Jemaah itu, dianggap sebagai sebagai satu kelompok manusia.
Itu adalah sudut pandang maksud jemaah dari sudut bahasa arab. Adapun makna
jemaah dari sudut maksudnya sebenar adalah orang yang membawa kebenaran.
Ibn Mas’ud ada menyatakan;
الجماعة ما وافق الحق , وإن كنت وحدك
Maksudnya;
“Jemaah itu
adalah keselarasan dengan kebenaran, walaupun kamu seorang diri” (al-Tirmizi.
Disahehkan oleh albani dalam Misykat al-masabih, jld 1, hlmn 61)
Ekoran itu, walaupun Nabi Ibrahim AS itu menyendiri, tetapi
beliau tetap disebut dalam al-Quran sebagai ummah, sedangkan ummah itu salah satu
maksud jemaah.
Firman Allah;
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ
حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya;
“Sesungguhnya Ibrahim
adalah ummah yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif.
Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan)”
(Surah al-Nahl, ayat 120)
Ekoran itu, Qadhi Iyyad ada menyatakan;
عليك بطريق الهدي وإن قل السالكون , واجتنب طريق الردي
وإن كثر الهالكون
Maksudnya;
“Hendaklah
kamu berada jalan kebenaran walaupun sedikit bilangan orang yang menjalaninya. Jauhkan
diri dari jalan kerosakan walaupun ramai pelaku kerosakan itu” (al-i3tisam, jld
1, hlmn 83)
Adapun seorang yang berada dalam satu badan yang mendakwa
berjemaah, lalu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pemimpin atau kesalahan
dilakukan oleh rakan-rakan dalam jemaah tersebut dipertahankan sebegitu rupa,
maka itu bukan jemaah menurut konsep Islam, tetapi itu adalah asobiah yang
diharamkan oleh Islam.
Sabda Nabi SAW;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى
عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya;
“Bukan dari
kalangan kami orang yang menyeru kepada asobiah; bukan dari kalangan kami orang
yang berperang atas dasar asobiah; bukan dari kalangan kami orang yang mati
atas dasar asobiah” (Abu Daud, hadis no : 4456)
Dalam riwayat yang lain, Moyang kepada Wasilah bin al-Asqa3
bertanya;
يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْعَصَبِيَّةُ قَالَ أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى
الظُّلْمِ
Maksudnya;
“Wahai
Rasulullah SAW, apa itu asobiah?. Jawab Nabi SAW : Bahawa kamu membantu kaum
kamu atas kezaliman” (Abu Daud, hadis no : 4454)
Dalam membahaskan maksud asobiah, Muhammad Shams al-Haq al-3azim
al-Abadi menyatakan dalam kitab 3aun al-Ma3bud dengan katanya;
قَالَ الْمَنَاوِيُّ : أَيْ مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع
عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم . وَقَالَ الْقَارِي : أَيْ إِلَى اِجْتِمَاع
عَصَبِيَّة فِي مُعَاوَنَة ظَالِم
Maksudnya;
“Berkata al-Manawi :
maknanya orang menyeru manusia kepada
kesepakatan atas asobiah adalah membantu orang-orang zalim. Berkata al-Qari :
maksud kepada kesepakatan asobiah adalah membantu orang zalim” (3aun al-Ma3bud,
jld 11, hlmn 161)
Makanya di sini, kesimpulannya adalah seperti berikut;
Pertama :
Jemaah tidak semestinya bermaksud himpunan sesuatu kalangan manusia,
walaupun berlebelkan Islam. Tetapi yang dimaksudkan dengan jemaah adalah satu
kalangan manusia yang memperjuangkan kebenaran. Jika tidak wujud satu kalangan
manusia, tetapi seseorang individu yang perjuangkan kebenaran, sepertimana yang
dilakukan oleh Nabi Ibrahim, maka ia juga dikira sebagai jemaah.
Kedua :
Jika sesebuah gerakan atau badan yang beranggapan bahawa mereka adalah
jemaah Islam, tetapi sifat mereka adalah mempertahankan kebatilan, kesalahan
atau pengkhianatan yang dilakukan oleh pimpinan, anak-anak buah, rakan dan anak
menantu, maka itu bukan jemaah mengikut sudut pandang Islam, tetapi itu adalah
asobiah yang diharamkan oleh Islam.
Ketiga :
Pemahaman bahawa kononnya perkauman itu adalah asobiah adalah silap. Ini
kerana, asobiah itu merangkumi maksud yang luas. Dengan maksud, asobiah yang
diharamkan oleh Islam itu tidak terfokus pada perkauman sempit sahaja, tetapi
asobiah boleh juga berlaku dalam bentuk kepartian dan ke”ulama”kan. Dalam erti
kata yang lain, sesiapa sahaja pertahankan saudaranya yang melakukan kezaliman,
maka itu sudah cukup dikira sebagai asobiah yang diharamkan.
Wallahu a3lam…
مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ
ReplyDeleteAllah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafiq, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafiq) daripada yang baik (beriman).
Ali Imran, 179