KEGANASAN
DAN ORANG YANG GANAS
التطرف والمتطرفون
الدكتور اسعد السحمراني
دار النفاءس، بيروت، 1999
الدكتور اسعد السحمراني
دار النفاءس، بيروت، 1999
1. Keganasan adalah
menggunakan kekuatan melalui cara yang pelbagai dan berjenis-jenis pendekatan.
Ia juga membawa kegerunan kepada orang lain.
2. Keganasan itu
disertakan dengan sifat kemarahan. (22)
3. Keganasan boleh berlaku dari sudut politik,
ekonomi, agama dan sebagainya.
4. Iblis adalah golongan yang pertama menggunakan
keganasan untuk melawan manusia.
5. Sifat "ananiyyah" merupakan penyebab
yang menggerakkan iblis lahir perasaan dengki dan seterusnya enggan sujud
terhadap perintah Tuhan. (23-24)
6. Dalam surah Sad, ayat 76, iblis berkata aku lebih
baik daripada Adam, engkau ya Allah menciptakan aku daripada api sedangkan
engkau mencipta Adam daripada tanah. (25)
7. Asal di dalam Islam itu adalah keselamatan.
Menggunakan kekuatan atau kekerasan tidak boleh berlaku kecuali ketika
mempertahankan daripada akidah, negara, maruah dan seumpamanya.
8. Menggunakan tindakan kekerasan Bukanlah satu perkara
yang baru, sebaliknya ia telah berlaku semasa Adam Alaihissalam lagi, iaitu
berkenaan dengan dua anak-anak Adam Adam, Qabil dan Habil.
9. Faktor ananiah yang diamalkan oleh qabil
menjadikan dia melakukan keganasan terhadap Habil. (26) kisah ini boleh dilihat
di dalam surah Al Maidah ayat 27 hingga ayat 30. (27)
10. Faktor menggunakan kekerasan dalam kalangan
masyarakat Arab dan Islam;
A. Melaksanakan perlawanan terhadap musuh dan
menyeru ke arah kemerdekaan. Perkara ini dibenarkan di dalam syariat.
B. Menggunakan pendekatan keganasan dari sudut
pemikiran dan ketenteraan. Ia bermula dari amalan kafir mengkafirkan sesama
orang Islam, yang akhirnya membawa kepada pembunuhan dan letupan. Amalan ini
ditolak dan tidak diakui di dalam Islam atau mana-mana syariat. (29)
11. Orang Yahudi mengatakan bahawa mereka adalah
bangsa terpilih, makanya tidak hairan amalan keganasan boleh berlaku dalam
kalangan mereka atas alasan agama. Tanggapan ini berlaku ekoran menganggap
bahawa bangsa selain mereka adalah bangsa yang hina. Perkara ini termaktub di
dalam Injil Markus. (30, 34) Dalam al-quran dikisahkan perkara ini menerusi
surah Ali Imran ayat 181 dan surah Al Maidah ayat 70. (31)
- dalam Bible ada menyakitkan orang yang luar dari agama Yahudi seperti anjing atau terbaik atau babi. (36)
- perempuan yang bukan Yahudi adalah dikalangan binatang. (36)
12. Dalam Surah Al buruj, dari ayat 4 hingga ayat 8,
menceritakan kisah orang Yahudi yang telah membakar beberapa orang-orang
Kristian dengan kepercayaan bahawa itu tuntutan agama. (33)
12. Dalam surah al buruj ayat ke-4, ada kalimah
"Ukhdud" yang diterjemah sebagai parit. Menurut Dhahhaq, golongan
yang menggali Parit adalah orang nasrani di Yaman yang berada 40 tahun sebelum
kenabian Nabi Muhammad. (33)
PENDIRIAN ISLAM BERKENAAN DENGAN KEGANASAN
13. Gerakan keganasan yang berlaku dalam sejarah
Islam, bermulanya dikenali sebagai gerakan Khawarij. Mereka wujud pada era
Khalifah yang keempat iaitu Saidina Ali.
14. Gerakan Khawarij lahir selepas dari peperangan
siffin; ketikamana Saidina Ali menerima tahkim diantaranya dan antara Muawiyah
bin Abu Sufian.
- mereka mengungkapkan ayat al-quran dari surah Al anaam ayat 57, tiada hukum kecuali hukum Allah.
- sebagai respon terhadap slogan mereka, Saidina Ali mengucapkan satu perkataan yang terkenal, "ungkapan mereka adalah benar, tujuan mereka adalah kebatilan" (75)
15. Gelagat Khawarij ini terkenal dengan amalan
mengkafirkan sesama orang Islam yang berbeza pendapat dengan mereka, kemudian
menghalalkan darah mereka.
