Dalam syiah, asas pemimpin itu mesti “ayatolah” atau dalam
istilah melayu disebut sebagai “agamawan”, sedangkan dalam sunni, kepimpinan
itu hendaklah ada dua; Qawi dan Amin. Iaitu,
mempunyai kemampuan mentadbir dan amanah. Dalam erti kata yang lain, seseorang setahap ayatollah atau agamawan tidak
semestinya layak menjadi pemimpin, jika dua perkara ini tidak wujud dalam
dirinya.
Abu Zar al-Ghiffari pernah dinasihati oleh nabi SAW;
يَا أَبَا ذَرٍّ
إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ
إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Maksudnya;
“Wahai Abu
Zar, kamu adalah lemah. Ia (jawatan)
adalah amanah. Ia pada hari kiamat adalah kesedihan dan penyesalan kecuali
mereka yang memegangnya dengan sebenarnya dan menunaikan seperti kehendaknya”
(Muslim, hadis no : 3404)
Dalam membahaskan maksud “lemah”, al-Imam al-Nawawi
menyatakan;
هَذَا الْحَدِيث أَصْل عَظِيم فِي اِجْتِنَاب الْوِلَايَات
، لَا سِيَّمَا لِمَنْ كَانَ فِيهِ ضَعْف عَنْ الْقِيَام بِوَظَائِفِ تِلْكَ الْوِلَايَة
Maksudnya;
“Hadis ini
adalah asal yang besar bagi menghindarkan dari kepimpinan, terutama bagi mereka
yang ada kelemahan dari sudut melaksanakan tanggungjawab kepimpinan itu” (Syarh
al-Muslim, jld 6, hlmn 296)
Adapun contoh orang yang mempunyai kemampuan dan amanah itu
adalah sepertimana permintaan jawatan oleh Nabi Yusuf yang diceritakan oleh
Allah dalam al-Quran.
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ
عَلِيمٌ
Maksudnya;
“Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir);
sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan."
(Surah Yusuf, ayat 55)
Nabi Yusuf AS layak memegang jawatan
kerana beliau mempunyai dua sifat utama; iaitu Qawi dan Amanah. Allah SWT
menyatakan bahawa Nabi Yusuf mendakwa bahawa dirinya ‘Alim, aiitu mengetahui.
Ibn Kathir menyatakan, maksud dengan mengetahui itu adalah;
ذو
علم وبصرَ بما يتولاه
Maksudnya;
“Iaitu orang
yang mempunyai pengetahuan dan pandangan terhadap apa yang dia pimpinkan” (Ibn
Kathir, jld 4, hlmn 395)
Dengan erti kata lain, jika seseorang itu sekadar agamawan
atau ayatollah sahaja, tetapi tidak ada kemampuan mentadbir seperti
pentadbirannya mendatangkan kerosakan, bukan kebaikan dan kemaslahatan kepada
rakyat bawahannya, maka ia tidak layak dilantik sebagai pemimpin mengikut acuan
sunni.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment