجِيءُ
بِالْعَجَبِ، أَوْ كَمَا قَالَ
عَنْ يحيى بْن مَعِين: ثقة. وَقَال أبو حاتم: يكتب حديثه ولا يحتج
بِهِ.
وقَال البُخارِيُّ، يخالف فِي بعض حديثه. وَقَال النَّسَائي: ليس به
بأس. وَقَال أَبُو أَحْمَد بْن عَدِيّ: روى مالا يتابع عليه، وهو ممن يكتب حديثه،
وان كان فيه بعض الضعف. روى لِهِ الجماعة، سوى الْبُخَارِيّ،
Dari sini,
hadis yang menyatakan bahawa kejadian rejam melibatkan Khalid bin al-Walid itu
sendiri masih tidak capai tahap meyakinkan. Dengan itu, hadis Khalid ini tidak
boleh menjadi dalil atas menolak pendapat yang menyatakan bahawa kejadian rejam
tidak berlaku selepas turunnya sebatan kepada penzina.
Ekoran itu,
hadis Abu Hurairah dan hadis Khalid bin al-Walid ini tidak boleh menolak
dakwaan bahawa kejadian rejam itu tidak berlaku selepas turunnya ayat sebatan
terhadap penzina. Dengan itu, hukuman rejam yang merupakan syariah yahudi yang
dimansukhkan dengan agama rahmat (islam) sepertimana ungkapan al-Imam Abu
Zuhrah itu tidak dapat dibatalkan.
KESIMPULAN
DAN PENUTUP
Pertama :
Hukuman
rejam tidak dinasakhkan dengan hadis Abdullah bin Abi Awfa, sebaliknya hukuman
rejam dinasakhkan dengan firman Allah yang menyatakan bahawa al-Quran adalah
menasakhkan hukum-hukum dalam kitab-kitab sebelum syariah Nabi Muhammad. (Surah
al-Baqarah, ayat 106)
مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ
بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيرٌ
Kedua :
Kekhilafan
berlaku, bukan kerana tidak berlaku hukum rejam, tetapi kekhilafan berlaku,
apakah hukuman rejam ini di bawah hukuman hudud atau di bawah hukuman ta’zir.
Tanpa dinafikan, kebanyakkan ulama menyatakan ia dibawah hudud. Namun, ada
sebilangan ulama, seperti al-Imam Abu Zuhrah dan Dr Mustafa al-Zarqa secara
terang-terangan menyatakan bahawa ia dibawah kesalahan ta’zir, yang
perlaksanaannya hendaklah tertakluk kepada kemaslahatan.
Ketiga :
Memilih
pandangan yang minority berbanding menerima pandangan majority dalam
perbincangan fiqh, bukan satu perkara yang salah. Ini kerana, dalam beberapa
keadaan, ada pandangan minority diguna pakai dalam masyarakat untuk memastikan
pengamalan fiqh tidak mendatangkan imej buruk pada agama Islam. Antara
contohnya seperti fatwa muzik yang majority ulama dahulu menyatakan haram,
sedangnya ia pada awalnya difatwakan halal oleh al-Imam Ibn Hazm. Walaupun
pandangan Ibn Hazm itu minority, tetapi pandangan itu sudah diterima ramai dan
diamalkan.
Keempat :
Gelanggang
Ikhtilaf fiqh tidak wajar dinafikan dari dibincangkan, terutama dalam perkara
yang besar setahap hudud dan rejam. Lebih-lebih lagi, dalam kerangka dunia
moden dan sumber maklumat yang mudah didapati, sudah pasti sebelum perlaksanaan
hudud yang mahu dicadangkan, wajar diketengahkan perbincangan fiqh yang
pelbagai agar perlaksanaan sesuatu hukum yang berasaskan kepada islam itu
bertitik tolak dari kesedaran ilmu dan pengetahuan.
Kelima :
Mendakwa
bahawa pandangan pemerintah itu mengangkat khilaf, tidak wajar dijadikan alasan
untuk tidak berbincang tentang khilafiyyah yang terjadi dalam perdebatan hukum
fiqh, terutama dalam isu sebesar rejam. Ini kerana, pemerintah tidak boleh
memilih sesuatu pendapat yang dikhilafi, kecuali memilih pendapat yang lebih
memberikan maslahah kepada umat, bukan berdasarkan “sedap hati” pemerintah
sahaja. hal ini berasakan kepada kaedah, “kerja buat pemerintah terhadap rakyat
tertakluk kepada maslahah”
تصرف الإمام علي الرعية منوط بالمصلحة
Dalam
kerangka negara demokrasi, konsep perdebatan dan perbincangan fiqh lebih wajar
dikembangkan, walaupun ia sudah dipilih oleh pemerintah pada sesuatu pendapat.
Perdebatan dan perbincangan fiqh untuk memberi penilaian kepada pemerintah agar
dapat memilih pendapat yang lebih memberi kemaslahatan kepada rakyat.
Keenam:
JIka alasan
waqie digunakan dalam hal hudud, sudah pasti memilih rejam sebagai hukuman
ta’zir lebih utama dipilih, berbanding diletak dibawah kesalahan hudud. Ini
kerana, waqie tidak akan tercetus kecuali mahu mencapai kemaslahatan, sedangkan
perlaksanaan hukuman rejam itu sendiri tidak mendatangkan kemaslahatan,
terutama pada imej agama Islam.
Ketujuh:
Sepertimana
yang telah diketahui umum bahawa Islam hadir untuk memberi rahmat kepada
sekelian alam. Namun, pembunuhan secara rejam, tidak lain kecuali bersifat
sadis. Keadaan ini sudah pasti bercanggah dengan sifat Islam, disamping tidak
selaras dengan satu hadis, bahawa Nabi Muhammad saw ada menyatakan bahawa seseorang
muslim itu, jika mahu membunuh, hendaklah dibunuh secara baik. (Muslim, hadis
no : 57, Ibn Majah, hadis no : 3170, Abu Daud, hadis no : 2815, al-Tarmizi,
hadis no : 1409, al-Nasaie, hadis no : 4405)
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي
شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ،
عَنْ أَبِي قِلَابَةَ، عَنْ أَبِي الْأَشْعَثِ، عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ، قَالَ:
ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
قَالَ: «إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ
فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ،
وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ»
Kelapan :
Dalam menentukan
haram sesuatu perkara, ia memerlukan kepada nas yang saheh dan sareh. Sesuatu
yang saheh, tetapi tidak sareh, ia tidak boleh menjadikan sesuatu hukum itu
haram. Ini sepertimana hukum muzik. Begitujuga, tidak boleh menyatakan haram
pada sesuatu perkara yang bersumberkan kepada nas yang sareh, tetapi tidak saheh,
sepertimana isu perempuan haid yang duduk dalam masjid.
Jika dalam perkara yang haram pun, memerlukan kepada nas
yang saheh dan sareh, sudah pasti dalam perkara yang melibatkan hukuman bunuh,
memerlukan kepada nas yang saheh dan sareh. Lebih-lebih lagi, dalam hukuman
bunuh yang disertai dengan tindakan sadis seperti rejam.
Wallahu ‘Alam.
Article ini menjawab article bertajuk : Wan Ji: Tentang persoalan rejam –
Mohd Azhar Abdullah : http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/wan-ji-tentang-persoalan-rejam-mohd-azhar-abdullah
Baca sama article :
1.
Menanggapi
pandangan al-Qaradawi tentang perlaksanaan syariah (http://82-g.blogspot.com/2015/03/melihat-pandangan-al-qaradawi-tentang.html)