16. Islam menolak keganasan dan melampau kerana
melampau itu membawa manusia kepada kesesatan. Dalam al-quran; Surah Al maidah
ayat 77, menjelaskan bahawa kesesatan Orang Yahudi itu apabila mereka melampau
dalam agama mereka. (76)
17. Dalam hadis nabi sallallahu alaihi wasallam
melarang sahabat yang tidak mahu berbuka puasa; tidak mahu berhenti dari solat;
tidak mahu bersetubuh dengan isteri dan menganggap amalan mereka menyanggahi
sunnah nabi. Ini adalah dalil bahawa nabi menolak amalan melampau.
18. Dalam surah al Hajj ayat 11, Allah ada
menyatakan bahawa ada sebilangan manusia yang menyembah Allah kerana
mengharapkan kebaikan yang mereka dapat. Jika mereka tidak mendapat kebaikan,
mereka akan meninggalkan agama. Al-Qurtubi menyatakan, ayat ini diturunkan
berkenaan dengan beberapa orang badwi yang memeluk agama Islam untuk mendapat
kebaikan. Apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka murtad. (77) al-Hasan
menyatakan, ayat ini berkaitan dengan orang munafik yang menyembah Allah dengan
lidahnya, bukan dengan hatinya. (78)
- golongan ini adalah golongan yang tidak tetap kepada akidah dan agama mereka. Mereka jauh dari sifat Wasatiyyah. (86)
19. Jadul Haq Ali Jadil Haq, Imam Akbar Shaikhul
Azhar menyatakan bahawa melampau dalam agama bersebabkan melampau dalam
mempertahankan agama tanpa berdasarkan kepada pemahaman ilmu. (78)
20. Sheikh Muhammad Al Ghazali ada menyatakan,
musibah yang telah menimpa berlaku amalan bidaah dalam Islam, apabila mereka
mempunyai kerendahan pemahaman dan kekurangan kesedaran berkenaan dengan agama
sehingga mereka Berpaling kepada pemikiran yang cacat dari prinsip sebenar.
(79)
21. Dr Ahmad Kamal Abu al-Majd berkata, ketaatan
mutlak kepada ketua sesuatu jemaah dan kala tidak berpijak atas ilmu syariah
dan Maqasid, ataupun tidak bertepatan dengan peserta amal Jama'i dan politik.
Atau mengukuhkan bahkan menjadikan amalan itu membawa kepada pembunuhan,
kerosakan pada harta dan keturunan.
- ketaatan mutlak tersebut kerana mereka mengikut kepada hadis yang mengatakan perlu memberi ketaatan kepada pemimpin sama ada dalam keadaan di sukai ataupun dibenci. (81)
- Dr Ahmad Kamal Abdul Majid juga menyatakan, amalan keganasan itu boleh membawa pertembungan dengan kaedah-kaedah Kemasyarakatan dan undang-undang. (82)
22. Dalam sahih al-bukhari Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam pada menyatakan Sesungguhnya Allah memberi atas kesopanan pada
perkara yang Allah tidak memberi pada keganasan. (82)
ان الله يعطي علي الرفق ما لا يعطي علي العنف
ISLAM DAN WASATIYYAH
23. Dalam masyarakat Arab dan orang Islam, banyak
amalan keganasan berlaku, sebaliknya terdapat tajuk agama. Mereka beralasan
bahawa tindakan mereka itu dengan tujuan untuk mempertahankan syariat Allah.
(83)
24. Orang Islam itu terbahagi kepada dua jenis;
Pertama adalah orang yang mengambil Jalan
pertengahan. Orang sebegini akan diberikan kemudahan oleh Allah dalam berjumpa
jalan Kejayaan.
Kedua adalah golongan yang disempitkan hati mereka,
mereka akan melakukan kelukaan di dalam agama, mereka memilih jalan yang susah
berbanding yang mudah. Kebanyakan mereka tidak berjumpa jalan yang lurus. Kalangan
ini diceritakan oleh Allah di dalam Surah Al An'am ayat 125.
