Wednesday, 8 May 2013

KISAH AKU DAN JUANDAJAYA (6)


Apabila duduk di meja, datang seorang pakistan mengambil order. Sedang mengambil order, kami berbual-bual.

“Aku baru jumpa dengan Maszlee, MAZA.. Mufti Perlis…” abang mat memulakan perbualan.


Tidak sempat abang mat nak habiskan cerita, aku terus menyampuk; “ana baru lepas dengan depa… ni nak ke PJ pula, sebab pi lepak kat sana”.

Ketika itu, ada beberapa orang rakan-rakan abang mat yang bercakap dalam loghat utara datang dan bersalaman. Kami bersalaman dan mereka duduk. Mereka bercakap tentang kerusi pendang. Aku tidak ambil port mana perbualan mereka.

Tiba-tiba, abang mat kata kat aku, “aku baru balik dari Tunisia.. aku jumpa Ghanoushi”

Aku mendengar celoteh abang mat. Sebelum ini pun, aku dah dengar cerita tentang apa hasil perbualan antara Abang Mat Sabu dengan Syaikh Rashid Ghounishi dalam lawatan beliau itu. Aku dapat cerita itu dari Pak Bakaq aka Penarik Beca.

“Ghanoshi bagitau, dia kat Tunisia nak buat negara akauntabliti, kredebliti ini, yang dok lawan ni geng islamis..” lebih kurang begitu cerita abang mat.

“aih, memang islamis macam tu.. depa tak jumpa kalimah akauntabliti dan kredibeliti dalam nas.. rembat balak pun ada ayat” sampuk aku.

Abang mat pun sambung cerita pengalamannya di Tunisia. Terutama usaha yang mahu dilakukan oleh Syaikh Rashid Ghanoushi untuk hampuskan rasuah, penyelewengan dan sebagainya di negara arab moden itu. Aku mendengar sahaja celoteh abang mat. Perbualan kami itu tidak lama. Dalam hampir setengah jam, aku pun minta permisi dari Abang Mat kerana nak ke masjid bulat, kerana Dr Juandajaya, Dr MAZA, Dr Maszlee dan rakan-rakan lain tunggu di sana.

MASJID BULAT

Sesampai di masjid bulat, aku dapati solat jemaah telah selesai. Aku melihat ada seorang jemaah yang masbuk, aku terus ke belakang orang terbabit dan menjadi makmum kepada  jemaah tersebut.

Setelah selesai solat, aku terus ke belakang. Kelihatan ada seorang korporat sedang berbual dengan Dr MAZA. Dari jauh, dengar-dengarnya bicara tentang politik. Dr MAZA kelihatan senyum dan kurang memberikan komen.


Aku terus ke bawah bangunan masjid, dan kelihatan beberapa orang anak muda berbual-bual dengan Dr Maszlee dan Dr Juandajaya. Selepas mereka berbual, anak-anak muda itu mahu mengambil gambar.

Dr Juandajaya terus tarik tangan aku dan berkata; “ini sorang lagi.. orang hebat ni..”

Anak-anak muda itu pun lihat padaku, mereka terus memanggil namaku. Mereka kenal aku, tetapi kemungkinan cara berpakaianku; berseluar jeans, T shirt hitam dan memakai topi “R”   menyebabkan mereka tidak menyangka aku sebentar tadi.

Kami mengambil gambar sesama. Selepas itu, terus kami ke kedai durian.

Bersambung….





No comments:

Post a Comment