Dalam perjalanan ke Brickfield, tiba-tiba aku dapat sms dari
Hishamuddin Rais bahawa beliau sudah sampai. memang tepat dengan waktu
dijanjikan bahawa Tukar Tiub akan sampai ke sesuatu tempat dijanjikan. Kadangkala
aku memikirkan, bahawa rakan-rakan yang dari aliran Sosialis ini, dalam menjaga
masa, mereka jauh lebih baik dari aliran islamis.
Dalam perjalanan ke sana, terdapat sedikit jem ekoran
pembaiki jalan berlaku di Bukit Bintang. Sebelum mengambil Dr Juandajaya, aku
sudah berpakat dengan Aiman dan Ilhami, untuk nak pekena Dr Juandajaya beberapa
perkara. Antaranya, nak perabis duit dia untuk dia belanja kita makan pada
malam itu dan nak bawa dia kat kawasan pelik-pelik di Kuala Lumpur, nak tengok
kopiahnya tercabut atau tidak. Haha
Lalu, semasa di kawasan bukit bintang, dalam kereta kami
nampak ada beberapa orang perempuan arab yang berpakaian seksi.
“Oit Doktor.. tengok tu.. awek arab” aku menyergah.
Dr Juandajaya dengan cool sahaja dia melihat. Pastu dia
tengok aku, dia senyum.
“ala.. biasa la tu…” ujar Dr Juandajaya yang menyebabkan kami
dalam kereta semuanya ketawa.
Sambil-sambil itu, kami bualkan beberapa perkara tentang
politik, agama dan sebagainya.
“isy.. banyak sangat soalan orang dok tanya dalam tweet yang
aku rasa macam malas nak jawab je” tiba-tiba Dr Juandajaya bersuara sambil
tunjuk galaxy note samsung beliau.
Aku menjengok galaxy note samsungnya itu sambil memandu kereta
dalam jem. Kamudian aku menyampuk; “Haa… tu la pasal… tp kalau ada orang hantar
kat ana, ana layan je…”
Pastu, perbualan kami berlegar lagi dalam isu bid’ah, syiah,
zikir ya hanana dan sebagainya. Memang ternyata, Dr Juandajaya seorang salafi
dari sudut pegangan aqidah dan fiqh ibadat, tetapi dari sudut pandang politik
beliau agak terbuka, tidak terikat dengan pegangan salafi aliran saudi, seperti
yang didokong oleh Ulama Muda UMNO.
“dalam dunia ni, mana ada geng yang mengaku dirinya ulama,
kecuali Ulama Muda UMNO” lebih kurang begitu ungkap Dr Juandajaya mengkritik
sikap Ulama Muda UMNO.
“eh… Doktor ingat dalam UMNO je ke… Dalam PAS pun ada la.. “
aku menyampuk menyatakan pandangan terhadap keadaan yang hampir sama dalam
parti PAS.
“masalah besar, jika ada orang perasan dirinya ulama…” Dr
Juandajaya bercerita.
“aih… kalau mengaku ulama, baru ada sakral… sesiapa lawan, boleh
jadi kapir” balasku dalam nada gurauan.
“jual agama, mesti laku punyaa..” sambungku lagi.
“haa… macam hari tu, ada orang singapore tanya aku.. “ Dr
Juandajaya memulakan cerita.
“dorang jual air zam zam.. nak bagi laku, pegi tulis kat
botol air zam zam tu, dicelup janggut nabi” cerita Dr Juandajaya..
Aku ketawa dengar cerita tu.
“mana dorang dapat janggut nabi tu?” aku soal
“entah.. janggut dorang kot.. pastu ngaku janggut nabi” Dr
Juandajaya menjawab.
Aku ketawa dengan cerita Dr Juandajaya itu. Banyak perkara
yang kami bualkan. Dalam keadaan tidak sedar, kami sudah sampai di Brickfield…
Kelihatan dari jauh di oldtown, Hishamuddin Rais dengan
beberapa teman berada di situ. Hishamuddin Rais memerhatikan kepada kami.
“eh, Doktor boleh ke duduk kat tempat macam ni? Ini kedai
kapir tau.. ni pakai kopiah pula ni, nanti macam-macam hal pula?” aku
berseloroh dengan Dr Juandajaya.
Bersambung….
Sambung ustaz. Dr Juanda masuk dak?
ReplyDelete