25. Orang yang
melampau selalunya mereka merasakan bahawa tindakan mereka itu akan mendapat
satu tempat yang mulia disisi tuhan. Perkara ini bercanggah dengan Al Quran dan
ajaran Nabi Muhammad yang mana Nabi pernah berkata, agama ini adalah mudah dan
seseorang pun tidak boleh menyusahkan agama ini. (88)
26. Agama ini mengajar konsep "samahah".
Jelas bahawa tindakan melampau dan keganasan adalah bercanggah dengan prinsip
agama ini. (88)
27. Apabila jasad tidak disertakan sekali akal dan
akal dan roh, sudah pasti syahwat akan merosakkan jasad tersebut, malahan boleh
merosakkan kehidupan orang lain. Apabila akal dan roh berdiri tanpa disertakan
jasad, pasti akan berlaku kelemahan dan membawa kepada khurafat dan kegilaan.
(89)
28. Dalam buku talbis iblis, Ibnu al-jauzi pernah
menyatakan cara iblis melakukan penipuan terhadap sesetengah orang yang
menunaikan solat. Antara caranya melalui sebutan di dalam membaca bacaan dalam
solat. Keadaan itu menyebabkan mereka tidak sedar mereka telah melampau dalam
beragama (90).
29. Antara penyebab
kepada berlaku sikap melampau dalam beragama adalah kekurangan Iman atau
kekurangan mengetahui kemaslahatan. Kesannya mereka memberikan penafsiran yang
salah, ataupun perbahasan yang kurang, ataupun bersumberkan kepada hadis yang
doif, ataupun mereka mengamalkan hadits yang bertembung dengan hadis yang lain,
ataupun bertembung dengan dalil yang lebih kuat daripada itu.
30. Ada juga dikalangan yang melampau dalam beragama
apabila mereka menganggap tidak salah dengan mengharamkan perkara yang makruh,
ataupun wajibkan perkara yang sunat. Mereka melihat semakin
"tasyaddud", maka itu semakin berkhidmat dengan agama. Hakikatnya
amalan mereka itu melampau dalam beragama, walaupun mereka mengiktikadkan itu
sebagai warak dan lebih ikhlas kepada Allah. (91)
31. Jumud yang di namakan atas nama agama
bermuarakan kejahilan dan taksub. (92)
ISLAM, KESELAMATAN DAN MENGGUNAKAN KEKUATAN
32. Islam adalah agama Rahmah. Dakwah Islam Lazimi
kepada memuliakan manusia. Perkara ini dijelaskan Dalam surah Al Isra ayat 70.
33. Islam mengajar
bahawa memulakan komunikasi sesama manusia dengan sebutan
"Assalamualaikum". Antara nama Allah yang Maha Mulia adalah
"salam". Malam Lailatul Qadar disebut sebagai malam yang selamat.
Syurga itu dikenali sebagai "Darus salam". (93)
34. Antara pembohongan yang berlaku terhadap Islam
apabila disebarkan kononnya Islam tertegak dan tersebar dengan pedang.
35. Banyak sejarah yang menampilkan bahawa orang
memeluk Islam bukan dengan peperangan atau persenjataan. Seperti yang banyak
berlaku di negara-negara di sebelah Asia, yang majoriti mereka memeluk Islam
disebabkan pendakwah dan peniaga.
- Apabila disebut sebagai dakwah di dalam Islam, prinsipnya adalah berdebat dengan cara yang baik, wajib bagi pendakwah bahawa menjelaskan manusia dengan jalan kebenaran, dilarang menggunakan pendekatan memaksa, sama ada secara sendiri atau kemasyarakatan ataupun ketenteraan. (94)
36. Dalam al-quran terdapat banyak ayat yang
melarang menggunakan pemaksaan dalam agama. Seperti dalam Surah Al Baqarah ayat
256, Surah Al-Ghasyiah, ayat 21 dan 22. (95)
37. Islam mengharamkan penggunaan kekerasan dan
peperangan kecuali bagi melawan kezaliman dan memberikan kepada mereka yang
berhak. Perkara itu dijelaskan Dalam surah al-baqarah ayat 193.
38. Selagi mana musuh tidak menggunakan kekerasan,
Islam melarang dari menggunakan kekerasan terhadap mereka. Perkara ini jelas
dinyatakan Dalam surah Al mumtahanah, ayat ke 8. (95)
39. Islam menjelaskan bahawa peperangan tidak akan
tumbuh kecuali untuk mempertahankan diri. Islam tidak mensyariatkan peperangan
kerana ia boleh membawa pemaksaan terhadap manusia. Tetapi peperangan yang
dibenarkan adalah untuk mengajar adab kepada orang yang melampau. (96)
40. Dalam surah al Hajj ayat 39, dijelaskan keizinan
memerangi apabila orang yang diperangi tersebut telah melakukan kezaliman. (97)
41. Jihad persenjataan yang dibenarkan dalam agama
di bawah kategori dharurat. Itupun dalam kerangka memberikan hak kepada mereka
yang berhak dan memastikan Keadilan tertegak. Termasuk dalam maksud itu adalah
memastikan tercapai Kemerdekaan dan menghilangkan perhambaan (97)
SAMAHAH ISLAM DAN HUBUNGANNYA BERSAMA ORANG KRISTIAN
42. Lawan bagi Samahah adalah taassub. Syariah itu
sifatnya samhah. Iaitu mempunyai sifat kemudahan. Islam tidak mengajar
ketaksuban dan kesusahan. Perkara ini ditegaskan dalam surah Al qamar ayat 17.
43. Taksub dan kesusahan adalah dua perkara yang
tertolak di dalam Islam. Ini kerana taksub dibina atas kejahilan dan menolak
kebenaran. Datanglah hujah bagaimana pun, orang taksub tidak akan menerimanya.
(103)
44. Ketika nabi masuk ke Mekah dalam sejarah
pembukaan Kota Mekah, ada seorang lelaki Ansar berkata kepada orang bukan
Islam, "hari ini adalah hari peperangan". Nabi menghalang dia berkata
begitu, sebaliknya Nabi menyatakan, "hari ini adalah hari Rahmah bukan
hari peperangan, kerana aku adalah nabi yang membawa rahmah, bukanlah aku Nabi yang
membawa peperangan" (104)
45. Hubungan baik antara muslim dan Ahlul kitab
digambarkan secara tidak langsung dalam banyak ayat Al-Quran. Contohnya seperti
surah Ar-Ruum ayat 1 hingga 5, Allah menyatakan sokongan terhadap orang Rom
yang ketika itu beragama Nasrani. Menurut Al Qurtubi, ketika ayat ini
diturunkan, orang Parsi bertindak keras terhadap orang Rom. Dan orang Islam
pula menyayangi orang Rom kerana mereka adalah ahlul kitab. Orang kafir Quraisy
pula menyayangi orang Parsi kerana mereka bukan Ahlul kitab. (109)
46. Dalam riwayat ada menyatakan, Saidina Umar
ketika melalui satu kalangan orang Nasrani di Damsyiq, beliau melihat mereka
yang miskin. Makanya, Saidina Umar menyuruh supaya mereka diberikan sedekah dan
makanan secukupnya.(111-112)
47. Berkata al-Sahmarani dalam buku "al-Adl
Farishah Islamiyyah", "disebabkan mahu menjaga kemuliaan manusia dan
mahu merealisasikan maslahah, Islam datang memberikan cara cara terperinci
dalam usaha menjaga kehormatan manusia, mencegah dari sebarang kezaliman".
(116)
48. Dalam riwayat Muslim, diceritakan seorang lelaki
telah datang berjumpa dengan Nabi. Dia bertanya, "Wahai Rasulullah, apa
pandangan kamu jika seseorang lelaki mahu mencuri harta aku?
Nabi menjawab, "kamu jangan memberi hartamu
kepadanya"
Dia berkata lagi, "bagaimana pula apabila dia
mahu memerangiku?". Jawab nabi, "perangilah dia".
Dia bertanya lagi, "apa pandangan kamu Jika dia
membunuhku?". Jawab nabi, "kamu dikira sebagai Syahid".
Dia bertanya lagi, "bagaimana pula Jika aku
membunuhnya?". Jawab nabi, "dia berada di dalam neraka". (119)
49. Tujuan daripada pensyariatan Ilahi seperti
dinyatakan di dalam kitab-kitab adalah memberi kebahagiaan kepada manusia dan
mengangkat darjat mereka di tempat yang tinggi dalam kehidupan. Tidak ada
keraguan bahawa Islam menolak sebarang halangan terhadap kebahagiaan. (120)
50. Islam tidak mengakui semangat permusuhan, dan
tidak mengakui menggunakan kekerasan. Risalah Islam menyeru kepada keamanan dan
keselamatan yang selaras dengan asas keadilan dan memberikan hak kepada yang
berhak. Justeru, masalah keganasan yang berlaku pada zaman kini, perlu
diselesaikan dengan cara yang komprehensif. Ubat dalam mengatasinya adalah
keadilan yang perlu diterapkan kepada semua masyarakat dan umat. Mewujudkan
keharmonian di antara umat dan rakyat. Pepatah Arab ada menyebut, Keadilan
apabila tertegak, maka makmurlah bumi * kezaliman apabila tertegak, maka
hancurlah bumi.
العدل اذا دام عمر * الظلم اذا دام دمر
51. Lawan bagi Unuf
(عنف) adalah rifq (رفق).
Setiap yang ada rifq adalah dari kebaikan. Setiap yang ada Unuf adalah
kejahatan. (126)
52. Keganasan adalah menakutkan orang lain, ataupun
memasukkan elemen kegerunan di dalam hati manusia dalam menafikan hak.
- Amerika selalu menggunakan keganasan terhadap orang yang berbeza dengan mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka menuduh tindakan keras terhadap mereka sebagai keganasan.
- Ekoran itu, tindakan rakyat Palestin dalam mempertahankan negara mereka tidak boleh dianggap sebagai keganasan. Ini kerana tindakan mereka itu adalah untuk memastikan hak mereka dimiliki bukan dicabuli.
53. Ada definisi menyatakan bahawa keganasan adalah
sesuatu perbuatan dari perbuatan-perbuatan yang menggunakan kekerasan yang
besar, ataupun menghancurkan terhadap manusia, menggunakan kekuatan dalam
menceroboh kaedah akhlak.
54. Apabila seseorang itu diserang atau diperangi,
lalu dia mempertahankan diri dari serangan tersebut, maka dia tidak boleh
digelar sebagai ganas. (128) tindakan dia itu boleh dianggap Unuf, tetapi tidak
boleh dianggap sebagai Irhab. (130)
55. Keganasan yang
ditolak adalah menggunakan kekuatan untuk melawan anggota umat ataupun terhadap
kelompok-kelompok yang berbeza pandangan.
56. Punca bagi pemikiran keganasan itu, antaranya
adalah ketaksuban terhadap sesuatu pemikiran atau pendapat dan kejahilan. (133)
57. Keganasan boleh berlaku dalam banyak sudut, sama
ada melalui politik atau ekonomi atau kejahilan terhadap agama. (134)
58. Di dalam Surah Al isra ayat 110, Allah Subhanahu
Wa Ta'ala melarang Nabi membaca Al-Quran dengan kuat ketika solat, juga melarang
membaca dengan terlalu perlahan, bahkan disuruh membaca secara pertengahan.
Dalam perkara menunaikan solat pun disuruh supaya mengambil sikap pertengahan,
sudah pasti dia dianggap penting dalam perkara yang lain.
59. Di dalam surah al-Furqan ayat 67, Allah
Subhanahu Wa Ta'ala menyatakan, infaq itu dilakukan dengan tidak melampau.
Konsep penjagaan kebajikan orang, Islam mengajar mengambil jalan tengah. (138)
60. Penyebab manusia boleh cenderung kepada
keganasan adalah seperti berikut;
A. Mempunyai kefahaman yang salah terhadap agama.
- Jadul Haq menyatakan, antara perkara yang melampau dalam beragama dan pada hukum Syariah adalah taksub mazhab ataupun taksub terhadap sesuatu pendapat, dalam keadaan kewujudan mazhab lain yang muktabar. Contohnya seperti orang yang melampau pada hukum yang berkaitan pakaian dan perhiasan, pada hukum bersuci, pada hukum daging yang diharamkan dari dimakan, ada hukum benda yang digunting dan benda yang dicukur dengan alasan mengikut nabi, pada hukum yang melibatkan cara makan, minum, berpakaian, hidup dan berjalan. Selalunya mereka yang melampau itu, adalah golongan yang bermudah-mudah pada perkara yang Dosa besar yang disepakati keharamannya, seperti mereka mudah membuat tuduhan, dengki, mengumpat, batu api, penyaksian palsu, berbohong, melakukan fitnah demi kemaslahatan diri dan partinya. (140)
- Dr Ahmad Kamal Abul Majdi ada menyatakan, antara sebab-sebab melampau adalah ketaatan mutlak kepada ketua sesuatu jemaah. Mereka tidak mengetahui ilmu tentang hukum Syariah dan maqasidnya. (140)
- juga sebab sebab berlaku keganasan, apabila mudah menerima pemahaman agama melalui syarahan para khatib, dan penceramah-penceramah disamping merendah rendahkan pandangan Imam mujtahid.
- mereka menerima sesuatu Fatwa walaupun ia bercanggah dengan Sareh Ma'qul, manqul dan nas-nas yang kadangkala masih dalam lingkungan takwil. (142)
B. Penjajahan dari barat dan Amerika. (143)
C. Kejahatan pemerintah.
- seperti kerajaan menangkap atau memenjarakan atau mahu lakukan pengesahan kepada orang-orang yang tidak bersalah. (146)
D. Menghalang kebebasan. (149)
Wallahu A'lam
16 Mac 2018 | 12.24 pagi | Faizul Maju, TBS.